Sunday, April 3, 2011

Aku, Kau dan Fotografi – Bab 1, Selamat Datang ke SM Sains Haji Ismail


“Aiman, Cikgu Laili cari kau dekat Pejabat Am Asrama.. Dia ada suruh kau bawa kunci bilik fotografi sekali..” Sheril menepuk bahu Aqilah Aiman dari belakang. Aiman yang sedang khusyuk membuat ulangkaji pelajaran tersentak. Walaupun hari itu hari minggu, Aiman tidak menjadikannya sebagai alasan untuk tidak terus membuat ulangkaji.

Aiman terus berdiri dan mencapai anak tudung dan tudungnya yang berwarna hitam. Dia menyarungkan tudung dengan cepat dan mengemaskan dirinya sebelum melangkah keluar dari dorm mereka. Dia juga tidak lupa mengambil kunci bilik fotografi yang dipesan kepadanya oleh Sheril tadi. Kad matriks miliknya juga diklip ke tudungnya supaya tampak kemas. Dia terus menyarungkan sandal yang berwarna kelabu jalur hitam miliknya dan berjalan dengan pantas menuju ke Pejabat Am Asrama yang terletak tidak jauh dari bloknya.

Sebaik dia menolak daun pintu pejabat itu, kelihatan tujuh tubuh sedang berdiri di kaunter pejabat.

“ha, sampai pun..” sambut Cikgu Laili dengan senyuman yang manis. Aiman tersenyum seraya melihat kelibat pengetua di pejabat pada hari minggu. Aiman mengagak apa yang perlu dia lakukan pada petang itu. “kenalkan, ini adalah ketua unit fotografi sekolah ini, Aqilah Aiman.. Aiman, ini adalah pelajar baru sekolah kita..” Cikgu Laili menunjuk kepada seorang lelaki yang tidak kurang ketinggiannya daripada Aiman. Aiman mengangguk dan tersenyum.

“Selamat Datang ke Sekolah Menengah Sains Haji Ismail..” ucap Aiman kepada pelajar baru itu. Dia melemparkan senyuman yang dibuat-buat kepada lelaki itu. Lelaki itu menyambut dengan ceria. Senyuman yang mampu mencairkan sesiapa yang memandang. Tapi bukan Aiman.

“amboi Danish, senyum sampai ke telinga nampak? Siap nampak braces lagi..” usik Cikgu Laili tiba-tiba menghentikan lamunan Aiman. Mereka tergelak kecil. “ok lah, Danish ikut Aiman ke bilik fotografi, tangkap gambar untuk buat kad matriks.. Cikgu dengan parent Danish pergi kafe kejap..” Cikgu Laili memandang Aiman. Aiman mengeluh di dalam hati.

‘aku agak dah..’ hati Aiman berkata. Aiman mengangguk. Dengan selamba, dia terus menuju ke arah pintu pejabat. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Dia menoleh ke belakang. Lelaki itu masih berdiri di situ. Keningnya terangkat.

“Tercegat apa dekat situ? Jomlah.” Aiman cuba mengawal bahasa yang digunakannya. Lelaki itu sekali lagi tersengih dan terus berjalan. Penampilannya biasa. Tiada yang lain daripada pelajar-pelajar lelaki di sekolah itu. Aiman terus berjalan tanpa menghiraukan lelaki itu di belakang. Aiman berjalan dengan pantas menuju ke blok akademik yang berada bertentangan dengan blok asrama.

“Hey missy! Will you hold on for one minute?” jerit lelaki itu dari belakang. Langkah Aiman terhenti. Kedengaran bunyi tapak kasut dari kasut Nike yang dipakai oleh lelaki itu semakin kuat dan kuat. Kini lelaki itu berada di sebelah kanan Aiman. Nafasnya turun naik. Dia tercungap-cungap meminta udara. Penat mengejar Aiman. Aiman memandang lelaki itu dengan tajam. Lelaki itu terus tersenyum.

“dah?” Aiman bertanya dengan nada yang sinis. Lelaki itu tersenyum seraya dan mengangguk. Mereka terus berjalan.

“nama saya Ahmad Danish.. awak?” lelaki itu memperkenalkan dirinya tanpa disuruh. Kening Aiman sekali lagi terangkat. Aiman terus berjalan tanpa menghiraukan Danish. Danish sesekali cuba mencuri tengok kad matriks milik Aiman. Aiman tersenyum segaris melihatkan Danish terdesak ingin tahu namanya.

“the name’s Aiman. Aqilah Aiman.” Aiman akhirnya bersuara apabila membuka kunci bilik fotografi. Dari luar, papan tandanya kelihatan kemas. Sebelum mereka masuk, Aiman membuka kasutnya dan meletak di atas rak kasut. Danish meniru perbuatannya, takut dimarahi pula. Aiman membuka lampu dan penghawa dingin bilik itu. Dingin rasanya.

Aiman terus menuju ke belakang bilik itu. Dia masuk dan mengambil sesuatu. Beberapa minit kemudian, dia keluar semula bersama sebuah kamera ditangan kirinya dan uniform serta tali leher sekolah di tangan kanannya.

“Pak cik! Tecegat apa lagi dekat situ?” Aiman terjerit dari belakang. Danish yang sedang memerhatikan bilik itu tersentak. Dia terus berjalan ke arah Aiman. Aiman menyua baju dan tali leher itu kepada Danish.

“Pakai biar kemas. Kalau perlu kemaskan rambut, cermin dekat sana..” Aiman memberikan arahan dan menunjuk ke arah sebuah cermin yang besar di bahagian kiri bilik. Danish tersenyum lagi. Aiman terus memasang kamera itu kepada tripod yang tersedia di tempat tangkap gambar. Aiman menyesuaikan cahaya lampu dari peralatan penggambaran yang tersedia oleh pihak sekolah di dalam bilik itu.

“ready?” Aiman bersuara lalu memandang ke arah Danish. Danish yang sedang mengemaskan rambutnya tersenyum sekali lagi. Dia terus berjalan menuju ke arah Aiman.

Selesai menangkap gambar, Aiman member arahan supaya Danish tunggu di dalam bilik itu sementara dia memproses gambar tadi untuk diletak di atas kad matriks Danish. Setelah Aiman selesai memindahkan fail itu dari hard disk computer di bilik itu ke dalam pendrive, dia menyerahkannya kepada Danish.

Listen to my orders and listen good. Pergi pejabat tadi, bagi pendrive ini kepada kerani yang bernama Encik Zaki. Cakap dekat dia, nak buat kad matriks. Give him this pendrive and wait for him to process it. Sekolah ni takde orang yang akan deliver barang dekat kau. That’d be all. Thanks.” Aiman terus mengemas barang-barangnya tadi.

Tanpa mengeluarkan suara, Danish keluar meninggalkan Aiman di bilik itu dan terus menuju ke Pejabat Am Asrama. Aiman terus mengunci bilik itu dan berlalu pergi. Dia terus ke surau untuk menunaikan solat fardu Asar. Jam menunjukkan pukul 4.50 petang.

Selesai solat, perut Aiman terasa lapar. Dalam hati awal-awal lagi dia sudah memasang niat untuk pulang ke dorm dan menikmati biskut kegemarannya. Sebaik dia keluar dari surau asrama, seorang pelajar senior menegurnya.

“ha, Aiman. Jumpa pun.. Encik Zaki nak jumpa Aiman.. Katanya hal penting.. Dia ada dekat kafe kut sekarang..” Kak Fiza memberitahunya. Aiman mengangguk faham. Dia terus menuju ke arah kafe. Niatnya untuk makan terpaksa ditangguh sebentar. Tiba di kafe, kelihatan Encik Zaki sedang menikmati Laksa Penang di sudut kafe itu.

“Assalamualaikum.. Encik Zaki, Kak Fiza ada cakap, Encik Zaki nak jumpa saya?” Aiman bertanya sopan. Ada kalanya Aiman menjadi sopan seperti perempuan melayu terakhir. Ada kalanya juga Aiman menjadi sekasar lelaki.

“Wa’alaikum Salam.. Ha, Aiman.. Iya, iya.. Tadi kawan kamu, Danish dating buat kad matriks.. Dia kata kamu boleh tolong ambil dan sampaikan untuk dia.. Nah..” Encik Zaki mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan menyerahkan kepada Aiman. Aiman menyembunyikan kemarahannya. Dia tersenyum segaris.

“Terima Kasih, ya..” Aiman terus berlalu pergi.

‘hantu punya Danish!’ jerit hatinya. Dia terus pulang ke dorm. Kad matriks itu disimpan di dalam laci meja studinya. ‘tahulah apa aku nak buat dengan engkau, Danish..’ bisik hatinya. Dalam sedang menikmati biskut gula, Silmina dan Dalila datang menerpa dihadapan Aiman seperti peminta sedekah.

“Nak biskut aku lah tu..” Aiman menjelirkan lidahnya semasa mengunyah biskut itu.

“Senonoh punya anak dara..” ucap Dalila dengan spontan. Aiman tak ambil endah dengan kritikan Dalila. Dia terus mengunyah biskut itu sehingga tinggal separuh daripada bekas plastik itu. Silmina dan Dalila masih diam sepanjang Aiman melahap biskut gula itu. Sebaik dia menyimpan bekas itu di dalam laci makanan, Silmina dan Dalila tersengih-sengih memandang Aiman.

“okey, kau orang ni kenapa?” keningnya terangkat. Mereka masih tersengih. Perlawanan sengit diantara kening Aiman dan sengihan Silmina dan Dalila diganggu oleh jeritan kuat oleh Hazlina yang berada di hujung dorm.

“Aqilah Aiman binti Azriiiiiii!” jeritannya bingit betul. Berdesing-desing telinga dibuatnya.

“Ish, dah engkau ni ngape, Haz?” Sil mencuit Hazlina yang tak ubah seperti singa kelaparan menunggu masa untuk menerkam mangsanya.

“Aiman ni ha!” nafasnya turun naik. Penat menjerit agaknya. Hehehe.. Aiman masih selamba. Kesemua ahli Dorm Khawarizmi 7 memandang mereka berempat.

“Kenapa? Aiman buat apa dekat kau?” Silmina bertanya dengan cemas.

“Dia bagi hadiah dekat aku.. Aku betul-betul ingat kau orang dah lupa hari lahir aku..” Hazlina terus memeluk Aiman. Aiman tergelak besar. Kesemua ahli dorm itu tergelak melihat Hazlina membuat kecoh padahal hanya kerana hadiah yang diberi kepadanya.

“Ala, dress aje pun. Kecoh lah kau..” Aiman terus dengan sifat selambanya. Dia terus mencapai t-shirt lengan panjang dari dalam loker baju. Hazlina tidak lekang tersenyum.

“Aiman bagi kau dress? Dress apa?” Dalila terus meluru. Aiman tersenyum dan menggeleng. Dia terus berjalan menuju ke arah bilik air untuk mandi.

* * *

Kad matriks milik Danish masih berada di tangan Aiman. Aiman langsung tak tergerak hati untuk mencari Danish dan memberi kepadanya. ‘Siapa suruh cari pasal dengan aku?’ bisik hatinya kecil. Dia tersengih seorang diri. Malam itu, selepas solat Isyak, mereka mempunyai perjumpaan batch. Setiap mesyuarat dikendalikan oleh ketua, penolong dan setiausaha batch. Aiman merupakan setiausaha batch mereka.

“Itu sahaja dari saya.. Silmina, Aiman.. Ada apa-apa untuk disampaikan?” Syafiq, selaku ketua batch bertanya kepada penolong dan setiausahanya. Mereka bertiga berdiri dihadapan manakala ahli batch yang lain duduk mengikut homeroom.

“Ah, ye.. Aku ada dua perkara untuk disampaikan..” Aiman terus berdiri tegak yang tadinya lemah longlai sahaja. “Terima Kasih, Syafiq.. Ada dua perkara sahaja yang akan aku sampaikan kepada kau orang.. Pertama sekali, perihal kad matriks. Bila dah pergi hantar pesanan kepada Encik Zaki, tolong tunggu sampai siap. Bukannya lama pun, paling lambat 10 minit aje. Sekolah kita takde orang gaji untuk hantar barang kau orang ye..” sedikit sebanyak Aiman menyindir Danish yang entah berada di dalam barisan atau tidak.

“Amaran ye, kalau ada sesiapa di kalangan ahli batch 0913 kita ni yang pesan kad matriks tapi tak tunggu, tahulah akibatnye.. kau orang tahu kan aku macam mana..” Aiman tersengih nakal. Semua tergelak kecil. “baiklah, perkara kedua adalah, kita menerima seorang pelajar baru yang berasal dari negeri Johor. Entahlah dia ada atau tak sekarang bersama kita, aku kenalkan aje nama dia. Ahmad Danish namanya. Dia seorang aje yang pakai braces. Jadi, tak susah untuk kau orang cam dia. Be friendly, okay?” Aiman memesan. Justeru itu, tamatlah perjumpaan batch mereka pada malam itu.

Seorang demi seorang melangkah pergi dari kawasan foyer, tiba-tiba seseorang memanggilnya dari belakang. Aiman memusing. Dia tersengih melihat kelibatan lelaki itu.

“Kad matriks aku mana?” soalnya kasar.

“Kad engkau, tanya aku?” Aiman mengembalikan soalan itu kepada lelaki itu.

“Iyalah, aku cakap dengan Encik Zaki kau yang akan tolong ambil.. Alih-alih tak sampai pun dekat aku.. Nak masuk blok aspura pun kena tunggu orang yang nak keluar atau masuk sebab takde kad matriks untuk pass..” terang panjang lelaki itu.

“Jadi kau mengaku kesalahan kau?”

“Iya, aku mengaku.. Aku minta maaf..”

Tanpa melengahkan masa, Aiman mengeluarkan kad matriks milik lelaki itu dan terus berlalu pergi menuju ke arah dewan selera. Perutnya lapar. Lelaki itu terus tersenyum memandang Aiman berjalan.

Friday, March 4, 2011

Matlamatku.. Impianku.. - Prolog

Angin dingin pagi meniup perlahan menyentuh kulit hitam manis gadis berbaju sekolah serta kasut hitam yang berdiri bersebelahan kereta Toyota Vios berwarna hitam. Dia perlahan-lahan melangkah ke arah surau R&R Bukit Gantang. Perjalanannya menuju ke Sekolah Tun Fatimah bermula pada jam 3 pagi tadi. Matlamatnya satu, untuk mendaftar menjadi pelajar sekolah itu.

Selepas berjaya mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh itu, kehidupannya berubah. Guru-guru di sekolah lamanya menjadi berat hati untuk melemparkan senyuman kepadanya. Rakan-rakan sekelasnya pula menjadi dingin dan sedih untuk melepaskannya. Lembaga pengawas pula.. makin hari makin sepi.

Selesai solat subuh, dia ke kawasan cafe untuk minum pagi bersama ibu, ayah, adik serta kakak-kakaknya. Semasa menyuapkan nasi lemak ke mulutnya, dia teringatkan insiden pada minggu terakhir persekolahannya pada minggu lepas.

Dia berjalan melepasi kelas 3 Cekal, 3 Bakti.. akhirnya, 3 Amanah. Pintu besi kelas itu diketuk perlahan. Dia memberi salam kepada guru yang berada di dalam kelas itu. Teacher Chiam. Dia tersenyum manis menampakkan ala-ala lesung pipit di bawah matanya.

"Good morning, teacher.." dia menegur guru itu. Guru itu menjemputnya duduk selepas memberi tugasan kepada pelajar di dalam kelas itu.

"I have some news.." dia mula menyusun ayatnya. Guru itu memandangnya dengan penuh curiga. "I'm accepted to Tun Fatimah School.." sebaik dia mengakhiri ayatnya, mata guru itu berair. Senyuman gadis itu pudar.

"So, you're going?"

Gadis itu mengangguk perlahan. Pantas guru itu memeluknya erat. Gadis itu juga tidak dapat menahan air matanya daripada jatuh, sepantas mungkin, dia mengesat matanya. Kemudian dia menuju ke arah bilik pengawas pula untuk menyampaikan berita itu kepada kakak-kakak seniornya.

Dia mengetuk perlahan bilik itu. Kelihatan kakak-kakak itu sedang sibuk menyiapkan persiapan bagi Kem Kepimpinan Pengawas yang bakal diadakan di Yan, Kedah pada hari Jumaat dan Sabtu ini. Kak Syuhaida melemparkan senyuman kepadanya lalu menjemputnya masuk.

"Ada apa datang ke bilik pengawas ala pengganas ni?" Kak Fatin cuba membuat lawak namun tak menjadi. Gadis itu tersenyum.

"Sengih.. sengih.. Cakap lah cepat, ada apa?" Kak Syuhaida mencuit pahanya. Dia masih tersenyum.

"Lepas ni jaga Lembaga Pengawas baik-baik tau.." dia memulakan ayatnya. Kak Syahirah, Kak Fatin, Kak Syuhaida dan Kak Sarah yang sedang asyik membuat kertas kerja terhenti mendengarkan ayat gadis itu yang berbunyi semacam.

"..sebab adik dapat offer ke Sekolah Tun Fatimah, dekat Johor.."

Air mata berderai.

Monday, November 15, 2010

PTS One


assalamualaikum, para pembaca.


thx krna sudi membuka dan membaca blog inii selepas beberapa bulan menyepikan diri.
hikhik ^^,
bukannya apa, inspirasi dah takde, macam mana nak menulis..
hehe. oke, tujuan entri ini adalah untuk memaklumkan kepada semua bahawa novel Aku dan Kau insyaAllah bakal dicetak dalam bentuk buku/novel pada tahun hadapan.
insyaAllah lah ye..
moga-moga Allah permudahkan perjalanan untuk mencetak ye.
jadi, ada bab yang sudah dipotong pengakhirannya demi nak tinggalkan saspens..
kalau diperhati, semua bab saya tinggalkan tergantung demi nak buat korg terasa saspens dan teruja. hikhik ^^,

kalau ada apa-apa info lagi,
insyaAllah saya maklumkan lagii.
terima kasih kerana sudi membaca.

wassalam~

Friday, November 12, 2010

Aku dan Kau - Bab 14


"kepada semua mentor, sila dapatkan fail mentee anda dari Cikgu Sharul selepas perjumpaan.. sekian." ucap ringkas Kak Ida kepada para pengawas semasa perjumpaan pengawas pagi Isnin itu. Memandangkan hari itu hari Isnin, para pengawas perempuan diwajibkan untuk memakai pakaian rasmi pengawas iaitu tudung biru muda, kurung putih serta kain rasmi pengawas dan melayu putih serta sampin rasmi pengawas.

Selesai perjumpaan, semua mentor yang terlibat tunggu di Dataran Disiplin dimana mereka sering menjalankan perjumpaan dan aktiviti Lembaga Pengawas. Dataran itu telah dibina bersempena 20 tahun Lembaga Pengawas ditubuhkan di SM Sains Sungai Ara pada tahun lalu.

Semasa Cikgu Sharul memberi fail mentee kepada Aina, dia tersenyum nakal. Aina mencebik. Keningnya terangkat akibat pelik dengan kelakuan guru disiplinnya. Dalam perjalanan pulang ke kelas, dia membelek fail itu. Kelihatan satu gambar pelajar lelaki dan satu gambar pelajar perempuan. Dia tersenyum seraya.

Tiba sahaja di kelas, tiada guru. Semua pelajar 2 Alpha membuat kerja sendiri. Aina masuk dan sambung membelek fail itu. Biodata pelajar perempuan itu dibaca satu per satu. Pelajar perempuan itu adalah pelajar tingkatan satu. Dia juga ahli dorm Aina sendiri. Aina Shasha namanya.

'Aina Shasha binti Mohd Shater.. 3 April 1997.. Berasal dari Kuala Lumpur.. hmmm.. budak ni boleh tahan jugak.. sesuai jugak kalau jadi fect..' bisik hati Aina. Aina tersenyum seraya. Tiba-tiba satu suara memecah lamunannya.

"hoi makcik, buat apa tu?" suara itu menyergahnya dari belakang. Aina terus melatah tanpa disedarinya. Suara itu gelak terbahak-bahak. Aina kenal suara itu. Dia terus bertukar merah padam akibat marah. Aina berdiri dan memusingkan badannya. Huh! Agak dah!

"kau tak reti bagi salam ke?!" Aina menyergah semula.

Suara itu terus berhenti gelak. Mukanya bertukar pucat.

"dahlah sergah aku! tak tahu malu ke?!" Aina sambung memarahi dia. Keningnya terus terangkat.

"hei, sabar lah. aku main-main aje." dia menahan tawanya kerana teringatkan ayat yang tersembur dari mulut Aina semasa dia melatah tadi.

"main-main pun berpada lah! kau nak aku mati awal ke?!" Aina menjerkahnya. Reaksi di mukanya terus berubah.

"haih kau ni! aku gurau ajelah! itu pun nak terasa hati ke?" lelaki itu meninggikan suara. Pelajar-pelajar kelas itu memandang dengan penuh khusyuk. Sudah lama tak tengok Aina naik angin. Kali ini, pelajar baru itu pula bakal menjadi mangsanya.

"terasa?! hei kalau aku buat gituh dekat kau, aku berani jamin kau pun akan naik angin lah! hish!" Aina terus melawan. Keningnya terangkat.

Lelaki itu baru sahaja hendak membalas semula, namun dia terfikir. Apa gunanya jika dia membalas? Tiada manfaat langsung. Lagipun, dia tahu, Aina seorang yang panas baran. Dia tak patut mengusiknya dari awal lagi.

"okeylah, aku salah. aku mintak maaf.." lelaki itu merendahkan egonya. Aina tersentak. Angin kemarahannya terus hilang begitu sahaja. Dahinya yang tegang terus menjadi tenang. 'aik? biar betul? ada orang mengalah dengan aku?' bisik kecil hatinya. Lelaki itu tersenyum manis. "maaf ya sebab ganggu kau tadi.. kau buat apa tadi? baca fail kan.. ha, sambunglah baca.. aku keluar dulu.." dia menyambung kata-katanya.

Aina tidak berkelip memandang lelaki itu. Dia terus keluar melalui pintu belakang kelas menuju ke arah tangga. Aina terduduk.

"hoi.. mengelamun!" satu lagi suara menyedarkan dirinya. Aina blur sahaja.

"kenapa kau tak gaduh sampai habis tadi?" suara itu menyambung. Aina masih dalam keadaan yang serba blur. Aina masih diam.

"helo, cik Aina? saya sedang bertanya ni, kenapa cik Aina dan encik Affan tak bergaduh sampai habis tadi? selalunya kau orang lah yang suka gaduh sejak dia masuk sekolah ni.." suara itu cuba menyedarkan Aina. Aina mengelipkan matanya beberapa kali.

"sebab.. dia tak ego.." Aina menjawab sepatah demi sepatah. Dia terus menghadap fail itu semula. Matanya memandang kertas biodata di hadapannya. Namun mindanya melayang entah ke mana........


-sambungannya boleh didapati dalam bentuk cetakan, tak lama lagi insyaAllah..-

Tuesday, November 9, 2010

Aku dan Kau - Bab 13


"Assalamualaikum, semua.. selamat datang ke perjumpaan pertama setelah dirombakkan tempat tinggal awak semua pada tahun ini.. syabas saya ucapkan kerana sepanjang dua hari ini, tidak berlaku sebarang kekecohan mahupun sesuatu yang tidak diingini.. berikan tepukan kepada diri sendiri.." ucap Kak Farah selaku Presiden Exco Tertinggi Asrama pada tahun itu bagi asrama puteri. Tepukan gemuruh kedengaran.

"baik, bagi menentukan ketua dorm, akak akan serahkan kepada awak semua sendiri untuk putuskan.. tujuan akak panggil awak semua ke bilik yang tak berapa nak besar ini adalah untuk memperkenalkan diri kami serta memberitahu peraturan di dorm.. peraturan di dorm dan kiub adalah berbeza.." sambungnya lagi.

"baik, nama kakak, Farah Aliya binti Zainal.. kakak belajar di kelas 4 Alpha, dan kakak adalah presiden bagi Exco Tertinggi Asrama pada tahun ini.. sebarang masalah awak semua boleh rujuk kepada kakak.." kak Farah perkenalkan dirinya. Begitu juga dengan Kak Ruhil selaku Naik Presiden, kak Aisha selaku Setiausaha, kak Laila selaku Bendahari, dan juga kak Nabilah selaku Ketua AJK.

Selesai sesi perkenalan, kak Farah menerangkan sedikit sebanyak tentang peraturan di asrama. Usai itu, Kak Nabilah pula membuat pengumuman bagi melantik AJK Keceriaan dan Kebersihan Asrama dan AJK Keselamatan Asrama. Kak Fatin dari 4 Alpha, dilantik sebagai AJK Keceriaan dan Kebersihan Asrama manakala Kak Ida dari 4 Omega dilantik sebagai AJK Keselamatan Asrama.

* * *

"ada sesiapa ingin memberi cadangan tentang pencalonan presiden dan penolong presiden dorm Theta 7 kita ini?" kak Mashitah bersuara kecil. Semua berpandangan sesama sendiri. Aina duduk bersebelahan dengan Kak Syahirah disebelah kirinya dan Shazwani di sebelah kanannya. Mereka duduk di dalam sebuah bulatan boleh tahan besarnya.

"saya mencalonkan Kak Siti Syahirah untuk menjadi presiden dorm dan kak Nurul Mashitah sebagai penolong.." lantang suara Aina menyuarakan cadangannya. Semua tersenyum. Aina dengan sifat selambanya itu dengan secara tidak sengaja telah menarik perhatian beberapa orang pelajar junior yang sedang lalu di hadapan dorm mereka.

"baik, cadangan diterima.. ada lagi cadangan?" soal kak Mashitah sambil tersenyum kepada Aina. Semua masih berpandangan sesama sendiri. "baiklah, saya mencalonkan Nurul Mastura menjadi presiden dorm manakala adik Aina Nadhirah menjadi penolongnya." kak Mashitah bersuara apabila semuanya diam. Aina terus tersipu malu bagaikan baru menerima smash dari pihak lawan di dalam permainan badminton.

Semua terdiam. Akhirnya satu suara bersuara dan disahut oleh semua.

"saya setuju kak Syahirah menjadi presiden dan kak Aina menjadi penolongnya!" salah seorang junior bersuara. Junior itu adalah Shasha, pelajar kelas 1 Alpha. Akhirnya kata putus diambil, Kak Syahirah menjadi presiden dorm dan Aina menjadi penolong presiden dorm.

Sebagai tugas pertama, Aina disuruh oleh Kak Syahirah untuk turun ke setor di tingkat bawah untuk mengambil bakul sampah yang sepatutnya berada di dalam bilik mereka tetapi tiada. Aina mencebik. Dalam perjalanan untuk ke setor, Aina merungut.

'eh-eh, kalau iya pun tugas, takkan la tugas aku pergi ambil bakul sampah.. hantu punya presiden..' Aina menyesal kerana mengusulkan cadangan untuk memilihnya sebagai presiden.

* * *

Sesi ice breaking di antara ahli dorm dijalankan dengan lancar. Pihak EXTIMA memberi tugas itu kepada presiden dorm masing-masing dan kemudian terpulang kepada presiden, aktiviti apa yang mereka bakal jalankan. Bagi merancakkan aktiviti, EXTIMA menjadikan sesi ini sebagai penyuntik semangat untuk terus meriahkan aktiviti diantara ahli dorm masing-masing. Dalam erti kata lain, dijadikan seperti pertandingan dan markah akan diambil. Pada hujung tahun, dorm yang mengumpul markah paling banyak bakal dianugerahkan anugerah istimewa.

Bagi dorm Theta 7, mereka riuh sekali. Dari dorm, ke dewan selera, dan kemudian ke dataran usahawan. Di dorm, mereka memulakan sesi suai kenal walaupun sudah mengenali satu sama lain kerana markah aktiviti diambil oleh wakil EXTIMA yang datang untuk memantau mereka.

"baiklah, kita mulakan majlis kita dengan ummul kitab, al-Fatihah.." ucap Kak Syahirah sambil memandang Aina dengan pandangan yang serius. Gerun dibuatnya.

"..amin.. seperti semua ketahui, nama akak, Siti Syahirah dan akak belajar di kelas 4 Omega, kelas aliran Sastera. Kakak mula menuntut di sekolah ini sejak tahun 2007 lagi. Kakak adalah anak yang ketiga dari empat adik beradik....." dan perkenalan diri Kak Syahirah berterusan dengan kisah tentang ibubapa serta adik beradiknya dan sebagainya.

Mereka duduk di dalam sebuah bulatan seperti mana mereka duduk semasa melantik presiden dan penolong presiden dorm semalam. Aina duduk di sebelah kanan Kak Syahirah, jadi dia adalah orang terakhir yang bakal memperkenalkan dirinya. Seorang demi seorang memperkenalkan diri. Tiba pula giliran seorang pelajar juniornya. Kulitnya cerah, pipinya tembam. Senyum aje, matanya terus sepet. Comel.

"erm.. nama saya Sofia Edrina, saya sekelas dengan Shasha, 1 Alpha. Err.. Mula menuntut di sekolah ini sejak bulan lepas.. Anak kedua dari dua adik beradik.. Ibu kerja denagn kerajaan, ayah pula kerja sendiri...." percakapan pelajar itu tidak lancar. Gagap - dalam erti kata lain. Aina memandang pelajar itu lama. Dia kelihatan resah. Tadi tenang aje. Pelik. "..erm, itu aje." dia akhiri dengan mudah.

Seorang demi seorang, akhirnya tiba giliran Aina. Aina tersenyum. Sekali imbas macam patung beruang.

"nama diberi, Aina Nadhirah dan belajar di kelas 2 Alpha. Mula belajar di sekolah ini sejak bulan Mac tahun lepas, kerana menerima kemasukan yang kedua. Mempunyai enam beradik, dan tinggal berasingan. Itu aje, sekian." ringkas. Aina tidak mahu memberitahu lebih. Semua memandang Aina dengan pandangan yang tidak puas hati. Mereka memberitahu tentang keluarga mereka, dia tidak pula. Kenapa?

Kak Syahirah terpinga-pinga memandang Aina. Aina memberi isyarat untuk meneruskan aktiviti. Dengan itu mereka terus diberi arahan untuk bergerak ke dewan selera. Semasa keluar dari dorm, Aina pelajar yang paling akhir keluar dari dorm. Semasa mengunci dorm, kelihatan Sofia memandangnya. Aina pelik. Dia terus menyarungkan sandal dan berjalan. Sofia berhenti berjalan, entah kenapa. Sebaik Aina tiba di sisinya, barulah dia sambung berjalan.

Aina mengerutkan dahinya. Mereka berdua berjalan seiringan tetapi hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba Sofia bersuara.

"Kenapa kakak tak cerita tentang keluarga kakak?" soalnya. Langkah Aina terhenti. Dia mengetapkan bibirnya. Dia menundukkan kepalanya dan terus beristighfar. Dalam masa beberapa saat, dia mengangkat semula kepalanya dan sambung berjalan. Kening Sofia terangkat.

"it's for me to know, and not for anyone to find out.." tegas Aina. Dia memandang Sofia dengan geram. Ada pula menjaga tepi kain orang. Huh! Hati Aina membara. Terus dia bertukar mood. Anginnya dari elok terus bertukar buruk. Oh tidak.. Sofia terkebil-terkebil memandang kakak seniornya yang bertukar merah apabila diajukan soalan itu tadi. Pernah juga dia mendengar khabar bahawa Aina adalah pengawas yang sangat tegas dan seorang yang pemarah. Tetapi Sofia tahu, dia bukan begitu walaupun baru sahaja mengenali Aina.

* * *

Sejak kebelakangan ini, angin Aina tidak menentu. Melenting tidak tentu pasal, marah-marah dan banyak lagi. Pada hari Sabtu, pelajar puteri keluar outing. Bas rasmi sekolah yang dinaiki mereka itu menuju ke Queensbay Mall. Inilah masa untuk mereka melepaskan tension di kepala selepas belajar. Maklumlah, pelajar asrama tidak berkesampaian untuk keluar pada setipa hujung minggu.

Tiba sahaja di sana, Sofia dan Shasha mendekati Aina, Natasha, Aisyah, Hamizah, Amierah dan Ika. Mata Aina melilau mencari sesuatu. Entah apa. Tiba-tiba terasa sesuatu mencuit bahunya. Aina terus mengalih. Sofia dan Shasha terpacak dihadapannya seperti patung. Mata Aina terbeliak akibat terkejut. Aina hampir-hampir melatah, namun dia sempat menahan.

"haih budak-budak nih! orang dapat heart attack baru tahu!" Aina memarahi mereka. Namun, mereka masih tersenyum. Sedikit pun tak gerun dengan kemarahan Aina yang meluap-luap itu. Aina pelik. Ahh, biarkan aja!

"Kakak, kami nak makan Pizza Hut. Jom makan sekali?" ajak Shasha. Sofia hanya memerhati dan tersenyum. Aina memandang sahabat-sahabatnya. Masing-masing mengangkat bahu.

"your call, Aina. kami ikut kau aje.." Hamizah menjadi wakil mereka berlima. Aina mengerutkan dahi.

"taknak Pizza Hut. haram." jawab Aina dengan ringkas. Disebalik kata-katanya, ada maksudnya. Seperti yang kita ketahui, Pizza Hut, McDonalds, KFC dan sebagainya adalah produk keluaran Israel. Bagi membantu saudara-saudara kita di Palestin, lebih baik kita tidak membeli barangan mereka. Jika tidak mampu untuk berperang, kita boleh membantu dari jauh.

"kenapa, Kak Aina?" soal Shasha kepadanya. Matanya masih melilau mencari sesuatu. Entah apa.

"keluaran Israel, dik." Aina mengawal nadanya. Sudah beberapa hari dia tidak senyum. Jika senyum pun, senyum terpaksa. Entah apa yang mempengaruhinya. Sofia mengesyakki, ianya kerana soalan yang diajukan kepadanya pada minggu lepas semasa aktiviti dorm pertama mereka. Bagi menebus kesalahannya, Sofia ingin belanja Aina makan.

Aina dikenali oleh seluruh warga blok itu kerana hobinya iaitu makan. Makanlah berapa banyak pun, saiz badannya tetap sama. Ini kerana, Aina adalah seorang atlit sukan, juga ahli pesilat. Semasa latihan, Aina mengeluarkan peluh yang banyak dan membakar segala lemak yang tidak diperlukan didalam badannya. Sebagai seorang atlit, dia perlu mengekalkan staminanya.

"kalau macam itu, ikut kakak lah. Kakak nak makan di mana?" kali ini, Sofia pula yang bersuara. Aina memandang Sofia dengan pandangan yang tajam. Masih dia ingat soalan yang ditanya oleh Sofia. Hati Aina terus membara. Diakui olehnya sendiri, Aina bukanlah seorang yang penyabar. Kadang kala, kesabarannya tidak mampu menampung kemarahannya mengakibatkan tercetusnya angin yang tidak baik.

"Kapitan. Lapar tandoori." Aina menjawab selamba dek aje. Masing-masing terlopong mulutnya mendengarkan jawapan oleh Aina. Datang outing jauh-jauh, nak makan tandoori aje?! Sawan apa, budak ni? Tahun lepas, pantang outing aje, makan mewah-mewah. Dome ke, Subway ke, White Coffee ke.. Tahun ini, bertukar angin pula?

"eh, bukan kau cakap nak makan laksa ke?" soal Amierah. Aina memandang Amierah dengan senyuman.

"jimat duit.." Aina menjawab sambil tersenyum sehinggakan matanya tidak kelihatan. Mereka semua tergelak melihat gelagat Aina. Tiba-tiba aje moodnya berubah menjadi baik. Pelik benar Aina nih.

* * *

Semasa dalam bas ke Giant untuk membeli barang keperluan harian mereka, Sofia teringat nasihat oleh rakan-rakan Aina beberapa hari lalu.

"Adik, kami nak cakap sikit boleh?" soal Ika. Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Sekarang waktu riadah. Kelibatan Aina langsung tidak kelihatan. Pertandingan silat bakal diadakan dalam masa 3 bulan. Latihan perlu ditingkatkan untuk mencapai kejayaan ke peringkat kebangsaan.

Sofia mendongak kepalanya. "oh, kakak. boleh aje, duduklah.." Sofia mempelawa mereka berlima duduk di atas padang itu.

"kami nak cakap sikit pasal.. Kak Aina.." Ika menyambung. Sofia terus memandang Ika dengan serius. "sebenarnya, Kak Aina kamu tu, ada masalah keluarga dan tidak suka sama sekali jika hal keluarganya dibangkitkan oleh sesiapa pun walau cikgu. Apa masalah yang dihadapinya, kami sendiri tidak tahu. Tapi kami pasti, dia mempunyai masalah keluarga.." Ika terus bercerita.

"macam mana kakak boleh tahu?" soal Sofia pula.

"dari tahun lepas lagi, asal BBM* aje, dia tak akan balik ataupun dia akan balik bersama salah seorang daripada kami.. Jarang kami lihat dia balik ke rumahnya sendiri kecuali pada hari raya dan cuti semester.. bila ditanya, alasan diberi adalah, 'it's for me to know and not for anyone to find out'.. sampai naik mual dengan alasan itu.." sampuk Aisyah pula. Sofia mendengar dengan penuh perhatian.

"jadi, kami disini nak minta bantuan adik supaya bersabar dengan Kak Aina tu.. dia memang panas baran, dik. kami kenal sangat. Ada masanya untuk dia melawak dan ada masanya untuk dia serius. Bila dia serius, tiada siapa boleh mengganggu fokusnya. Bila dia melawak, segala-galanya dipandang ringan. Semuanya ikut kepala dia.." Hamizah pula bercerita.

"tapi.. dalam degil-degil dia, ada juga sifat lemah lembutnya yang tersendiri.. itu, kami aje yang tahu.. belum pernah dia tunjuk kepada orang lain.. dia sangat pentingkan kawan.. belum pernah kami diabaikan oleh dia.. tak rugi kalau berkawan dengan dia.. seronok lagi ada.." Natasha yang dari tadi diam terus bersuara. "jadi, adik perlu jadi air untuk meredakan api kemarahannya yang mebuak-buak.. buat sifat selamba, jangan ambil hati sangat dengan kata-kata dia.. macam Kak Hamizah cakap, dia memang begitu.." nasihat Natasha kepada Sofia.

"Aku perlu jadi air!" bisik kecil Sofia. Dia tersenyum.