"kepada semua mentor, sila dapatkan fail mentee anda dari Cikgu Sharul selepas perjumpaan.. sekian." ucap ringkas Kak Ida kepada para pengawas semasa perjumpaan pengawas pagi Isnin itu. Memandangkan hari itu hari Isnin, para pengawas perempuan diwajibkan untuk memakai pakaian rasmi pengawas iaitu tudung biru muda, kurung putih serta kain rasmi pengawas dan melayu putih serta sampin rasmi pengawas.
Selesai perjumpaan, semua mentor yang terlibat tunggu di Dataran Disiplin dimana mereka sering menjalankan perjumpaan dan aktiviti Lembaga Pengawas. Dataran itu telah dibina bersempena 20 tahun Lembaga Pengawas ditubuhkan di SM Sains Sungai Ara pada tahun lalu.
Semasa Cikgu Sharul memberi fail mentee kepada Aina, dia tersenyum nakal. Aina mencebik. Keningnya terangkat akibat pelik dengan kelakuan guru disiplinnya. Dalam perjalanan pulang ke kelas, dia membelek fail itu. Kelihatan satu gambar pelajar lelaki dan satu gambar pelajar perempuan. Dia tersenyum seraya.
Tiba sahaja di kelas, tiada guru. Semua pelajar 2 Alpha membuat kerja sendiri. Aina masuk dan sambung membelek fail itu. Biodata pelajar perempuan itu dibaca satu per satu. Pelajar perempuan itu adalah pelajar tingkatan satu. Dia juga ahli dorm Aina sendiri. Aina Shasha namanya.
'Aina Shasha binti Mohd Shater.. 3 April 1997.. Berasal dari Kuala Lumpur.. hmmm.. budak ni boleh tahan jugak.. sesuai jugak kalau jadi fect..' bisik hati Aina. Aina tersenyum seraya. Tiba-tiba satu suara memecah lamunannya.
"hoi makcik, buat apa tu?" suara itu menyergahnya dari belakang. Aina terus melatah tanpa disedarinya. Suara itu gelak terbahak-bahak. Aina kenal suara itu. Dia terus bertukar merah padam akibat marah. Aina berdiri dan memusingkan badannya. Huh! Agak dah!
"kau tak reti bagi salam ke?!" Aina menyergah semula.
Suara itu terus berhenti gelak. Mukanya bertukar pucat.
"dahlah sergah aku! tak tahu malu ke?!" Aina sambung memarahi dia. Keningnya terus terangkat.
"hei, sabar lah. aku main-main aje." dia menahan tawanya kerana teringatkan ayat yang tersembur dari mulut Aina semasa dia melatah tadi.
"main-main pun berpada lah! kau nak aku mati awal ke?!" Aina menjerkahnya. Reaksi di mukanya terus berubah.
"haih kau ni! aku gurau ajelah! itu pun nak terasa hati ke?" lelaki itu meninggikan suara. Pelajar-pelajar kelas itu memandang dengan penuh khusyuk. Sudah lama tak tengok Aina naik angin. Kali ini, pelajar baru itu pula bakal menjadi mangsanya.
"terasa?! hei kalau aku buat gituh dekat kau, aku berani jamin kau pun akan naik angin lah! hish!" Aina terus melawan. Keningnya terangkat.
Lelaki itu baru sahaja hendak membalas semula, namun dia terfikir. Apa gunanya jika dia membalas? Tiada manfaat langsung. Lagipun, dia tahu, Aina seorang yang panas baran. Dia tak patut mengusiknya dari awal lagi.
"okeylah, aku salah. aku mintak maaf.." lelaki itu merendahkan egonya. Aina tersentak. Angin kemarahannya terus hilang begitu sahaja. Dahinya yang tegang terus menjadi tenang. 'aik? biar betul? ada orang mengalah dengan aku?' bisik kecil hatinya. Lelaki itu tersenyum manis. "maaf ya sebab ganggu kau tadi.. kau buat apa tadi? baca fail kan.. ha, sambunglah baca.. aku keluar dulu.." dia menyambung kata-katanya.
Aina tidak berkelip memandang lelaki itu. Dia terus keluar melalui pintu belakang kelas menuju ke arah tangga. Aina terduduk.
"hoi.. mengelamun!" satu lagi suara menyedarkan dirinya. Aina blur sahaja.
"kenapa kau tak gaduh sampai habis tadi?" suara itu menyambung. Aina masih dalam keadaan yang serba blur. Aina masih diam.
"helo, cik Aina? saya sedang bertanya ni, kenapa cik Aina dan encik Affan tak bergaduh sampai habis tadi? selalunya kau orang lah yang suka gaduh sejak dia masuk sekolah ni.." suara itu cuba menyedarkan Aina. Aina mengelipkan matanya beberapa kali.
"sebab.. dia tak ego.." Aina menjawab sepatah demi sepatah. Dia terus menghadap fail itu semula. Matanya memandang kertas biodata di hadapannya. Namun mindanya melayang entah ke mana........
-sambungannya boleh didapati dalam bentuk cetakan, tak lama lagi insyaAllah..-
No comments:
Post a Comment