"diminta semua pelajar tingkatan satu, dua dan empat berkumpul di dewan besar sekolah dalam kadar segera.." suara Cikgu Arifin bergema di corong hailer. Aina yang dari tadi asyik membaca buku sejarah terus tersentak. Pantas dia mencapai tudung berwarna putih dan stokin. Lyana, Ika dan Amierah tiada dalam kiub kerana mereka ke dewan selera untuk menikmati sarapan pagi. Aina puasa pada hari itu, jadi dia tidak turun bersama selepas solat subuh berjemaah awal pagi tadi.
Hari itu hari Khamis. Mereka mula bercuti selama seminggu pada hujung bulan Januari. Ada yang berniat untuk pulang pada hari itu, namun terbantut niat mereka kerana terpaksa menturuti arahan pihak pentadbiran.
Tanpa melengahkan masa, Aina terus mencapai sandal berwarna hitam miliknya dan terus disarung ke kakinya. Dia sudah lewat. Terus Aina berlari sekuat hati menuju ke dewan besar. Dia sudah dimaklumkan dengan pengumuman yang bakal disampaikan. Dia terus ke bahagian belakang dewan untuk menyediakan apa yang patut.
Elok sahaja dia tiba di situ, Haikal Afifi sudah pun berada disitu, sedang menyemak senarai nama pelajar-pelajar. Dia tersenyum segaris melihat kehadiran Aina yang sedang tercungap-cungap meminta udara. Baru Haikal hendak bersuara, Kak Shuhaida tiba bersama beberapa kotak kecil.
"Aina, tolong akak kejap.. Ada lagi 5, 6 kotak macam ni dalam kereta Cikgu Shahrul.. Tolong ambilkan ya?" pinta Kak Shuhaida dengan sopan. Aina tersenyum dan mengangguk. Pantas dia keluar dewan dan mencari kereta milik Cikgu Shahrul.
* * *
"..atas permintaan kebanyakkan abang-abang dan kakak-kakak senior kamu, kamu akan bertukar bilik.." ucap Cikgu Wan. Seraya itu, hampir kesemua pelajar bising menunjukkan tidak puas hati. "bawa bertenang.. ada sebabnya kami mengambil keputusan ini.. bagi kami, tak berapa sesuai untuk pelajar yang mengambil peperiksaan awam untuk tinggal di dalam dorm yang dikongsi bersama pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.." terang Cikgu Wan bagi menenangkan pelajar-pelajar itu.
"jadi, sepanjang cuti ini, kamu akan berpindah dari kiub ke dorm.. seperti kebanyakkan kamu ketahui, sebuah dorm mempunyai lapan penghuni.. dan sebuah dorm ditentukan penghuninya dari rumah sukan.. di blok Aspuri B dan Aspura B, terdapat lebih kurang 32 dorm setiap blok.. setiap floor pula mempunyai 8 dorm.." Cikgu Wan menyambung penerangannya tentang dorm di blok aspuri dan aspura.
"setelah dirombakkan, kami telah mencapai kata putus bagi setiap penghuni dorm-dorm itu.. Exco Tertinggi Asrama juga telah ditubuhkan bagi memastikan setiap dorm dapat dikawal dengan sempurna dan teratur mengikut protokol.."
Majlis dikendalikan oleh Lembaga Pengawas pula. Abang Zul mengumumkan bahawa nama-nama penghuni dorm telah ditampal di luar aspura dan aspuri, di hadapan dewan selera, di luar kooperasi, juga di bahagian hadapan surau bagi memastikan pelajar tidak berebut untuk menyemak senarai itu.
Pemindahan akan bermula pada hari Ahad hadapan, bagi memberi masa kepada pelajar-pelajar untuk mengemas segala barang mereka dan memastikan segala kelengkapan lengkap seperti mana mereka menerima pada awal tahun itu. Kunci-kunci dorm pula akan diserahkan kepada ketua dorm pada hari Isnin.
* * *
"Argh!! Aku dapat dorm Omicron 5, kau dapat dorm apa, Aina?" Ika terus bertanya sebaik masuk ke bilik. Aina yang sedang mula mengemas bagasinya sambil mendengar lagu tidak mengendahkan Ika. Malah, Aina langsung tidak perasan kehadiran Ika di dalam bilik itu. Ika mengaut bahu Aina. Sepantas kilat, Aina terus bertindak balas dengan memulas tangan Ika dan membuka kunci mati.
"AINA! Kau nak bunuh aku ke?!" jerkah Ika. Pantas kiub B23 diserbu oleh beberapa orang rakan batch mereka. Terbeliak biji mata seorang demi seorang melihat tindakan Aina terhadap Ika.
"sorry, Ika.. sorry.. aku tak sengaja.. aku tak dengar kau masuk.." Aina melepaskan kuncian yang dilakukan kepada Ika tadi. Aina tersengih.
"terlupa pula kawan aku seorang ni pantang disentuh, terus bukak silat dia.." Ika membalas sinis. Aina masih tersengih walaupun sedikit terasa.
"sorry, sorry.. maaf ek, kawan-kawan sebab buat korang risau.." Aina mengumum kepada mereka yang berada di muka pintu kiub mereka. Masing-masing tersenyum dan menggelengkan kepala melihat Aina tersipu malu begitu. Sebaik mereka berlalu pergi, Aina membuka earphone dari telinga kiri dan kanannya.
"ha, kau cakap apa tadi?" Aina sambung mengemas barang-barangnya.
"aku cakap, aku dapat dorm Omicron 5, kau dorm apa? tadi aku tak sempat tengok nama kau sebab ramai sangat.." Ika mengulangi soalannya tadi. Aina tersenyum.
"aku dapat Theta 7.. aku dengan Aisyah aje dari batch kita.. lagi tiga, batch form one, last tiga batch form four.." terang Aina. Ika menjuihkan mulutnya. "tudia, boleh sangkut berapa banyak baju dah ni.. muncung kau tu mengalahkan tempat letak baju dalam almari aku lah!" usik Aina. Ika terus mencapai bantal Spongebob miliknya dan mensasar kepada Aina untuk dibaling tetapi terbantut pula niatnya.
"eh, tak baling?" Aina pelik.
"tak sampai hati pula aku nak baling Mr. Bob.."
Gelak tawa pecah.
No comments:
Post a Comment