Friday, April 30, 2010
Bab 4 - PBB
Ayman diberi kelas 4 Archimedes, aliran sains tulen. Dia mendapat tahu, Aini mendapat kelas itu. Dia cuma mengharap semua kawan-kawannya masih disitu walaupun mengetahui mereka sudah mendapat tawaran untuk ke sekolah yang lebih baik. Dia membaca bismillah dan selawat dalam perjalanan ke kelas barunya.
Sebaik dia mengetuk pintu kelas itu, wajah-wajah pelajar di kelas itu bertukar ceria. Ada yang berbisik, ada yang tersenyum, ada juga yang melambai-lambai ke arah Ayman. Ayman memasuki kelas itu dengan hari yang gembira. Kelihatan kelibat Lufti, Sam, Syafiq, Amin, Azim dan Zuqi. Alhamdulilah, mereka masih berada disini. Ayman tersengih.
Cikgu Faridah berada di dalam kelas itu. Dia juga mengajar matapelajaran Add Maths. Hati Ayman bersorak riang.
*srry tak bnyk. malas nak re-type..
Friday, April 23, 2010
Bab 1 - Aku dan Kau
Pintu kereta dibuka luas. Sebelah kaki dijejak ke atas bumi yang nyata. Seorang jejaka keluar dari kereta itu berpakaian uniform sekolah penuh. Lengkap bersama beg sekolah serta kaca mata hitam. Sekali pandang, fuuu macam orang kaya tu.. Ketinggian dah ada, rupa pun ada. Seorang wanita pula keluar dari kereta. Kereta dikunci, mereka berdua mula berjalan. Jejaka itu tadi memandang sekeliling pelik.
Pintu bertulis 'PEJABAT SEKOLAH' ditolak perlahan. Wanita tadi menjenguk ke dalam.
"jom masuk, adik.." tangan jejaka tadi ditarik perlahan. Kasut hitam dibuka. Kaca mata hitam dibuka oleh jejaka itu.
*****
"kemahiran hidup, ambil apa?" soalan diajukan kepada jejaka itu.
"perdangangan." ringkas jawapan jejaka itu.
"ok then.. 2 Alpha should be fine, right?"
"2 Alpha? fine with me.." balas jejaka itu.
"welcome to SuASS.." ucap ramah pengetua sekolah itu. Jejaka itu tersenyum manis. Tuan Ismail, pengetua Sungai Ara Science School itu bangun diikuti dengan jejaka itu serta wanita tadi. Mereka keluar dari pejabat sekolah dan mula berjalan ke arah blok akademik yang bertentangan dengan blok pentadbiran itu.
Tuesday, April 20, 2010
Bab 3 - PBB
Dua Bulan Kemudian..
"hey bro! where've you been? i've been searching for you for hours!" Zack menjerit dari belakang. Ayman yang baru keluar dari bilik asrama sekolah itu terkejut lalu menoleh. Dia tersenyum. Zack berlari anak mengejar Ayman.
"i went to pray" ringkas sahaja jawapan Ayman membuatkan Zack tidak puas hati.
"pray? what for?" nampaknya Ayman perlu mengulang jawapan yang sama setiap kali ia dikemukakan oleh rakan-rakannya.
"it's my duty as a muslim.. you've seen me pray in our room, right?" Ayman mengeluh namun tetap mengekalkan senyuman di bibir.
"yeah.. but i still don't get why do you have to do so wherese we have everything we need.. don't muslims pray just to ask something from your god?" mereka berdua duduk di bangku berdekatan blok akademik sementara menunggu waktu prepreration petang bermula sebelum makan malam dan waktu 'study hall'. Ayman mengeluh. Dia menggeleng.
"no, Zack. I will pray until the day I die because that is why we humans were created at first. especially me, as a muslim. praying is a way to show we love our god and a way we show that there is a big gap between muslim and other religions.." panjang Ayman menerangkan. Zack mendengar dengan tekun. Belum sempat Zack melontarkan soalan, Alex pula datang.
"what's up, guys? what are we talking about?" Alex menepuk bahu Ayman dan duduk diantara mereka berdua. Ayman sekadar tersenyum.
"muslims.." selamba Ayman menjawab sambil mengeluarkan komputer riba yang dipinjamkan oleh pihak sekolah kepadanya.
"what about them? I mean.. you.. er.. I mean..." Alex gagap. Ayman tergelak kecil sambil menekan kekunci komputer ribanya.
"Zack here is just asking why do us muslims pray five times a day.." Ayman menekan butang 'enter' dengan kuat. Zack terkejut. Begitu juga dengan Alex.
"five times?!" suara mereka bergema. Pelajar senior dan juga junior memandang pelik.
"yea, why?"
"i thought you only pray once a day anytime you want.." Alex mengangkat kening.
"then where's the dicipline in it? Islam not only teaches you to be fair but to be diciplined, smart in any decisions and more.." Ayman membalas. Mereka terdiam. Ada benar juga kata-katanya.
"i would love to learn more.." perlahan Zack mengeluarkan kata-kata. Senyuman Ayman melebar. Alex mengangkat tangan menandakan dia juga mahu belajar bersama.
"tonight we'll start.." Ayman menepuk bahu mereka berdua. Sekali pandang, macam bersama Lufti dan Sam tahun lepas. Alangkah rindunya dia pada sahabat-sahabatnya di Malaysia.
Dia mendapat tahu, Lufti mendapat tawaran ke MRSM Serting, Negeri Sembilan. Sam mendapat tawaran ke SERATAS, Perak. Amin dan Syafiq mendapat tawaran ke KISAS, Selangor. Azim mendapat tawaran ke KUSSES, Kuala Selangor. Zuqi pula mendapat tawaran ke MRSM Alor Gajah, Melaka. Ayman masih tidak mendapat apa-apa tawaran..
Selepas dia ke Jerman, langsung dia tidak mendapat berita daripada Aini. Tetapi pernah juga Lufti memberitahu bahawa Aini berpindah ke Perlis. Jauh benar.. Mungkin satu hari nanti, mereka akan bertemu semula..
*****
"i'm still waiting for your lesson here.." Alex menunjukkan minat yang mendalam. Ayman tersengih. al-Qurannya diambil dan diletakkan ke atas bantalnya. Alex dan Zack memandang pelik.
"what on earth is this?" Zack akhirnya bertutur. Ayman tergelak kecil.
"this is called a Quran. it's the muslim's refrence for any kind of problems. but of course, we have ustaz and ustazah.." Ayman memulakan bicara. "ustaz and ustazah are teachers or mostly known as guiders for muslims.. they have higher education of Islam so, they will guide and help us for any problems or misunderstandings.." Ayman menyambung. Alex dan Zack mengangguk faham.
"cool.. in christian, we only have the priest.." Zack memberitahu. Ayman mengangguk minat.
*****
"Ayman, you are needed at the office.. pronto.." Lindsay memberitahu sebaik loceng waktu ketiga berbunyi dan semua pelajar Westland Academy bergegas keluar untuk ke kelas yang seterusnya. Ayman mengangguk dan mengucapkan terima kasih lalu ke pejabat.
"i was told that i am needed?" Ayman bersuara sebaik tiba di lobi pejabat pentadbiran. Ms. Andrews, kerani pejabat tersenyum.
"oh Ayman my dear, there is an international phone call for you.. sounds important.." Ms. Andrews menunjukkan ke arah telefon di meja kerani. Ayman mengangguk dan berjalan ke arah meja itu. Telefon diangkat.
"hello?"
*****
Dalam perjalanan pulang ke tanah air tercinta, macam-macam memori bersama Alexander dan Zachary bermain di minda Ayman. Ada kalanya membuatkan Ayman seronok, ada kalanya membuatkan Ayman geram. Namun begitu, Ayman lega kerana Alex dan Zack memilih untuk mempelajari agama Islam dengan lebih mendalam.
Perbualan telefon dengan kakaknya di Malaysia dua minggu yang lalu masih dia ingat. Itulah sebab dia akan kembali ke Malaysia.
dah update..
ha tu, A dah bubuh.
enjoy kay!
ape2pun, feedback me.
cmnt kt chatbox.
PBB (perjuangan belum berakhir) tgh otw.
inspirasi takde.
inspirasi A buat hal pulak, merajuk.
buruk betul laki merajuk.
hodoh ;))
oklah,
insyaAllah kalo A ade idea lagi,
A akan post bab 3 PBB..
doa2lah inspirasi A tak merajuk dah after tmrw :P
-A
One Time - Kami Bersatu! (monolouge)
“Ayman, kau ready ke, nak ambil keputusan ni?” Lufti menolak sedikit bahu Ayman yang semangat berjalan menuju Dewan Sigma. Ayman tersengih. Dia mengangguk.
“hey, apa aku cakap dulu masa kita bertarbiah?” Ayman memandang Lufti dan Sam disebelahnya. Yang lain sudah berada di dalam dewan.
“takdir Tuhan terletak di hujung usaha hambanya..” Sam dan Lufti serentak menjawab. Ayman tersengih. Dia mengangguk dan melangkah masuk ke dewan itu dengan ucapan bismillah. Semua menunjukkan wajah-wajah takut dan gusar. Ayman masih tersenyum mencari ahli-ahli grupnya yang lain.
“masih dengan senyuman dia..” Sam berbisik kepada Lufti. Lufti tersenyum.
“baik, keputusan sekarang berada di tangan guru-guru tingkatan masing-masing.. anda boleh menuntutnya sekarang..” suara Tuan Mohamad Khairul bergema. Semua beratur di meja kelas masing-masing. Barisan perempuan dan lelaki di asingkan. Ayman sudah memberitahu supaya membuka sampul itu bersama-sama nanti..
Sebaik semua mendapat sampul tersendiri, mereka membaca al-Fatihah dan kemudiannya membuka sampul tersendiri dengan lafaz bismillahirahmanirahim.
Wajah-wajah mereka bertukar ceria. Semua terlompat riang. Ayman turut tersenyum dengan kejayaan yang berjaya digondol oleh mereka. Dengan keredhaan Allah, mereka mencapai kejayaan yang mereka usahakan. ‘MCKK, here I come!!’ sorak riang hati Ayman. Dia masih tersengih.
Takbir! Allahu Akbar!
*thanks for reading kayy. appriciate sgt2. feedback me kat chatbox ok? btw, cerita ini takde kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. ini semua rekaan semata-mata. tapi, inspirasi mmg banyak.
One Time - Chapter 20 (finale)
Dua hari lagi, Penilaian Menengah Rendah bagi tahun 2010 bakal menjelma. Kecut perut, demam takut, gabra dan sebagainya. Bagi Ayman dan grup studinya, mereka yakin. Walaupun mereka yakin, mereka tidak berlagak. Mereka yakin akan ketentuan Allah. Mereka tidak akan menyerah kalah selagi mereka mampu berusaha kerana, takdir Tuhan terletak di hujung usaha hambanya. “don’t ever give up!” bak kata orang inggeris.
Malam itu dan malam seterusnya, mereka akan bermalam di rumah Ayman. Kali ini, grup mereka disertai oleh grup studi enam orang pelajar perempuan yang dijemput oleh Ayman sendiri. Dengan kebenaran kakak-kakaknya, mereka berenam bakal tinggal di bilik tetamu buat dua minggu itu. Mungkin mereka akan pulang buat sementara waktu, tetapi mereka tetap akan melaksanakan apa yang Ayman telah nasihatkan mereka.
Kini grup studi mereka telah meningkat menjadi 13 orang. Tidak menjadi masalah bagi Ayman. Lagi ramai yang berminat untuk menjadi peneraju Islam yang akan datang, lagi bagus.
Malam sebelum PMR, mereka bangun dan menunaikan solat sunat berjemaah. Kali ini disertai oleh kakak-kakaknya. Ayman bangga. Dia telah berjaya memujuk 12 hati untuk mengikutnya bersama belajar untuk cemerlang dalam pelajaran juga dalam menjadi hamba Allah yang baik.
Dalam doanya, dia memohon supaya Allah sentiasa memberi rahmat kepada mereka dan juga kepadanya. Dia memohon supaya Allah sentiasa mengampunkan dosa-dosa mereka. Dia memohon supaya... ibubapanya ditempatkan di golongan orang-orang yang bertaqwa.. Dia rindu akan ibubapanya.
Secara tidak langsung, sudah sembilan bulan ibubapanya pergi meninggalkannya bersama kakak-kakaknya serta apa yang telah diwasiatkan kepadanya. Ayman telah diamanahkan untuk mengusahakan syarikat milik papanya setelah umurnya mencecah 21 dan setelah dia bersedia.
Ayman fokus untuk menghadapi peperiksaan sebentar lagi. Mereka masing-masing mempunyai doa yang tersendiri. Tetapi masing-masing dengan satu matlamat, mencapai kejayaan dijalan yang Allah redha.
“Aini, boleh saya bercakap dengan awak sebentar?” Ayman mengucap lembut. Aini mengangguk.
“erm.. ingat tak apa saya cakap pada awak tempoh hari?” Aini mengangguk.
“apa saya cakap memang benar tetapi.. lepas saya mendapat kesedaran semasa qiamualail kita pagi tadi, saya rasa adalah lebih baik kita biarkan hubungan kita ditahap yang Allah redha..” Ayman mengucap perlahan. Aini tersenyum dan mengangguk.
“saya setuju..” Ayman tersengih.
“jadi boleh lah saya buli awak selalu..” ucapan Ayman disambut dengan jeliran Aini.
“dah jom kita berkumpul.. saya mahu mengucap sesuatu sebelum kita masuh dewan peperiksaan..” Ayman mengorak langkah sebelum Aini.
“kawan-kawan.. kita telah berusaha selama tiga tahun sejak tingkatan satu dan bertungkus lumus sejak empat bulan yang lalu.. sekarang ini kita sedang berjihaad di jalan yang Allah redha, jadi kekalkan apa yang kita jadikan matlamat..” Ayman memulakan bicara.
“Ayman, terima kasih banyak.. kerana kau lah aku jadi rajin bangun subuh..” Azim memecah sepi di pagi itu. Gelak tawa berderaian.
“aku sekadar menasihati, yang memberi petunjuk kepada kau adalah...?”
“Allah..” semua 12 orang menjawab serentak. Ayman tersengih.
“sayang korang!” Ayman memuji. Semua tergelak.
“para puteri ada apa-apa yang mahu disampaikan?” Lufti menjadi wakil. Gelak tawa berderaian lagi.
“Ayman, benar cakap kau tapi benar jugak cakap Azim.. kau nasihat kitaorang.. dan sekarang matlamat aku dah jelas, tujuan aku nak dapat 9A tu pun dah jelas.. bukan takat demi masa depan aku, tapi jugak demi Allah..” Aliyah bersuara. Ayman tersengih.
“saudara Islam mestilah bantu-membantu.. apa betul?” Ayman riang. Semua mengangguk.
“eh Amin, kau cakap kau nak buat sorakan luar biasa hari ini.. lead the way..” Ayman menepuk bahu Amin. Amin tersenyum.
“kita belajar demi siapa?”
“Allah!”
“kita berjihaad di jalan siapa?”
“Allah!”
“kita inginkan keredhaannya ataupun tak?”
“Mahu!”
“kita mahu mencapai kejayaan ataupun tidak?”
“Mahu!”
“jadi kita mesti berusaha!”
“Usaha!”
“Islam...”
“Mumtaz!”
Semua tergelak riang. Pelajar lain yang berdekatan tersenyum melihat gelagat mereka 13 sekawan. Walaupun grup mereka bercampur, mereka masih menjaga batas pergaulan.
Tiba-tiba Cikgu Amru berdiri dihadapan dewan.
“baik, Assalamualaikum semua.. saya mahu semua pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam kadar yang segera.. kertas pertama akan bermula sebentar lagi..” ucapnya ringkas. Ayman tersenyum lalu memandang semula ahli grupnya.
“ha tengok.. tak habis-habis dengan senyuman dia..” Sam memecah sepi mereka.
“trademark dia..” Lufti mengejek. Mereka tergelak.
“semoga semua ahli jihaad ini berjaya, ya..” satu suara datang dari belakang Ayman. Ayman memusingkan badan. Dalila dan Nurin.
“kak..” Ayman tersengih. Semua pelajar puteri menyalam Dalila dan Nurin.
“kami support korang all the way..” Nurin menambah. Semua tersenyum. Tetapi senyuman mereka pudar sebaik Fatin Norida datang.
“Ayman..” suaranya biasa. Tidak garang, tidak marah.
“ya?”
“semoga berjaya..” Fatin tersenyum. Ayman lega. Rupanya dia telah sedar selepas ditegur olehnya beberapa bulan yang dahulu.
“terima kasih.” Ayman tersengih. Semua berlagak biasa. Ayman menekupkan tangannya dan mendekatkan tangannya ke kepalanya. Semua terdiam. Termasuk orang yang lalu-lalang. Kemudian dia mengangkat semula kepalanya.
“matahari kita sudah bersinar, apa lagi, mari berusaha!” Lufti bersorak. Semua tersenyum. Ayman senyum paling lebar.
‘Semoga Berjaya, Peneraju Islam!’ sorak hati Ayman.
One Time - Chapter 19
Satu bulan lagi, PMR bakal menjelma. Ayman masih dengan proses latihan jiwa serta tarbiahnya bersama Amin, Azim, Lufti, Zuqi, Sam dan Syafiq. Mereka kini bersatu teguh. Iman mereka semakin kuat, hubungan antara Amin dan Syafiq semakin pulih dan Amin kini dapat memaafkan Syafiq sepenuhnya. Dari segi persahabatan antara orang lain pula.. Ayman masih lemah.
“Assalamualaikum..” satu suara menyapa. Ayman tersenyum.
“wa’alaikum salam.. lambat pula hari ini?” Ayman menegur.
“maaflah, Aini ada hal sikit tadi..” suara itu memohon maaf dan duduk dihadapan Ayman. Mereka bersetuju untuk mengadakan studi grup bersama setiap petang sebelum mengadakan studi grup di rumah Ayman pada jam 4 petang.
“tak apa, hari ini Ayman mahu Aini buat latihan yang Ayman sediakan ini..” Ayman menyuakan sekeping kertas yang tertera diatasnya,
'SEJARAH'. Aini mengeluh. Inilah subjek yang paling lemah baginya. Dia mengeluarkan alat tulis. Dalam sedang membuat latihan yang diberi, dia memandang Ayman yang tekun membuat latihan Sains. Latihan itu diberi oleh Aini semalam, masih tidak dapat disiapkan hari ini..
Dalam hati Aini, terselit juga perasaan suka dan sayang terhadap Ayman. Ayman masih pura-pura tida tahu walhalnya dia juga merasakan perkara yang sama. Dia masih mengelak.
“Tengku Ayman Tengku Ariff..” Aini memanggil lembut. Ayman terus mengangkat mukanya dan memandang Aini serius. Kaca matanya dipakai sewaktu belajar, memang serius benar mukanya.
“ya, Aini Atikah Kahar?” Ayman memerli. Dia tersenyum.
“petang ini, apa kata kita wrap up awal sedikit?” Aini memberi cadangan.
“mengapa? Saya semangat untuk buat latihan kemahiran hidup selepas selesai latihan sains ini..” Ayman menunjukkan ke arah kertas dihadapannya.
“saya mahu sambung sesi luahan perasaan semalam..” Aini mengalihkan pandangan.
“apa kata awak cakap sambil buat latihan?”
“macam mana mahu fokus?” Ayman tersipu malu.
“sengaja saya test awak..” Ayman cuba menutup malu. Aini tergelak kecil.
“eleh nak cover lah tu..” Aini memerli.
“mana ada.. dah, dah.. buat kerja.. 3.30 kita sambung sesi semalam.. saya mahu latihan awak tu siap dalam masa 15 minit..” Ayman menyambung buat kerja dalam keadaan yang malu.
“oh ye, no referring okay..” Ayman memberi amaran. Aini mengeluh.
*****
“sebenarnya.. bila Aini mula-mula kenal Ayman dulu, i thought you were just like the others sebab gaya pun serupa.. macam orang nak mengurat.. i’m just so sick of it so, Aini pun buat kasar jela..” Aini menyambung cerita. Buku sudah dikemas.
“hehe..” Ayman tersengih.
“but when i knew you, you are totally different, Ayman.. you’re just like... like...” Aini gagap. Ayman memahami.
“like your brother is it?” Ayman meneka. Aini memandang Ayman. Dia cuba membaca muka Ayman tetapi gagal.
“macam mana tahu?”
“adalah, informer Ayman ramai, tahu..” Ayman menjelir lidah.
“ini mesti kerja si Ieka.. kan?” Aini meneka.
“entah..” Ayman selamba.
“ha iyalah tu..” Aini membalas jeliran lidah. Ayman tersenyum. “apa lagi dia bagitahu Ayman?”
“hmm... entah la..” Ayman masih selamba.
“Ayman..”
“ye, Aini..” Aini mengeluh. Penatlah dengan loyar buruk mamat ni..
“ha yelah, yelah Ayman bagitahu.. karang teriak pula..” Ayman mengejek. Aini memukul lengan Ayman yang berada jauh dihadapnnya itu. Ayman tergelak.
“tak ada lah.. dia cerita kepada Ayman.. Aini ni orangnye manja.. tapi sejak what happened two years ago.. Aini terus hilang semangat all that.. then dia cakap.....” Ayman sengaja melengahkan. Aini geram. Dia mengangkat tangan untuk memukul lagi, Ayman menahan.
“ok, ok.. Ayman cerita.. chill lah.. dia cakap, Aini cerita pasal Ayman dekat dia.. itu je..” Ayman menamatkan ceritanya. Aini membeliakkan biji mata seolah-olah tidak percaya.
“kenapa ni?” Ayman pelik.
“sure dia tak cakap apa-apa lain dah?” Ayman mengangguk.
“positive?”
“yep..”
“sure?”
“very sure..” Ayman memandang jam. Sudah pukul 3.50 petang. Dia perlu bergegas pulang kerana sesi studi grup serta tarbiah akan bermula lagi sepuluh minit. Dia tidak suka lambat.
“Aini, Ayman gerak dulu eh.. Assalamualaikum..” Ayman pantas bangun dari kerusi plastik milik perpustakaan awam Bandar Baru Salak Tinggi itu. Aini mengangguk. Dia menyambung sedikit kerja.
“oh ye..” Ayman patah balik ke arah meja yang diduduki oleh Aini. Aini mengangkat kepalanya. Dia juga mengangkat kening menanti jawapan.
“i like you too..” lalu Ayman pergi dengan selamba. Aini terkedu; terdiam seribu bahasa. Tidak mampu berkata apa-apa. Speechless bak kata orang inggeris. Ayman tersenyum walaupun perlu bergegas pulang.
One Time - Chapter 18
Dua bulan sudah berlalu, percubaan peperiksaan menengah rendah akan diadakan pada esok hari. Mereka sudah cuba sehabis baik dan Ayman telah mencurahkan segala apa yang dia tahu.
"eh Ayman, sebelum kau mula baca al-Mathurat petang ni.. aku mahu tanya.. apa tujuan kita baca al-Mathurat sebenarnya?" Amin bersuara. Ayman tersenyum.
"kita baca al-Mathurat untuk bina hati kita.. doa-doa ini akan dapat membina hati kita apabila kita membiasakan diri kita membacanya.. juga mentadabbur maknanya.." Ayman perlahan mengucap.
"tadabbur maknanya??" Syafiq mengangkat kening.
"tadabbur bukan setakat telitikan maknanya saja, tapi sampai tahap kita menghayati dan cuba amalkan ayat itu sekali.." sekaligus mereka kagum dengan apa yang Ayman sebut. "juga, bila kita dah bina hati kita, kekuatan yang sebenar akan datang.." Ayman menyambung sedikit lagi.
"kekuatan apa?"
"kekuatan 313 orang menewaskan 1000 orang, 1000 orang menewaskan 3000 orang dan 3000 orang menandingi kekuatan 10 000 orang.."
Sam menggaru kepala. "kau cakap nombor-nombor ini.. nombor apa? nombor ekorkah?" lantas gelak tawa pecah berderai. Ayman tersenyum.
"bukan nombor ekor, Sam.. itu nombor-nombor pejuang Islam dan tentera kaum musyrikin dalam pertempuran Badar, Uhud dengan Khandaq.." Ayman menerangkan. Mereka mengangguk faham.
Mereka mula mengikut Ayman membaca al-Mathurat. Selesai itu, Ayman mula memperkenalkan sesi tarbiah yang bakal dijalankan selama empat bulan itu.
"jap, jap.. tarbiah tu amende?" Lufti pelik.
"tarbiah tu adalah satu proses untuk meletakkan diri ke satu tahap yang Allah redha.." Ayman menerangkan. "tapi, tarbiah bukan segala-galanya tapi hendakkan segala-galanya dengan tarbiah.." Ayman menyambung. Mereka mengangguk faham.
"eh korang ni asyik-asyik angguk je.. faham tak? kalau tak faham, tanya lah.. aku open.." Ayman pelik.
"kami faham, jangan risau.. kami dah anggap kau macam ustaz dah.."
"aku tak layak nak digelar ustaz la.." Ayman menafikan.
"apa-apa jelah, sambung la.." Sam khusyuk mendengar. Ayman tersenyum.
"kalau kita hendak berjaya dalam pelajaran, hendak menjadi hebat dalam kepimpinan, hendak menjadi hamba Allah yang baik, semua memerlukan tarbiah.." Ayman menyambung lagi.
“jadi sekarang.. kita kena banyakkan solat sunat, solat rawatib pun sama.. malam ni korang tidur rumah aku kan, so pukul 3 nanti kita bangun buat qiamulail sama-sama.. sekarang dah pukul 5.30 petang, jom keluar jogging.. studi macam mana pun, ibadah macam mana pun, kesihatan jangan abaikan..” Ayman bangun dan mula bersiap untuk bersukan.
Saturday, April 17, 2010
Bab 2 - Perjuangan Belum Berakhir
"..sekali lagi, saya mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi.. janganlah malu-malu untuk menegur sapa kami tak kira senior mahupun guru.. sekian, wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh.." Ayman mengakhiri ucapannya semasa upacara minggu orientasi. Ayman, selaku President PRS BBST High School perlu mengetuai minggu orientasi pelajar baru tingkatan satu.
Tepukan gemuruh kedengaran. Ayman tersenyum dan mulai turun dari pentas Dewan Sigma, SMKBBST. Sebaik tuan pengetua serta PK HEM keluar dari dewan, Cikgu Faridah mengambil alih majlis.
"assalamualaikum dan salam satu malaysia buat semua.. pihak PRS sudah mengaturkan minggu orientasi buat kamu semua.. jadi saya serahkan majlis kepada.. Abang Ayman kamu lah.." Cikgu Faridah memandang Ayman dibawah. Ayman pantas bangun dan naik ke pentas.
"okeh, sudah tersedia beberapa kumpulan untuk korang semua.. tapi sebelum kumpulan ini terbahagi, saya nak minta sesuatu, boleh?" Ayman mesra sahaja dengan pelajar-pelajar baru itu.
"boleh!!" jerit semua. Ayman masih tersengih.
"memandangkan kebanyakkan korang adalah muda dari saya.. mahu minta panggil kami ahli PRS yang bakal jadi fasilitator korang, panggil yang lelaki, Abang dan yang perempuan, Kak. boleh tak?" Ayman tersengih. Pelajar tingkatan satu menjerit boleh. Ayman tergelak kecil.
"bagus.. macam ni lah adik-adik abang.." Ayman memuji. "ok, kamu semua ada 150 orang.. sepuluh orang akan bersama seorang fasilitator.. diminta para ahli PRS naik ke pentas.." Ayman bersuara gembira.
*****
"buat pengetahuan adik-adik abang.. hari ini adalah hari terakhir abang Ayman korang kat sini.." Lufti, salah seorang fasilitator pada minggu orientasi itu bersuara memberitahu. Semua memandang sayu. Hari itu adalah hari Jumaat.
"abang Ayman nak kemana?" satu suara bertanya. Mereka sayu tiba-tiba. Ketika itu mereka sedang berkumpul sementara menunggu kelibatan Ayman yang katanya mahu ke kelas untuk mengemas.
"dia akan ke Jerman, ikut kakak dia ke sana.. ala.. lima bulan je.. lepas itu insyaAllah dia balik ke sini.." Lufti menceriakan keadaan. "okey, untuk menyambut pemergian dia, kita akan buat parti sedikit..-" belum sempat Lufti menghabiskan ayat, mereka bersorak riang. "wooshh.. sabar, sabar.. abang belum habiskan ayat.." Lufti menyekat sorakan mereka. Mereka terdiam.
"amboi, orang cakap parti je, seronok ye?" Lufti mengejek. Mereka tergelak. "sebaik dia masuk nanti, semua jerit suprise ok?" Lufti memberi arahan. Semua menjerit, "OK!!"
*****
"awak.. take care, tahu?" Ayman memandang Aini. Aini mendongak kepala dan mengangguk. Dia tersenyum.
"awak tu, tahu mandi hujan je.. kat Jerman dah lah sejuk.. ingat kuat sangat ke anti-bodi awak tu?" Aini menolak bahu Ayman kasar. Ayman tersengih.
"of course..." Ayman masih tersengih.
"eleh, perasan.." Aini mencebik. Ayman tergelak kecil.
"eh, jomlah ke dewan.. tunggu lama pula adik-adik tu.." Ayman mula mengorak langkah. Aini cemas.
"eh tunggu!" Aini menjerit spontan.
"apa?"
"er.. kejap la dulu.."
"kenapa?"
Aini ligat berfikir untuk mengeluarkan kata-kata. "esok, awak ke lapangan terbang pukul berapa?" Ayman mengangkat kening. Ini kali pertama dia tidak senyum kepada pertanyaan sesiapa.
"kenapa awak tanya?"
"saja.."
"9 pagi kena ada dah.. awak mahu ikut, ke?" Ayman sengaja mengejek.
Aini tersenyum. "boleh juga.." Ayman terkejut. Dia tergelak lalu disambut oleh gelak tawa Aini. Aini terlihat isyarat oleh Aqilah di belakang Ayman lalu mengajak Ayman ke dewan.
"eh, nak ke dewan pula.. tadi.. tak bagi?" Ayman pelik.
"dah boleh.. hehe.." Aini terus mengorak langkah. Ayman mengikut tanpa soal. Sebaik pintu dewan dibuka dan Aini masuk, terus ditutup. Ayman terkejut. Pintu dibuka oleh Ayman.. lampu terbuka..
"suprise!!" Ayman tersengih.
Wednesday, April 14, 2010
Bab 1 - Perjuangan Belum Berakhir
Tahun yang baru sudah tiba, maka semakin tua lah usia kita. Begitu juga dengan Ayman. Baru sahaja tahun lepas, tarikh yang sama, dia mendapat tahu bahawa ibu dan ayahnya meninggal dunia akibat letupan enjin kapal terbang yang dinaiki oleh mereka sewaktu dalam perjalanan ke Los Angeles, Amerika Syarikat atas urusan kerja.
Ayman tersenyum walau dalam keperitan. Dia terkenang akan belaian dan dakapan ibu dan ayahnya. Ahh betapa rindunya dia. Tiba-tiba satu bunyi mencelah sepi dihening pagi.
ID Caller - Aini Atikah
Ayman tersengih. Tepat pada waktunya. Lalu butang hijau ditekan. Satu suara yang amat dikenalinya bersuara memberi salam lalu dijawab olehnya.
"awak dapat mana-mana tawaran tak?" Aini bersuara sopan.
"erm.. belum lagi.. agaknya melepas lah peluang saya mahu ke MCKK.." Ayman bersuara sayu.
"eh apa ini? awak yang ajar saya erti jangan berputus asa, sekarang awak dah mahu putus asa? baru first intake.. ada lagi tiga tu.. sabar.." Aini menenangkan Ayman. Ayman tersengih.
"sebenarnya kan.." Ayman bersuara dalam keluhan. "saya akan berangkat ke Jerman bersama kakak sulung saya selama lima bulan.." Ayman bersuara perlahan. Aini terkedu.
"ooh.." suaranya sedih. Ayman mengeluh.
"Luft, Sam, Azim, Amin, Zuqi dengan Syafiq ada.. diaorang pun tahu cara saya.. tengok diaorang kalau rindu.." Ayman mengusik dalam sengihan. Aini terus tergelak dalam senyuman.
"tak mahu lah.. diaorang, tak macam awak.." Aini bermanja.
"mestilah diaorang tak macam saya, saya.. saya lah. diaorang, diaorang lah.." Ayman membalas spontan. Loyar buruknya dibalas dengan gelak tawa.
"awak ni, sehari tak sakat saya, tak boleh ke?"
"tak boleh"
"sudahlah, saya mahu bersiap. hari pertama pun takkan mahu lewat?" Aini bersuara riang.
"saya nak makan pagi ini, jumpa di sekolah ya.." Ayman menjawab.
"okey"
"selamat pagi, assalamualaikum.."
"wa'alaikum salam.." belum sempat Aini meletak gagang telefon, Ayman bersuara pantas.
"eh kejap.. kejap!"
"apa lagi? saya mahu pakai tudung ni.." Aini bersuara rimas.
"i still like you.." Ayman tersengih dan meletak. Aini juga turut tersengih walaupun mukanya sedang merah akibat menahan malu. Padahal dalam hati sedang berbunga.
Ahh, ungkapan itu masih belum lengkang.. Bagus, bagus..
Monday, April 12, 2010
Prolouge - Perjuangan Belum Berakhir (PBB)
Tengku Ayman Tengku Ariff sudah kembali. Perjuangannya kali ini menyambung bersama para mujahid dan mujahidah yang baru, di sekolah yang baru, guru-guru yang baru, tahun yang baru, juga usia yang baru!
Dapatkah dia meneruskan perjuangan ini dengan cabaran dan dugaan yang datang tanpa didugai? Adakah dia diterima masuk ke sekolah idamannya? Adakah kondisi kesihatannya mengizinkan dia menjadi aktif seperti selalu? Adakah dia dapat menjadi setabah Rasulullah S.A.W seperti yang diidamkan? Adakah perjuangannya dapat diterima oleh masyarakat yang baru?
Perjuangan jihaadnya belum berakhir selagi dia belum menghembus nafas yang terakhir. Nantikan kemunculannya!
-A
new story coming up..
hey readers! (ade ke?)
it's been a week since i finished One Time.
but then again, A tak post chapter 18, 19, 20 dgn monolouge kan?
yeah A malas la..
nanti-nanti lah A post.
A dah ada plot untuk cerita baru.
insyaAllah berjaya lagi.
cerita ni sambungan kepada One Time.
oh ye,
kalau-kalau cerita A ni diluluskan dan akan cuba untuk dipublish kat PTS One,
tajuk One Time akan ditukar kepada Kali Pertama.
ni senarai tajuk buku yang berjaya disiapkan oleh A;
-Ramadhan, Syawal Menginsafi Diri (RSMD)
-Itu Sia-Sia (ISS)
-Kali Pertama/One Time (KP)
-Aku Mahu Jadi Mujahid! (AMJM)
dan yang bakal diperkenalkan;
-Perjuangan Belum Berakhir (PBB)
insyaAllah akan A mula publish prolouge juga bab satu mulai esok ataupun harini, bergantunglah..
sekian,
-A
Monday, April 5, 2010
One Time - Chapter 17
"weh Ayman, PMR dah dekat ar.. trial pun dah dekat.. trial dua bulan lagi, PMR empat bulan lagi.. gila do.." Lufti menolak bahu Ayman. Ayman tersenyum. Dia memandang Sam dan Lufti di kiri dan kanannya.
"ha tengok tu, dia mula senyum dah.." Azim menyampuk. Mereka tergelak.
"takde, aku ada plan sekarang.." Ayman membuat muka seperti saintis. Mereka sekumpulan duduk berdekatan meja Ayman untuk berbincang. Sekarang sepatutnya waktu Sejarah, tetapi Cikgu Adi tidak hadir, mereka membuat hal mereka sendiri.
"story la beb.." Syafiq menerjah.
"apa beb-beb?" Ayman pura-pura memarahi. Syafiq membuat muka terkedu. Ayman terus tersengih. Syafiq melepaskan nafas lega.
"kau ni.. macam nak terkam aku pun ada.." Syafiq menolak bahu Ayman walaupun berada dihadapannya. Ayman tergelak kecil.
"ha, cerita lah plan kau.." Zuqi menyampuk. Ayman tersenyum. Dia mengeluarkan sekeping kertas dari laci mejanya dan sebatang pen dari poketnya.
Ayman menulis dan terus menulis. Kepala Zuqi, Syafiq, Amin dan Azim terpulas akibat mahu tengok sendiri apa yang ditulis oleh Ayman. Selesai Ayman menulis, Zuqi, Syafiq, Amin dan Azim masih cuba meneka apa yang ditulis oleh Ayman. Lalu Ayman mengenakan mereka.
"ha!!" Ayman menyentap mereka.
"hoooooooo!!" Zuqi, Syafiq, Amin dan Azim serentak melatah. Ayman, Sam dan Lufti gelak terkekeh-kekeh.
"ish kau ni Ayman.. jahatlah.." Azim, walaupun yang paling tua diantara mereka, juga terkenal dengan sifat manjanya merajuk.
"aiseh.. korang kenakan aku tak apa pula, aku nak kenakan korang, tak boleh?" Ayman membalas semula. Terdiam. Lufti masih tergelak.
"kau gelak-gelak apa, Luf?" Azim menolak lengan Lufti yang digunakan untuk menongkat dagunya. Lantas kepala Lufti jatuh ke atas meja. Gelak tawa pecah. Lufti yang sakit juga turut menggelakkan dirinya.
"dah, dah.. ini, plan aku untuk empat bulan yang akan datang.." Ayman membalikkan kertas itu supaya mereka mudah membaca. Perlahan-lahan mereka membuat muka pelik.
"proses tarbiah?"
"qiyamulail setiap malam?"
"studi grup setiap petang di rumah Ayman?"
"tasbih kifarah, doa Rabitah?"
"latihan jiwa?"
Semua memandang Ayman pelik. Ayman masih tersenyum. Dia mengangguk.
"eh kejap, aku lupa nak tulis satu lagi.." Ayman menulis sesuatu di bawah kertas itu. Lalu mereka membaca.
"bawa cara pelajaran Islam ke studi grup?" semua membaca serentak. Geliga betul otak mamat ni..
"kau ni biar betul?" Amin perlahan bersuara. Ayman masih tersenyum.
"aku rasa aku faham kut.." Zuqi bersuara. Ayman senyum lagi. "Ayman cuba bawa Islam ke masyarakat sebab sekarang ni banyak sangat kes pelajar tiru semasa peperiksaan.. tapi kalau takat tak tiru masa peperiksaan pun tak cukup untuk tunjuk Islam ni mulia, kita kena tunjuk semangat nak capai kejayaan tu.. juga kita kena ada tarbiah dalam diri, dan latihan jiwa.. betul tak, Ayman?" Zuqi menyambung bicara. Mata mereka berlima tidak berkelip mendengar penjelasan Zuqi.
Ayman masih tersenyum. Dia mengangguk.
"betul cakap Zuqi, aku betul-betul harap dua bulan cukup untuk percubaan dan empat bulan cukup untuk peperiksaan yang sebenar.." Ayman bersuara. Mereka lagi mula mengangguk faham. Ayman tersenyum.
"banyak betul idea kau eh, Ayman.." Syafiq bersuara. Ayman sekadar tersenyum. Ayman bangun dan berjalan menuju ke arah 'locker' yang baru dipasang beberapa minggu yang lalu dengan tajaan pihak sekolah.
"kalau korang nak tahu, Ayman lah salah seorang peneraju Islam zaman sekarang.. dia berusaha untuk menunjukkan sikap pembawa Islam yang sebenar ke masyarakat, paling dekat pun, ke sekolah.." Zuqi berbisik kepada mereka. Mereka mula mengukirkan senyuman dan memandang Ayman di belakang kelas.
One Time - Chapter 16
Kepala Ayman runsing. Aduh.. Lepas satu masalah, satu lagi datang. Main attack-attack pula.. Ayman yang sedang mengulang kaji pelajaran pada jam 4.30 pagi itu menggaru kepala. Dia baru selesai membuat qiyamulail.
Itulah habitnya setiap pagi, dia akan tidur pada jam 11 dan bangun pada pukul 3 pagi untuk menunaikan solat sunat tahajud, taubat serta solat sunat hajat. Kemudiannya dia akan mengulang kaji pelajaran sehingga jam 5.50 pagi. Dia akan bersiap untuk solat subuh di masjid, kemudian ke sekolah bersama kakak-kakaknya.
"Ayman, saya suka awak.. kenapa awak ignore saya je..?" suara Fatin Norida masih terngiang-ngiang di telinga Ayman.
"ugh!!" Ayman menghentam meja studinya di bilik bacaan kecil bersebelahan biliknya. Fikirannya serabut.
"Ayman.. saya belanja awak minum, jom?" masih, mengjengkelkan Ayman.
"awak, saya.. sibuk.. saya perlu balik sekarang.." Ayman terpaksa membohongi Fatin Norida, dia tidak selesa. Perkara itu membuatkan Ayman terasa bersalah kerana dia tidak dibesarkan untuk menipu.
"awak, kenapa awak asyik berjalan dengan budak tomboy tu? awak ni.. kita kan dah couple?" Fatin menarik lengan Ayman. Nasib baik Ayman memakai baju melayu rasmi pada hari itu kerana hari itu adalah hari Jumaat. Pantas Ayman menarik lengannya.
"bila pulak kita couple?" Ayman memandangnya pelik. Mereka berjumpa di antara blok Alpha iaitu blok sebahagian daripada lower form dan blok Tetha iaitu blok upper form. Blok itu bercantum oleh tangga di tengah-tengah.
"habis, Syuhadah tak bagitahu yang kita mula couple dah?" Fatin berlagak sombong. Ahh, baru Ayman faham. One of those snobish and gedik girls. Tapi Ayman sekadar menahan perasaan geram itu.
Ayman menggeleng.
"well now you know, kita officially a couple.." Fatin memeluk lengan Ayman. Ayman sekali lagi cuba melepaskan diri, gagal. Ayman pelik.
"awak, saya tak mahu couple dengan siapa-siapa sekarang lah.."
"habis tomboy tu?"
"stop calling her a tomboy aight? you don't know her and you don't have any rights to say that she is a tomboy. you are a senior, you should have been more matured, not calling names on your junior.." Ayman menegur Fatin dalam nada yang rendah kerana ramai yang lalu lalang disitu. Riak muka Fatin terus berubah.
"ok.. tapi dengan syarat kita masih couple?" Ayman mengeluh.
"no, Fatin.." Ayman mengucap perlahan. Fatin melepaskan lengan Ayman. Dia seolah-olah mahu menampar Ayman tetapi ditahan oleh Ayman sendiri.
"jangan tampar saya, Fatin. hanya kerana saya lelaki, jangan ambil kesempatan.." Ayman berkeras. Tangan Fatin ditampan berlapik dengan kain yang digunakan untuk mengesat peluh Ayman. Orang-orang yang lalu-lalang terkejut. Tangan kiri Fatin pula pantas bergerak menuju kepala Ayman, Ayman tidak perasan tapi sempat dihalang oleh seseorang.
"don't you dare hurt my brother, Ida.." Nurin datang menyelamat. Ayman melepaskan tangan Fatin dan tersenyum. Mujur kakaknya datang.
"oo, kakak datang selamatkan adik ye.." salah seorang rakan Fatin datang.
"yea, kenapa? ada masalah?" Nurin berlagak samseng. Dia sudah memegang buku nota kecil dan pen hitam di tangan kanannya. Dalila yang lalu-lalang disitu turut berhenti.
"hei, hei kenapa ni? ada masalah?" Dalila yang terkenal dengan ketegasan dan kecantikannya itu bersuara. Riak muka Fatin berubah lagi. Pucat.
"er.. Kak Dalila.. er..." Fatin gelabah. Dia memandang belakang, ada peluang untuk lari.
"er.. pergi dulu.." Fatin pecut pergi bersama rakannya. Ayman masih terkejut dengan tindakan Fatin. Mujur kakak-kakaknya datang.
"boy..! siap tak lagi? dah pukul enam ni.. karang lambat pula nak pergi masjid.." suara Dinie kedengaran dari luar bilik bacaan. Ayman tersentak. Lamunannya pecah terus. Dia memandang jam di tangan kirinya.
"astaghfirullah! jap akak!" Ayman menjerit dan mengemas barangnya. Terus dia keluar bilik dan ke biliknya. Dia memakai uniform sekolah seperti biasa dan terjah keluar biliknya.
"alamak wudhu' belum ambil!" Ayman menepuk dahinya semasa memakai kasut sekolah. Dinie dan Amirah mengeluh.
"ambil dekat masjid lah.. cepat, cepat.." Wahidah menyampuk. Ayman sambung mengikat tali kasutnya dan masuk kereta.
*panjang gak en?
Sunday, April 4, 2010
One Time - Chapter 15
Cuti sekolah dua minggu sudah berakhir. Keputusan juga telah dihantar dan sampai di tangan waris-waris pelajar. Ayman mendapat keputusan yang cemerlang. Begitu juga dengan Amin, Azim, Lufti, Sam, Zuqi dan Syafiq. Tak sia-sia last minute studi mereka itu.
Dalam sedang makan waktu rehat di sekolah, Ayman ternampak kelibat seorang gadis yang amat dikenalinya. Ayman tersengih. Dia teringat semasa percutiannya di Kampung Masjid, Baling.
Motor Ayman dipandu laju oleh Affan, sepupu Ayman. Tiba-tiba dia ternampak tiga orang gadis sedang berjalan di tengah jalan serta sedang bergurau sama sendiri. Tanpa berfikir panjang, Affan memulas lagi 'handle' motor milik Ayman itu dan hampir-hampir melanggar mereka bertiga. Lalu mereka bertiga pantas mengelak.
"woi! bawak motor tengok orang lah!" satu suara menjerit. Affan memberhentikan motor. Mereka turun dari motor. Ayman sudah panik kerana takut akan dilaporkan.
"sorry, sorry, sorry.. tak sengaja.." Affan merayu. Meraka bertiga menoleh. Ayman terkedu. Dia baru sahaja ingin mengeluarkan kata-kata tapi terbantut pula niatnya.
"lain kali, bawak motor, tengok orang, kalau nak lalu, tekan la hon ke, apa ke.. ni tak, main redah je.." suara tadi menyambung. Gadis itu berpakaian biasa, seluar trek, t-shirt lengan panjang serta tudung hitam. Gadis disebelahnya berseluar trek, t-shirt lengan pendek tanpa tudung dan yang di hujung pula berseluar trek, t-shirt lengan panjang warna hijau serta selendang putih.
"sorry, sorry.. salah saya.." Affan masih meminta maaf. Ayman masih terkedu.
"ni lagi sorang ni apasal? macam baru jumpa hantu je.." gadis tidak bertudung itu bersuara. Ayman terus berlagak normal.
"erm, tak ada apa.. kami minta maaf.. kami salah.." Ayman pula bersuara. Lagi membuat gadis berselendang putih itu terkejut. Gadis bertudung hitam sudah tersenyum melihat mereka berdua meminta maaf, begitu juga gadis tidak bertudung itu.
"dah, dah.. kitaorang maafkan.." gadis bertudung hitam bersuara. Affan dan Ayman tersenyum.
"saya Afiqah.. Panggil Ieka je.." gadis tanpa tudung bersuara. Affan tersenyum.
"saya Affan, ini Ayman, sepupu saya.." Affan mewakili Ayman.
"saya Aqilah, sebelah saya Aini.." gadis bertudung hitam memperkenalkan diri. Ayman masih tersenyum walaupun tidak percaya siapa dihadapannya. Ala-ala ayu pun ada..
Malam itu, mereka lepak di pondok di hadapan rumah bapa Aqilah. Tiba-tiba dua orang lelaki muncul. Terkejut dibuatnya. Aini tiada disitu, tetapi mereka masih duduk bersama.
"Aini.. mana?" Ayman bersuara kepada Aqilah. Affan sedang khusyuk bersembang dengan Afiqah.
"dalam.. tengok tv kut.."
"nak tanya sikit boleh?" Aqilah memandang pelik.
"silakan.."
"Aini tu.. orangnya macam mana eh?"
"dia sebenarnya jenis lemah lembut, ayu, memahami, ramai peminat.. tapi lepas kematian abang sulung dia.. dia berubah.. dia taknak bagi siapa-siapa dekat dengan dia, sebab tu dekat sekolah dia jadi macam tomboy.. dia jadi kasar.." Ayman setia mendengar.
"..dia dengan abang sulung dia.. rapat sangat.. masa dia nak ambil UPSR, tiga hari sebelum tu, abang sulung dia meninggal.. terus hilang confidence, terus hilang keayu-an.. dia hanya akan tunjuk perangai sebenar dia kepada orang-orang yang dia sayang dan keluarga dia saja.." Aqilah menyambung. Ayman mengangguk faham. Sebab itu lah Aini menjadi baik dengan dia secara tiba-tiba.
"oh.. tough jugak lah hidup dia ni.." Ayman bersuara kecil. Aqilah mengangguk.
"hey, dia suka awak.. dia banyak cerita pasal awak semalam, tapi tak expect awak yang hampir langgar kitaorang tadi tu.. boleh tahan jugak muka awak.." Aqilah memuji. Ayman bertukar merah. Sebenarnya, Ayman tak selalu rapat dengan perempuan, tetapi dengan Aini, dia selesa.
"janganlah kembang.. orang baru puji sedikit.." Aqilah memukul lengan Ayman sedikit. Ayman tergelak.
Tidak dia sangka, mereka mempunyai datuk dan nenek yang tinggal sekampung. The odds are.. alot! Betul-betul tak disangka..
"hoi.. kau dah habis makan atau tak?" suara Lufti memecah lamunan Ayman. Ayman memandang bekalnya. Licin. Dia pelik.
"aik.. tadi aku makan separuh je.. mana lagi separuh roti aku?" Ayman memandang sahabat-sahabatnya semeja. Amin sedang mengunyah sesuatu. Amin tersengih.
"kau makan roti aku, Amin?" Ayman pura-pura marah.
"tadi aku mintak dengan kau, kau cakap 'mmmm' je, aku pun ambil lah.." Amin takut. Dia pantas mengunyah. Ayman terus tersengih.
"ha sudah, sudah.. jom balik kelas.. aku nak tuntut hadiah dari Cikgu Faridah.." Lufti sudah berdiri semangat. Bekal di tangan sudah dibasuh. Ayman masih tersenyum dengan gelagat rakan-rakannya.
Friday, April 2, 2010
One Time - Chapter 14
PPT telah berakhir dengan hati yang lega. Segala studi grup yang telah diadakan setiap petang bukanlah sia-sia.. Tunggu result sampai di rumah jela waktu cuti semester ni.. Haih kemana lah pulak nak pergi cuti ni..
"Tak larat nak beronda jauh-jauh dah la, kak.." rengek Ayman melabuhkan diri ke atas sofa bentuk 'L' di ruang tamu tingkat bawah bertemankan semua kakaknya.
"apa kata.. kita balik kampung..?" Ayman memberi idea. Disambut ceria oleh kakak-kakaknya. Alhamdulillah, bak kata Zuqi tempoh hari, 'walau kaya macam mana pun, tetap ingat asal usul..' Memang, orang-orang atasan zaman sekarang ramai yang lupa daratan. Bagaikan isi lupakan kulit. Ke kulit yang lupakan isi? Eh.. Ha betullah tu, isi lupakan kulit.
"lusa pagi kita bertolak.. akak pun tak sabar nak jumpa atuk dengan wan.. lisya sume.." Kak Dinie seronok. Riang semacam.. Bagaikan kanak-kanak riang.
"er kak.." Ayman ingin menyusulkan idea lagi.
"yes my dear?" Kak Dinie, Kak Wahidah dan Kak Dalila menyahut. Kak Mira dan Kak Nurin khusyuk menonton televisyen.
"er.. boy nak bawak motor boleh..? mana boleh tinggal lama-lama dia kat sini.." Ayman gagap sedikit. Dinie, Wahidah dan Dalila tergelak.
"boy, boy belum ada licence.. macam mana nak bawak ke utara nun jauh di sana tu? karang kena tahan dengan polis, seronok.. akak takde masa asyik-asyik nak bayar saman boy je.." Dinie menjawab. Ayman pantas mendapat idea lagi.
"Kak Ida kan ada lesen motor.. Kak Ida jela tolong bawakan.." Ayman tersengih. Lesung pipitnya kelihatan.
"banyak lah.. takde pasal kebas pulak punggung akak ni ha.. dah la seat motor tu keras.. letak la bantal ke, apa ke.." Wahidah terus membantah. Ayman masih tersengih. Idea masih ada.
"ala, esok boy nak bawak pergi bengkel tukar seat.. boy tukar seat yang lembut punye, akak tolong bawakan ke kampung ok? boy ikut akak.." Ayman memujuk. Teknik memujuk Ayman memang A++.. Kalaulah ada subjek memujuk di sekolah, gerenti Ayman boleh skor!
Wahidah mengerutkan dahi. Dia memikir.
"dengan syarat.." terus mata Ayman bersinar. Dia menanti jawapan.
"apa dia?"
"duit minyak boy tanggung.." Ayman bersorak riang. Dia pantas memeluk kakaknya. Ucapan "thank you" tidak lekang dari mulutnya. Mereka lima orang sekadar tersenyum melihat gelagat adik bongsu mereka itu.
*****
"minyak?"
"dah isi.."
"seat?"
"dah tukar.."
"motor?"
"dah basuh.."
"kunci?"
"nah.." Ayman menyerahkan kunci motor modenas GT128 itu kepada Wahidah. Bagasi mereka telah diangkut bersama Dinie dan Amirah awal tadi. Dinie membawa kereta 523i sementara Amirah membawa 525i. Dalila bersama Dinie sementara Nurin bersama Amirah. Adil lah tu kan?
Kereta Dinie mula mengundur diikuti dengan kereta Amirah. Ayman memakai helmet berwarna putih ala-ala moden gitu dan menyerahkan helmet berwarna hitam sama model macam dia punya kepada Wahidah. Botol air diletakkan didalam raga. Handphone juga iPod berada bersamanya setiap masa. Doa menaiki kenderaan dibaca bersama-sama kemudian Wahidah memanjat naik diikuti dengan Ayman. Mereka mula keluar pintu pagar dan pagar itu ditutup secara otomatik.
Motor GT128 itu memecut meninggalkan kawasan perumahan Legacy Heights menuju ke highway utara-selatan. Ayman tersenyum. Hasratnya ingin bertemu dengan datuk dan neneknya bakal tercapai nanti.
*sorry tak panjang..
One Time - Chapter 13
"maafkan aku, aku tak bagitahu korang.." Ayman memulakan bicara. Amin, Azim, Zuqi, Lufti, Syafiq dan Sam masih setia menunggu sambungan. Ayman menarik nafas dalam.
"nama penuh aku, Tengku Ayman bin Tengku Ariff.. papa aku.. er.." Ayman masih gagap. 'mungkin belum sedia kut nak cerita..' detik hati Lufti yang memahami. Dia dapat membaca wajah Ayman.
"kalau kau rasa kau tak selesa nak cerita, tak apa.. kitaorang tak paksa.." Lufti bersuara. Sam cuba memahami walaupun dia memang mahukan jawapan dari Ayman. Ayman tersenyum.
"takpe.. aku rase dah cukup lah dua bulan aku berahsia.." Ayman menarik nafas lagi. "papa aku.. pemilik Equatorial holdings.. rumah besau ni.. milik dia dan mama aku.. mama aku pulak.. kerja dengan papa aku.. sebenarnya.. aku taktahu pun kerja sebenar papa dan mama aku sampailah....." ayatnya tergantung. Dia cuba menyusun ayat.
Tiba-tiba Zuqi terfikir. Dimanakah ibubapanya pada saat ini, juga kenapa mereka tidak pernah mendengar cerita tentang keluarganya.
"..sampailah apa?" Azim bersuara. Ayman mengeluh.
"sampailah.. mama dengan papa aku meninggal tiga bulan dulu.." beban terasa diangkat. Dia melepaskan nafas perlahan. Zuqi tersentak. Soalannya terjawab secara tidak langsung.
"habis, kau tinggal dengan siapa dalam rumah ni?" Amin tidak berfikir sebelum bertanya. Ayman tersenyum.
"kakak-kakak aku lah.. lima orang semuanya.." Ayman cuba ceria. Menjadi..
"oh.. tapi kau anak orang kaya, kenapa sanggup makan dengan kitaorang dekat kantin, lepas itu belajar dengan orang yang tak seberapa macam kitaorang ni..?" Syafiq bersuara. Ayman menggeleng.
"harta di dunia ni sementara je.. segalanya dari Allah.. rezeki ni melimpah-limpah berkat usaha kakak aku, mama papa aku, datuk moyang aku sume.. diaorang usahakan perniagaan yang diaorang idamkan, then papa aku sambung legasi tu.. yang membezakan kita dengan orang lain hanya iman dan taqwa dalam diri.." Ayman secara tak langsung memberi tazkirah ringkas. Itulah habitnya, dalam bersembang, pasti akan diselitkan tazkirah dan nasihat.
Mereka terdiam. Terkejut. Tidak mereka sangka, Ayman bin Ariff pelajar baru SMKBBST yang bersikap selamba, straight foward, warak dan ikhlas rupa-rupanya anak Dato' Tan Sri Haji Tengku Ariff, jutawan negara dan salah seorang penyumbang besar dalam bidang perhotelan. Masing-masing terfikir.
Orang yang tidak mempunyai ibubapa, masih tabah mengharungi hari-harinya dengan semangat. Masih seronok belajar dan masih ikhlas menerima ajaran dari guru-guru.
"dah, dekat pukul 5 dah.. jom aku minta kakak aku hantar korang balik.." Ayman bangun dari sofa tingkat bawah. Mereka turut bangun untuk berdiri. Masing-masing memakai t-shirt yang dipinjam oleh Ayman.
Mereka tersenyum dan bergerak ke arah beg sekolah mereka. Ayman naik ke atas dan memanggil Kak Amirah yang telah balik awal tadi semasa mereka sedang makan.
Dalam perjalanan untuk menghantar mereka berenam pulang, Ayman banyak berfikir. Yang lain, dah lena di belakang kereta walaupun perlu berhimpit dalam kereta MPV itu.
Ayman risau akan kondisi kesihatan juga pelajarannya. PPT semakin dekat bermaksud PMR juga semakin menghampiri. Ayman bercita-cita untuk untuk memasuki MCKK (Malay College Kuala Kangsar) dengan harapan mahu meneruskan legasi keluarganya yang telah bersekolah di sana sejak penubuhan sekolah itu lagi.. Termasuklah ayahnya, Tengku Ariff.
Ayman gagal untuk memasuki MCKK pada tingkatan satu kerana dia jatuh sakit disaat akhir. Sewaktu mengambil peperiksaan UPSR, kertas sains dua, dia batuk darah dan hanya sempat menyiapkan empat soalan. Oleh kerana kertasnya dihantar tanpa menyiapkan soalan terakhir, dia mendapat B dalam matapelajaran Sains. Dia berhasrat untuk menebus semula dan mencapai 9A dalam PMR pula.
Inspirasinya untuk kembali bersemangat telah muncul. Gadis itu, dia.. istimewa.. Tak dilupakan demi ibubapanya dan juga untuk Allah. Itulah pegangan yang dia pegang sejak dahulu. Dia dididik untuk buat perkara kerana Allah. Hidup, belajar, kerja, makan, minum, solat, bersukan, bersilat dan sebagainya dengan nawaitunya, "Lillahi Ta'alaa"; Kerana Allah Ta'alaa.
Ayman tersenyum sendirian sementara kesesakan jalan raya reda. Radio dipasang dalam nada yang rendah kerana tidak mahu menganggu sahabat-sahabatnya tidur.
One Time - Chapter 12
Dalam perjalanan pulang ke rumah Ayman, mereka bersembang kosong. Juga bercakap tentang apa yang mereka akan berbincang sebentar lagi. Dalam keperitan petang itu, cahaya matahari menyinar dan peluh tak henti mengalir di muka juga badan mereka.
Tiba di satu kawasan perumahan, Sam menegur.
"weh Man, kau sure ke ni jalan nak ke rumah kau?" mereka berhenti berjalan. Ayman memandang Sam pelik.
"maksud kau?"
"yela, inikan kawasan perumahan rumah-rumah dato' je.." Ayman tahu, Sam hanya meluahkan apa yang dia rasa. Sam adalah yang paling kecil di antara mereka bertujuh, kali ini termasuk Syafiq. Amin telah memaafkan Syafiq. Alhamdulilah, kan?
Kadang-kadang mereka menggunakan panggilan manja seperti Abang, Angah, Acik, Alang, Adik, dan Acu. Syafiq dipanggil Fiq sahaja.
Ayman sekadar tersenyum dengan jawapan Sam. Dia sambung berjalan. Amin berbisik kepada Sam;
"kau ikut jela.. aku percaya, ada jela muslihat dia.. nak trick kita je ni.." mereka tidak sedar, Ayman mendengar bisikan mereka. Dia sekadar tersenyum. Mereka berjalan melepasi beberapa buah banglo mewah, kemudian berhenti di satu banglo dua tingkat berpintu pagar tinggi dan agak mewah.
"sampai.." ucap Ayman perlahan mengeluarkan kunci rumah dari beg sekolahnya.
"ni ke rumah kau?" Azim terkedu. Ayman mengangguk. Syafiq juga terkedu. Bila dia mendapat tahu Ayman anak dato', tak pula expect mewah macam ni.. Terlopong mulut dibuatnya bila pintu otomatik dihadapan mereka terbuka luas. Sebuah motosikal modenas GT128 berwarna hijau-hitam kelihatan parkir di halaman rumah.
Ayman mula berjalan memasuki halaman rumahnya dengan selamba. Dia baru perasan mereka tidak mengikutinya dari belakang. Dia berhenti berjalan dan memusing.
"apasal korang tak masuk?"
Azim tersengih. "tuan rumah tak ajak.." Ayman tersengih juga.
"dipersilakan, masuk tuan-tuan.." Ayman mengejek. Lalu mereka melangkah masuk sambil terpinga-pinga melihat sekeliling. Pintu utama dibuka. Lagi lah mereka terkejut. Mereka duduk di ruang tamu rumah banglo dua tingkat yang besar dan mewah itu.
"korang nak mandi, ada 5 bilik air.. kalau nak lepak ke apa, ruang tamu ada dua, satu sini, satu kat atas.. kalau nak mandi mewah sikit, swimming pool ade kat belakang.." Ayman membuka tali lehernya. Apabila Ayman menyebut swimming pool, terus mereka membeliakkan mata mereka.
"swimming pool?"
"gile kaya kau.."
"tak pernah cerita kat kitaorang pun.."
Ayman tersenyum. "dah.. dah.. pergi mandi dulu.. aku siapkan baju korang.. nanti dalam pukul 3 kita mula studi.. kumpul balik kat sini 2.45.. tuala banyak dekat dalam bilik air.."
Mereka mula bergerak menaiki tangga rumah itu. Ayman mengemas sedikit rumahnya.
"fuiyoo! besarnye ruang atas ni!!" suara Zuqi kedengaran. Disambut tawa mereka. Ayman yang berada dibawah bersama Syafiq tertawa.
"mak oi besau nye bilik air ni!" suara Lufti pula kedengaran.
"aku nak mandi dulu!!" Azim meluru.
"takde, aku dulu! aku chop bathtub tu!" Sam membalas.
Ayman menggeleng dan tersenyum mendengar gelagat sahabat-sahabatnya itu.
*amacam? :D
Thursday, April 1, 2010
One Time - Chapter 11
"aku tahu masalah kau, Amin.. tapi kau kena ketepikan benda itu demi kebaikan kau jugak.. dia saudara Islam kau.. macam aku pernah cakap, kita tak tahu bila kita akan pergi.. kalau dia pergi, kau tak sempat nak minta maaf dengan dia? macam mana?" Ayman mula bicara selepas menunaikan solat sunat Dhuhaa.
"minta maaf dengan dia? apa salah aku?"
"Amin, kita manusia tak sempurna, serba kekurangan. mungkin kau pernah cakap apa-apa yang buat dia tak suka, tak pun kau pernah buat apa-apa yang dia tak suka.. kita kena selalu bermaaf-maafan. takkan nak tunggu raya je kut? setahun sekali je minta maaf?" Ayman membalas. Amin menunduk. Ayman mengeluh.
"aku tak bermaksud nak singgung perasaan kau.. aku cuma luahkan apa yang aku tahu.." Ayman terasa bersalah. Pas keluar kelas diselitkan ke dalam poket seluar sekolah berwarna putih itu. Pakaian seragam sekolah itu agak berlainan kerana sekolah itu separuh asrama. Pelajar lelaki memakai baju lengan panjang putih, seluar sekolah putih, serta tali leher biru berjalur kuning. Pelajar perempuan pulak berkurung biru, kain putih serta tudung putih. Pada hari rasmi dan hari jumaat pula, pelajar lelaki berpakaian melayu putih rasmi serta sampin rasmi sekolah berwarna biru, jalur menegak putih dan jalur melintang kuning. Unik benar pakaian mereka.
Amin mendongak kepala.
"tapi, aku tak boleh lupakan benda tu.. sakit masih aku rasa sampai sekarang.."
"satu, aku tak suruh kau lupakan.. aku pun ada banyak benda berlaku.. aku tak lupakan, cuma aku lepaskan. dua, memanglah kau masih rasa sakitnya sampai sekarang, kau selalu picit tempat jahitan tu!" suara Ayman sedikit meninggi. Mereka berdua tergelak. Suara Ayman bergema kerana surau itu agak kosong pada waktu seperti itu. Selalunya dipenuhi oleh pelajar senior yang ingin bersolat sunat.
"aku cuba.." ucap perlahan Amin. Ayman tersenyum dan menepuk bahu Amin berkali-kali.
"bagus, jom baca Quran jap.. tenangkan hati, bersihkan minda.." Ayman mengambil al-Quran yang berada di rak berdekatan. Mereka membaca surah al-Sajdah. Alunan suara Ayman membuatkan Amin tergelam dalam auranya.
'ya Allah, Engkau telah kurniakan kami hambaMu yang mulia. terima kasih, ya Allah.. moga Dia dirahmati selalu olehMu..' bisik kecil hati Amin sambil mendengar dan mengikut Ayman membaca.
*****
"awak.." satu suara mencelah kebisingan pagi itu. Pelajar tingkatan tiga dan empat sedang menikmati rehat mereka pada pagi itu. Ayman menoleh dari tempat telefon awam. Ayman senyum sedikit.
"assalamualaikum.." suara itu menyambung lagi.
"wa'alaikum salam.."
"awak.. saya ada benda nak sampaikan ini.." suara itu bermanja. Meremang bulu roma Ayman dibuatnya. Geli pun ada.. Dia menarik lengan Ayman ke tempat yang sedikit jauh dari lima sahabat itu. Mereka memandang penuh curiga.
"kakak angkat saya hendak kawan dengan awak.." dia bermanja lagi. Ayman memandang sekeliling. Tiada yang memerhati.
"siapa kakak angkat awak?"
"Kak Ida, 4 Ruther" ringkas dia memberitahu. Ruther adalah singkatan bagi Rutherford. 4 Rutherford pula adalah kelas Sastera.
"nama penuhnya?"
"Fatin Norida.. awak ada telefon?"
"telefon rumah adalah.."
"maksud saya telefon bimbit.."
"ada.. tapi jarang pakai.. emergency je pakai.." selamba lagi Ayman menjawab. Dia terasa diperhati. Dia pandang sekeliling lagi sekali. Tiada siapa memandang kecuali lima sekawan itu. Mereka sedang menunggu Azim pula mengguna telefon awam.
"nak nombor boleh? Kak Ida hendak.."
"kalau dia hendak, suruh dia minta sendiri.." Ayman menjawab sambil mula mengorak langkah.
"eh kejap, bang.." dia menarik lengan Ayman pantas. Nasib baik Ayman memakai baju lengan panjang. Dia keliru. Bang?
"uh? awak ni tingkatan berapa?"
"tiga. kenapa?"
"kenapa panggil saya 'bang' sedangkan kita seumur?"
"terbiasa.." dengan jawapan itu, Ayman terus pergi. Ayman sempat menangkap 'badge ID' pelajar perempuan tadi, namanya Siti Syuhadah. Dia disambut oleh mereka lima sekawan.
"siapa tadi?" Lufti bertanya.
"dia mahu apa?" Sam pula bertanya sebelum Ayman sempat menjawab.
"dia Siti Syuhadah, nak mahu nombor telefon aku.. katanya kakak angkat dia mahu berkawan.." Ayman mula berjalan dengan mereka menuju ke koop untuk membeli pemadam dan liquid paper, juga choki-choki kegemaran Ayman.
"siapa kakak angkat dia?"
"katanya, Fatin Norida.. kelas 4 Rutherford.." dengan jawapan Ayman, mereka berlima tersentak. Mereka berhenti. Ayman memusing. Dia binggung.
"kenapa korang berhenti?"
"kak Ida? nak kawan.... dengan... kau..???" Azim gagap mengucap. Ayman mengangguk. Masih binggung.
"kenapa?"
"kau tahu tak....-" belum sempat Zuqi menghabiskan ayat, Ayman memotong.
"..tak tahu" Zuqi geram. Ayman tersengih.
"Kak Ida tu gadis idaman sekolah ni.. popular benar.. dia top three lepas kakak kau.." Amin yang dari tadi diam terus bersuara. Ayman mengangkat kening sebelah. Memang macho habis.
"apa-apa lah.. cepat lah nanti koop tutup, choki-choki habis aku salahkan korang.." Ayman masih dengan sifat selambanya. Mereka berlima berlari anak untuk mengejar Ayman yang berjalan pantas bagaikan pejalan kaki 1500m negara.
*amacam?
One Time - Chapter 10
Fikiran Ayman kembali serabut. Peperiksaan pertengahan tahun semakin dekat. Dua minggu je lagi. Ahh, dua minggu tu kejap je.. Study group perlu dikerapkan, ibadah perlu ditambah, doa dan keredhaan ibubapa jugak diperlukan. In this case, keredhaan kakak-kakak lah..
"Luf, aku rasa.. kita tambahkan study group time kita nak? dua minggu je lagi nak PPT.." Ayman memulakan bicara selepas ligat berfikir.
"kat mana pulak nak buat? library dah serang, McD dengan Starbucks pun dah serang.. rumah aku, azim, amin, sam dengan zuqi pun dah.." Lufti membalas. Ayman pun tiba-tiba mendapat idea.
"rumah aku korang belum serang.. petang ni, balik dengan aku jom.." Ayman mengajak. Tetapi dia juga berfikir balik dua kali tentang itu.
"tak bawak baju spare lah.." Sam dari tadi mendengar terus menyampuk. Disokong pula oleh Azim, Amin, Zuqi dan Lufti. Ayman tersenyum.
"kau ni, asal ada masalah je, kau senyum. wayar kau tak pernah disambungkan balik ye?" Zuqi akhirnya meluahkan perasaan. Mereka enam sekawan tergelak.
"bukan lah, Qi.. aku diajar untuk sabar dan redha atas apa jua halangan. tapi ini bukan halangan bro, kat rumah aku belambak baju.. korang pun saiz aku je kut.. boleh je pakai baju aku.." Ayman menepuk bahu kiri Zuqi. Mereka terus tersenyum.
"macam tu, rehat nanti kitaorang telefon mak ayah kitaorang.." Azim wakil mereka memberitahu. Mereka sekadar mengangguk. Walaupun sudah dua bulan mengenali Ayman, mereka masih tidak tahu identiti sebenar Ayman, juga latar belakang dan keluarga Ayman. Mungkin hari ini, mereka bakal ketahui.
Loceng berbunyi, waktu Sains bermula. Cikgu Fazilah masuk ke kelas. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran bermula seperti biasa. Hari ini, Syafiq hadir ke sekolah walaupun lewat. Tetapi penampilannya tampak berbeza. Memanglah dia berpakaian macam pelajar biasa tapi, ada sesuatu yang membuatkan dia kelihatan berlainan dari sebelum ini: cahaya keinsafan dalam diri.
Dia tidak lagi selalu monyok dan sombong. Dia senyum kepada semua orang. Paling mengejutkan, dia meminta maaf kepada semua yang dia pernah kasari. Dia mengucapkan terima kasih kepada Ayman semasa matapelajaran Sains berakhir.
"Ayman, terima kasih banyak-banyak.."
"untuk apa?"
"kau dah sedarkan aku.. walaupun kau tak sedar kau dah sedarkan aku.."
"Syafiq, aku sekadar menasihati, Allah yang gerakkan hati kau untuk berubah. Tapi apa-apa pun, alhamdulillah kau berubah.. aku nak minta maaf kalau aku tersepak dan sepuk kau kuat sangat hari tu..." ucapan Ayman disambut oleh gelak tawa Syafiq. Semua memandang mereka pelik. Lagi-lagi Azim, Amin, Zuqi, Sam dan Lufti. Mereka berlima cukup anti dengan si Syafiq..
"aku nak minta maaf dengan geng kau.. tapi diaorang macam nak makan aku je.."
"haha.. takde apa lah.. jom.." Mereka berpaut bahu dan berjalan ke arah meja Sam dimana mereka berlima sedang bersembang.
"Azim.. Amin.. Farzuqi.. Samudera.. Lufti.. aku minta maaf dengan korang.. aku tahu aku banyak anaiya korang.. aku juga banyak hina korang padahal aku yang hina.. maafkan aku ye, kawan.."
Ayman tersenyum. Semua memaafkan Syafiq kecuali Amin. Dia masih membara akibat apa yang Syafiq pernah lakukan kepadanya. Dia cuba untuk memaafkan tetapi hatinya mengatakan untuk pulih dulu sebelum memaafkan walaupun Ayman berkali-kali mengulang semasa tazkirah ringkas pagi mereka;
"Rasulullah pernah cakap, memaafkan itu adalah mulia.. jadi sentiasa meminta maaf dan memaafkan.. kita tak tahu bila kita akan pergi.. mungkin esok, mungkin lusa, mungkin kejap lagi.."
Oleh kerana masih marah, Amin sekadar mendiamkan diri dan tidak menyambut tangan Syafiq bila dia menyua untuk menyalam. Amin memandang Syafiq tajam. Syafiq memahami lalu mengundur diri.
"eh, apa kata kau join kitaorang studi petang ni..?" Sam mengajak spontan. Terus Amin memandang Sam. Sam terkedu dengan pandangan Amin yang tajam, tidak pernah dilihat sebelum ini. Amin benar-benar marah. Tersinggung dalam banyak cara. Walaupun perkara itu sudah lama berlalu, tetapi luka dihatinya sukar untuk diubati.
Amin mendapat lima jahitan di kepala oleh kerana perbuatan Syafiq. Dia geram. Dia mahu menghempuk Syafiq disitu tetapi ditahan oleh Ayman. Ayman faham.
Waktu seterusnya adalah Bahasa Arab. Ustazah tidak pula hadir jadi waktu itu adalah waktu bebas. Ayman mengajak Amin ke surau. Lantas dia ikut tanpa memandang wajah Syafiq. Syafiq terasa bersalah.
One Time - Chapter 9
"apa betul cakap Syafiq?" Cikgu Amru tegas. Ayman tenang. Dia mengangguk perlahan. Cikgu Amru terkejut.
"kenapa kamu belasah dia?" Cikgu Amru bertukar nada. Ayman menarik nafas perlahan sambil mengucap kalimah Allah.
"secara teknikal, saya sekadar pertahankan diri.. tapi cikgu tak boleh nak kenakan tindakan sebab benda tu berlaku luar kawasan sekolah dan selepas waktu sekolah.." Ayman cuba menerangkan. Muka Syafiq menjadi tegang. Dia mengelabah.
"tapi menurut kawan-kawan Syafiq dan Syafiq, kamu yang memulakan dulu pergaduhan itu.." Cikgu Amru berpihak kepada Syafiq.
"cikgu tak ada bukti.." perlahan Ayman mengucap.
Cikgu Amru tergamam. Begitu juga Syafiq.
"kalau saya serahkan kepada pihak polis, kamu mahu?" sekarang cikgu benar-benar serius. Ayman tersenyum.
"silakan." Ayman selamba menjawab. Syafiq terkedu.
"tolong berikan nama penuh dan nombor kad pengenalan kamu.." Cikgu Amru mengeluarkan sekeping kertas dan sebatang pen. Dia memandang Syafiq.
"Ahmad Syafiq bin Ahmad Azhar.. 951010 14 5763.." Syafiq memandang bawah. Mukanya merah menahan geram. Ayman mula gelabah.
"Tengku Ayman bin Tengku Ariff.. 950523 27 5905.." sebaik Ayman memberitahu, Syafiq memandangnya pelik. Seolah-olah terkejut. Sebaik mereka dilepaskan oleh Cikgu Amru untuk pulang, Syafiq menahan Ayman.
"Ayman..." Ayman mengalihkan pandangan dan memandang belakang.
"apa?"
"kau.. anak Tengku Ariff.. Datuk Sri Haji Tengku Ariff pemilik Hotel Equatorial tu..?" Syafiq masih terkejut. Ayman sekadar tersenyum. Dia mengangguk.
"tapi.. kenapa kau bagitahu kitaorang.. nama kau Ayman bin Ariff je?"
"low profile." Ayman mula mengorak langkah.
"kejap." Syafiq memegang lengan Ayman. Ayman terhenti. Sekali lagi dia mengalih.
"ye?"
"kau tak takut.. polis nak siasat kau?"
"aku percaya kepada Allah dan Allah akan menunjuk segala kebenaran kalau Dia mahu.." Ayman menjawab konfiden. Syafiq terkedu. Ayman terus berjalan lagi. Cikgu Amru yang masih berada di dalam bilik itu mendengar perbualan mereka. Terbatal terus niatnya untuk melaporkan kepada pihak polis.
Syafiq bergerak pulang. Dia terpegun dengan Ayman. Sudahlah ayahnya salah seorang jutawan negara, low profile pulak..
"baik kelas, tolong hantar buku nota dan buku latihan.. sit in groups, we're having a quiz.." suara lantang Cikgu Faridah membuatkan Ayman tersedar dari lamunannya.
Lantas dia bergerak ke kumpulannya.