Thursday, April 1, 2010

One Time - Chapter 9

Ayman menjadi gelabah memikirkan perkara yang terjadi sebentar tadi. Latihan yang diberikan oleh Cikgu Faridah sudah disiapkan. Dia termenung sebentar.

"apa betul cakap Syafiq?" Cikgu Amru tegas. Ayman tenang. Dia mengangguk perlahan. Cikgu Amru terkejut.

"kenapa kamu belasah dia?" Cikgu Amru bertukar nada. Ayman menarik nafas perlahan sambil mengucap kalimah Allah.


"secara teknikal, saya sekadar pertahankan diri.. tapi cikgu tak boleh nak kenakan tindakan sebab benda tu berlaku luar kawasan sekolah dan selepas waktu sekolah.." Ayman cuba menerangkan. Muka Syafiq menjadi tegang. Dia mengelabah.


"tapi menurut kawan-kawan Syafiq dan Syafiq, kamu yang memulakan dulu pergaduhan itu.." Cikgu Amru berpihak kepada Syafiq.


"cikgu tak ada bukti.." perlahan Ayman mengucap.


Cikgu Amru tergamam. Begitu juga Syafiq.


"kalau saya serahkan kepada pihak polis, kamu mahu?" sekarang cikgu benar-benar serius. Ayman tersenyum.


"silakan." Ayman selamba menjawab. Syafiq terkedu.


"tolong berikan nama penuh dan nombor kad pengenalan kamu.." Cikgu Amru mengeluarkan sekeping kertas dan sebatang pen. Dia memandang Syafiq.


"Ahmad Syafiq bin Ahmad Azhar.. 951010 14 5763.." Syafiq memandang bawah. Mukanya merah menahan geram. Ayman mula gelabah.


"Tengku Ayman bin Tengku Ariff.. 950523 27 5905.." sebaik Ayman memberitahu, Syafiq memandangnya pelik. Seolah-olah terkejut. Sebaik mereka dilepaskan oleh Cikgu Amru untuk pulang, Syafiq menahan Ayman.


"Ayman..." Ayman mengalihkan pandangan dan memandang belakang.


"apa?"


"kau.. anak Tengku Ariff.. Datuk Sri Haji Tengku Ariff pemilik Hotel Equatorial tu..?" Syafiq masih terkejut. Ayman sekadar tersenyum. Dia mengangguk.


"tapi.. kenapa kau bagitahu kitaorang.. nama kau Ayman bin Ariff je?"


"low profile." Ayman mula mengorak langkah.


"kejap." Syafiq memegang lengan Ayman. Ayman terhenti. Sekali lagi dia mengalih.


"ye?"


"kau tak takut.. polis nak siasat kau?"


"aku percaya kepada Allah dan Allah akan menunjuk segala kebenaran kalau Dia mahu.." Ayman menjawab konfiden. Syafiq terkedu. Ayman terus berjalan lagi. Cikgu Amru yang masih berada di dalam bilik itu mendengar perbualan mereka. Terbatal terus niatnya untuk melaporkan kepada pihak polis.


Syafiq bergerak pulang. Dia terpegun dengan Ayman. Sudahlah ayahnya salah seorang jutawan negara, low profile pulak..

"baik kelas, tolong hantar buku nota dan buku latihan.. sit in groups, we're having a quiz.." suara lantang Cikgu Faridah membuatkan Ayman tersedar dari lamunannya.

Lantas dia bergerak ke kumpulannya.

No comments:

Post a Comment