Sunday, April 4, 2010
One Time - Chapter 15
Cuti sekolah dua minggu sudah berakhir. Keputusan juga telah dihantar dan sampai di tangan waris-waris pelajar. Ayman mendapat keputusan yang cemerlang. Begitu juga dengan Amin, Azim, Lufti, Sam, Zuqi dan Syafiq. Tak sia-sia last minute studi mereka itu.
Dalam sedang makan waktu rehat di sekolah, Ayman ternampak kelibat seorang gadis yang amat dikenalinya. Ayman tersengih. Dia teringat semasa percutiannya di Kampung Masjid, Baling.
Motor Ayman dipandu laju oleh Affan, sepupu Ayman. Tiba-tiba dia ternampak tiga orang gadis sedang berjalan di tengah jalan serta sedang bergurau sama sendiri. Tanpa berfikir panjang, Affan memulas lagi 'handle' motor milik Ayman itu dan hampir-hampir melanggar mereka bertiga. Lalu mereka bertiga pantas mengelak.
"woi! bawak motor tengok orang lah!" satu suara menjerit. Affan memberhentikan motor. Mereka turun dari motor. Ayman sudah panik kerana takut akan dilaporkan.
"sorry, sorry, sorry.. tak sengaja.." Affan merayu. Meraka bertiga menoleh. Ayman terkedu. Dia baru sahaja ingin mengeluarkan kata-kata tapi terbantut pula niatnya.
"lain kali, bawak motor, tengok orang, kalau nak lalu, tekan la hon ke, apa ke.. ni tak, main redah je.." suara tadi menyambung. Gadis itu berpakaian biasa, seluar trek, t-shirt lengan panjang serta tudung hitam. Gadis disebelahnya berseluar trek, t-shirt lengan pendek tanpa tudung dan yang di hujung pula berseluar trek, t-shirt lengan panjang warna hijau serta selendang putih.
"sorry, sorry.. salah saya.." Affan masih meminta maaf. Ayman masih terkedu.
"ni lagi sorang ni apasal? macam baru jumpa hantu je.." gadis tidak bertudung itu bersuara. Ayman terus berlagak normal.
"erm, tak ada apa.. kami minta maaf.. kami salah.." Ayman pula bersuara. Lagi membuat gadis berselendang putih itu terkejut. Gadis bertudung hitam sudah tersenyum melihat mereka berdua meminta maaf, begitu juga gadis tidak bertudung itu.
"dah, dah.. kitaorang maafkan.." gadis bertudung hitam bersuara. Affan dan Ayman tersenyum.
"saya Afiqah.. Panggil Ieka je.." gadis tanpa tudung bersuara. Affan tersenyum.
"saya Affan, ini Ayman, sepupu saya.." Affan mewakili Ayman.
"saya Aqilah, sebelah saya Aini.." gadis bertudung hitam memperkenalkan diri. Ayman masih tersenyum walaupun tidak percaya siapa dihadapannya. Ala-ala ayu pun ada..
Malam itu, mereka lepak di pondok di hadapan rumah bapa Aqilah. Tiba-tiba dua orang lelaki muncul. Terkejut dibuatnya. Aini tiada disitu, tetapi mereka masih duduk bersama.
"Aini.. mana?" Ayman bersuara kepada Aqilah. Affan sedang khusyuk bersembang dengan Afiqah.
"dalam.. tengok tv kut.."
"nak tanya sikit boleh?" Aqilah memandang pelik.
"silakan.."
"Aini tu.. orangnya macam mana eh?"
"dia sebenarnya jenis lemah lembut, ayu, memahami, ramai peminat.. tapi lepas kematian abang sulung dia.. dia berubah.. dia taknak bagi siapa-siapa dekat dengan dia, sebab tu dekat sekolah dia jadi macam tomboy.. dia jadi kasar.." Ayman setia mendengar.
"..dia dengan abang sulung dia.. rapat sangat.. masa dia nak ambil UPSR, tiga hari sebelum tu, abang sulung dia meninggal.. terus hilang confidence, terus hilang keayu-an.. dia hanya akan tunjuk perangai sebenar dia kepada orang-orang yang dia sayang dan keluarga dia saja.." Aqilah menyambung. Ayman mengangguk faham. Sebab itu lah Aini menjadi baik dengan dia secara tiba-tiba.
"oh.. tough jugak lah hidup dia ni.." Ayman bersuara kecil. Aqilah mengangguk.
"hey, dia suka awak.. dia banyak cerita pasal awak semalam, tapi tak expect awak yang hampir langgar kitaorang tadi tu.. boleh tahan jugak muka awak.." Aqilah memuji. Ayman bertukar merah. Sebenarnya, Ayman tak selalu rapat dengan perempuan, tetapi dengan Aini, dia selesa.
"janganlah kembang.. orang baru puji sedikit.." Aqilah memukul lengan Ayman sedikit. Ayman tergelak.
Tidak dia sangka, mereka mempunyai datuk dan nenek yang tinggal sekampung. The odds are.. alot! Betul-betul tak disangka..
"hoi.. kau dah habis makan atau tak?" suara Lufti memecah lamunan Ayman. Ayman memandang bekalnya. Licin. Dia pelik.
"aik.. tadi aku makan separuh je.. mana lagi separuh roti aku?" Ayman memandang sahabat-sahabatnya semeja. Amin sedang mengunyah sesuatu. Amin tersengih.
"kau makan roti aku, Amin?" Ayman pura-pura marah.
"tadi aku mintak dengan kau, kau cakap 'mmmm' je, aku pun ambil lah.." Amin takut. Dia pantas mengunyah. Ayman terus tersengih.
"ha sudah, sudah.. jom balik kelas.. aku nak tuntut hadiah dari Cikgu Faridah.." Lufti sudah berdiri semangat. Bekal di tangan sudah dibasuh. Ayman masih tersenyum dengan gelagat rakan-rakannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment