Thursday, April 1, 2010

One Time - Chapter 11


"aku tahu masalah kau, Amin.. tapi kau kena ketepikan benda itu demi kebaikan kau jugak.. dia saudara Islam kau.. macam aku pernah cakap, kita tak tahu bila kita akan pergi.. kalau dia pergi, kau tak sempat nak minta maaf dengan dia? macam mana?" Ayman mula bicara selepas menunaikan solat sunat Dhuhaa.

"minta maaf dengan dia? apa salah aku?"

"Amin, kita manusia tak sempurna, serba kekurangan. mungkin kau pernah cakap apa-apa yang buat dia tak suka, tak pun kau pernah buat apa-apa yang dia tak suka.. kita kena selalu bermaaf-maafan. takkan nak tunggu raya je kut? setahun sekali je minta maaf?" Ayman membalas. Amin menunduk. Ayman mengeluh.

"aku tak bermaksud nak singgung perasaan kau.. aku cuma luahkan apa yang aku tahu.." Ayman terasa bersalah. Pas keluar kelas diselitkan ke dalam poket seluar sekolah berwarna putih itu. Pakaian seragam sekolah itu agak berlainan kerana sekolah itu separuh asrama. Pelajar lelaki memakai baju lengan panjang putih, seluar sekolah putih, serta tali leher biru berjalur kuning. Pelajar perempuan pulak berkurung biru, kain putih serta tudung putih. Pada hari rasmi dan hari jumaat pula, pelajar lelaki berpakaian melayu putih rasmi serta sampin rasmi sekolah berwarna biru, jalur menegak putih dan jalur melintang kuning. Unik benar pakaian mereka.

Amin mendongak kepala.

"tapi, aku tak boleh lupakan benda tu.. sakit masih aku rasa sampai sekarang.."

"satu, aku tak suruh kau lupakan.. aku pun ada banyak benda berlaku.. aku tak lupakan, cuma aku lepaskan. dua, memanglah kau masih rasa sakitnya sampai sekarang, kau selalu picit tempat jahitan tu!" suara Ayman sedikit meninggi. Mereka berdua tergelak. Suara Ayman bergema kerana surau itu agak kosong pada waktu seperti itu. Selalunya dipenuhi oleh pelajar senior yang ingin bersolat sunat.

"aku cuba.." ucap perlahan Amin. Ayman tersenyum dan menepuk bahu Amin berkali-kali.

"bagus, jom baca Quran jap.. tenangkan hati, bersihkan minda.." Ayman mengambil al-Quran yang berada di rak berdekatan. Mereka membaca surah al-Sajdah. Alunan suara Ayman membuatkan Amin tergelam dalam auranya.

'ya Allah, Engkau telah kurniakan kami hambaMu yang mulia. terima kasih, ya Allah.. moga Dia dirahmati selalu olehMu..' bisik kecil hati Amin sambil mendengar dan mengikut Ayman membaca.

*****

"awak.." satu suara mencelah kebisingan pagi itu. Pelajar tingkatan tiga dan empat sedang menikmati rehat mereka pada pagi itu. Ayman menoleh dari tempat telefon awam. Ayman senyum sedikit.

"assalamualaikum.." suara itu menyambung lagi.

"wa'alaikum salam.."

"awak.. saya ada benda nak sampaikan ini.." suara itu bermanja. Meremang bulu roma Ayman dibuatnya. Geli pun ada.. Dia menarik lengan Ayman ke tempat yang sedikit jauh dari lima sahabat itu. Mereka memandang penuh curiga.

"kakak angkat saya hendak kawan dengan awak.." dia bermanja lagi. Ayman memandang sekeliling. Tiada yang memerhati.

"siapa kakak angkat awak?"

"Kak Ida, 4 Ruther" ringkas dia memberitahu. Ruther adalah singkatan bagi Rutherford. 4 Rutherford pula adalah kelas Sastera.

"nama penuhnya?"

"Fatin Norida.. awak ada telefon?"

"telefon rumah adalah.."

"maksud saya telefon bimbit.."

"ada.. tapi jarang pakai.. emergency je pakai.." selamba lagi Ayman menjawab. Dia terasa diperhati. Dia pandang sekeliling lagi sekali. Tiada siapa memandang kecuali lima sekawan itu. Mereka sedang menunggu Azim pula mengguna telefon awam.

"nak nombor boleh? Kak Ida hendak.."

"kalau dia hendak, suruh dia minta sendiri.." Ayman menjawab sambil mula mengorak langkah.

"eh kejap, bang.." dia menarik lengan Ayman pantas. Nasib baik Ayman memakai baju lengan panjang. Dia keliru. Bang?

"uh? awak ni tingkatan berapa?"

"tiga. kenapa?"

"kenapa panggil saya 'bang' sedangkan kita seumur?"

"terbiasa.." dengan jawapan itu, Ayman terus pergi. Ayman sempat menangkap 'badge ID' pelajar perempuan tadi, namanya Siti Syuhadah. Dia disambut oleh mereka lima sekawan.

"siapa tadi?" Lufti bertanya.

"dia mahu apa?" Sam pula bertanya sebelum Ayman sempat menjawab.

"dia Siti Syuhadah, nak mahu nombor telefon aku.. katanya kakak angkat dia mahu berkawan.." Ayman mula berjalan dengan mereka menuju ke koop untuk membeli pemadam dan liquid paper, juga choki-choki kegemaran Ayman.

"siapa kakak angkat dia?"

"katanya, Fatin Norida.. kelas 4 Rutherford.." dengan jawapan Ayman, mereka berlima tersentak. Mereka berhenti. Ayman memusing. Dia binggung.

"kenapa korang berhenti?"

"kak Ida? nak kawan.... dengan... kau..???" Azim gagap mengucap. Ayman mengangguk. Masih binggung.

"kenapa?"

"kau tahu tak....-" belum sempat Zuqi menghabiskan ayat, Ayman memotong.

"..tak tahu" Zuqi geram. Ayman tersengih.

"Kak Ida tu gadis idaman sekolah ni.. popular benar.. dia top three lepas kakak kau.." Amin yang dari tadi diam terus bersuara. Ayman mengangkat kening sebelah. Memang macho habis.

"apa-apa lah.. cepat lah nanti koop tutup, choki-choki habis aku salahkan korang.." Ayman masih dengan sifat selambanya. Mereka berlima berlari anak untuk mengejar Ayman yang berjalan pantas bagaikan pejalan kaki 1500m negara.



*amacam?

No comments:

Post a Comment