Dua hari lagi, Penilaian Menengah Rendah bagi tahun 2010 bakal menjelma. Kecut perut, demam takut, gabra dan sebagainya. Bagi Ayman dan grup studinya, mereka yakin. Walaupun mereka yakin, mereka tidak berlagak. Mereka yakin akan ketentuan Allah. Mereka tidak akan menyerah kalah selagi mereka mampu berusaha kerana, takdir Tuhan terletak di hujung usaha hambanya. “don’t ever give up!” bak kata orang inggeris.
Malam itu dan malam seterusnya, mereka akan bermalam di rumah Ayman. Kali ini, grup mereka disertai oleh grup studi enam orang pelajar perempuan yang dijemput oleh Ayman sendiri. Dengan kebenaran kakak-kakaknya, mereka berenam bakal tinggal di bilik tetamu buat dua minggu itu. Mungkin mereka akan pulang buat sementara waktu, tetapi mereka tetap akan melaksanakan apa yang Ayman telah nasihatkan mereka.
Kini grup studi mereka telah meningkat menjadi 13 orang. Tidak menjadi masalah bagi Ayman. Lagi ramai yang berminat untuk menjadi peneraju Islam yang akan datang, lagi bagus.
Malam sebelum PMR, mereka bangun dan menunaikan solat sunat berjemaah. Kali ini disertai oleh kakak-kakaknya. Ayman bangga. Dia telah berjaya memujuk 12 hati untuk mengikutnya bersama belajar untuk cemerlang dalam pelajaran juga dalam menjadi hamba Allah yang baik.
Dalam doanya, dia memohon supaya Allah sentiasa memberi rahmat kepada mereka dan juga kepadanya. Dia memohon supaya Allah sentiasa mengampunkan dosa-dosa mereka. Dia memohon supaya... ibubapanya ditempatkan di golongan orang-orang yang bertaqwa.. Dia rindu akan ibubapanya.
Secara tidak langsung, sudah sembilan bulan ibubapanya pergi meninggalkannya bersama kakak-kakaknya serta apa yang telah diwasiatkan kepadanya. Ayman telah diamanahkan untuk mengusahakan syarikat milik papanya setelah umurnya mencecah 21 dan setelah dia bersedia.
Ayman fokus untuk menghadapi peperiksaan sebentar lagi. Mereka masing-masing mempunyai doa yang tersendiri. Tetapi masing-masing dengan satu matlamat, mencapai kejayaan dijalan yang Allah redha.
“Aini, boleh saya bercakap dengan awak sebentar?” Ayman mengucap lembut. Aini mengangguk.
“erm.. ingat tak apa saya cakap pada awak tempoh hari?” Aini mengangguk.
“apa saya cakap memang benar tetapi.. lepas saya mendapat kesedaran semasa qiamualail kita pagi tadi, saya rasa adalah lebih baik kita biarkan hubungan kita ditahap yang Allah redha..” Ayman mengucap perlahan. Aini tersenyum dan mengangguk.
“saya setuju..” Ayman tersengih.
“jadi boleh lah saya buli awak selalu..” ucapan Ayman disambut dengan jeliran Aini.
“dah jom kita berkumpul.. saya mahu mengucap sesuatu sebelum kita masuh dewan peperiksaan..” Ayman mengorak langkah sebelum Aini.
“kawan-kawan.. kita telah berusaha selama tiga tahun sejak tingkatan satu dan bertungkus lumus sejak empat bulan yang lalu.. sekarang ini kita sedang berjihaad di jalan yang Allah redha, jadi kekalkan apa yang kita jadikan matlamat..” Ayman memulakan bicara.
“Ayman, terima kasih banyak.. kerana kau lah aku jadi rajin bangun subuh..” Azim memecah sepi di pagi itu. Gelak tawa berderaian.
“aku sekadar menasihati, yang memberi petunjuk kepada kau adalah...?”
“Allah..” semua 12 orang menjawab serentak. Ayman tersengih.
“sayang korang!” Ayman memuji. Semua tergelak.
“para puteri ada apa-apa yang mahu disampaikan?” Lufti menjadi wakil. Gelak tawa berderaian lagi.
“Ayman, benar cakap kau tapi benar jugak cakap Azim.. kau nasihat kitaorang.. dan sekarang matlamat aku dah jelas, tujuan aku nak dapat 9A tu pun dah jelas.. bukan takat demi masa depan aku, tapi jugak demi Allah..” Aliyah bersuara. Ayman tersengih.
“saudara Islam mestilah bantu-membantu.. apa betul?” Ayman riang. Semua mengangguk.
“eh Amin, kau cakap kau nak buat sorakan luar biasa hari ini.. lead the way..” Ayman menepuk bahu Amin. Amin tersenyum.
“kita belajar demi siapa?”
“Allah!”
“kita berjihaad di jalan siapa?”
“Allah!”
“kita inginkan keredhaannya ataupun tak?”
“Mahu!”
“kita mahu mencapai kejayaan ataupun tidak?”
“Mahu!”
“jadi kita mesti berusaha!”
“Usaha!”
“Islam...”
“Mumtaz!”
Semua tergelak riang. Pelajar lain yang berdekatan tersenyum melihat gelagat mereka 13 sekawan. Walaupun grup mereka bercampur, mereka masih menjaga batas pergaulan.
Tiba-tiba Cikgu Amru berdiri dihadapan dewan.
“baik, Assalamualaikum semua.. saya mahu semua pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam kadar yang segera.. kertas pertama akan bermula sebentar lagi..” ucapnya ringkas. Ayman tersenyum lalu memandang semula ahli grupnya.
“ha tengok.. tak habis-habis dengan senyuman dia..” Sam memecah sepi mereka.
“trademark dia..” Lufti mengejek. Mereka tergelak.
“semoga semua ahli jihaad ini berjaya, ya..” satu suara datang dari belakang Ayman. Ayman memusingkan badan. Dalila dan Nurin.
“kak..” Ayman tersengih. Semua pelajar puteri menyalam Dalila dan Nurin.
“kami support korang all the way..” Nurin menambah. Semua tersenyum. Tetapi senyuman mereka pudar sebaik Fatin Norida datang.
“Ayman..” suaranya biasa. Tidak garang, tidak marah.
“ya?”
“semoga berjaya..” Fatin tersenyum. Ayman lega. Rupanya dia telah sedar selepas ditegur olehnya beberapa bulan yang dahulu.
“terima kasih.” Ayman tersengih. Semua berlagak biasa. Ayman menekupkan tangannya dan mendekatkan tangannya ke kepalanya. Semua terdiam. Termasuk orang yang lalu-lalang. Kemudian dia mengangkat semula kepalanya.
“matahari kita sudah bersinar, apa lagi, mari berusaha!” Lufti bersorak. Semua tersenyum. Ayman senyum paling lebar.
‘Semoga Berjaya, Peneraju Islam!’ sorak hati Ayman.
No comments:
Post a Comment