Monday, November 15, 2010

PTS One


assalamualaikum, para pembaca.


thx krna sudi membuka dan membaca blog inii selepas beberapa bulan menyepikan diri.
hikhik ^^,
bukannya apa, inspirasi dah takde, macam mana nak menulis..
hehe. oke, tujuan entri ini adalah untuk memaklumkan kepada semua bahawa novel Aku dan Kau insyaAllah bakal dicetak dalam bentuk buku/novel pada tahun hadapan.
insyaAllah lah ye..
moga-moga Allah permudahkan perjalanan untuk mencetak ye.
jadi, ada bab yang sudah dipotong pengakhirannya demi nak tinggalkan saspens..
kalau diperhati, semua bab saya tinggalkan tergantung demi nak buat korg terasa saspens dan teruja. hikhik ^^,

kalau ada apa-apa info lagi,
insyaAllah saya maklumkan lagii.
terima kasih kerana sudi membaca.

wassalam~

Friday, November 12, 2010

Aku dan Kau - Bab 14


"kepada semua mentor, sila dapatkan fail mentee anda dari Cikgu Sharul selepas perjumpaan.. sekian." ucap ringkas Kak Ida kepada para pengawas semasa perjumpaan pengawas pagi Isnin itu. Memandangkan hari itu hari Isnin, para pengawas perempuan diwajibkan untuk memakai pakaian rasmi pengawas iaitu tudung biru muda, kurung putih serta kain rasmi pengawas dan melayu putih serta sampin rasmi pengawas.

Selesai perjumpaan, semua mentor yang terlibat tunggu di Dataran Disiplin dimana mereka sering menjalankan perjumpaan dan aktiviti Lembaga Pengawas. Dataran itu telah dibina bersempena 20 tahun Lembaga Pengawas ditubuhkan di SM Sains Sungai Ara pada tahun lalu.

Semasa Cikgu Sharul memberi fail mentee kepada Aina, dia tersenyum nakal. Aina mencebik. Keningnya terangkat akibat pelik dengan kelakuan guru disiplinnya. Dalam perjalanan pulang ke kelas, dia membelek fail itu. Kelihatan satu gambar pelajar lelaki dan satu gambar pelajar perempuan. Dia tersenyum seraya.

Tiba sahaja di kelas, tiada guru. Semua pelajar 2 Alpha membuat kerja sendiri. Aina masuk dan sambung membelek fail itu. Biodata pelajar perempuan itu dibaca satu per satu. Pelajar perempuan itu adalah pelajar tingkatan satu. Dia juga ahli dorm Aina sendiri. Aina Shasha namanya.

'Aina Shasha binti Mohd Shater.. 3 April 1997.. Berasal dari Kuala Lumpur.. hmmm.. budak ni boleh tahan jugak.. sesuai jugak kalau jadi fect..' bisik hati Aina. Aina tersenyum seraya. Tiba-tiba satu suara memecah lamunannya.

"hoi makcik, buat apa tu?" suara itu menyergahnya dari belakang. Aina terus melatah tanpa disedarinya. Suara itu gelak terbahak-bahak. Aina kenal suara itu. Dia terus bertukar merah padam akibat marah. Aina berdiri dan memusingkan badannya. Huh! Agak dah!

"kau tak reti bagi salam ke?!" Aina menyergah semula.

Suara itu terus berhenti gelak. Mukanya bertukar pucat.

"dahlah sergah aku! tak tahu malu ke?!" Aina sambung memarahi dia. Keningnya terus terangkat.

"hei, sabar lah. aku main-main aje." dia menahan tawanya kerana teringatkan ayat yang tersembur dari mulut Aina semasa dia melatah tadi.

"main-main pun berpada lah! kau nak aku mati awal ke?!" Aina menjerkahnya. Reaksi di mukanya terus berubah.

"haih kau ni! aku gurau ajelah! itu pun nak terasa hati ke?" lelaki itu meninggikan suara. Pelajar-pelajar kelas itu memandang dengan penuh khusyuk. Sudah lama tak tengok Aina naik angin. Kali ini, pelajar baru itu pula bakal menjadi mangsanya.

"terasa?! hei kalau aku buat gituh dekat kau, aku berani jamin kau pun akan naik angin lah! hish!" Aina terus melawan. Keningnya terangkat.

Lelaki itu baru sahaja hendak membalas semula, namun dia terfikir. Apa gunanya jika dia membalas? Tiada manfaat langsung. Lagipun, dia tahu, Aina seorang yang panas baran. Dia tak patut mengusiknya dari awal lagi.

"okeylah, aku salah. aku mintak maaf.." lelaki itu merendahkan egonya. Aina tersentak. Angin kemarahannya terus hilang begitu sahaja. Dahinya yang tegang terus menjadi tenang. 'aik? biar betul? ada orang mengalah dengan aku?' bisik kecil hatinya. Lelaki itu tersenyum manis. "maaf ya sebab ganggu kau tadi.. kau buat apa tadi? baca fail kan.. ha, sambunglah baca.. aku keluar dulu.." dia menyambung kata-katanya.

Aina tidak berkelip memandang lelaki itu. Dia terus keluar melalui pintu belakang kelas menuju ke arah tangga. Aina terduduk.

"hoi.. mengelamun!" satu lagi suara menyedarkan dirinya. Aina blur sahaja.

"kenapa kau tak gaduh sampai habis tadi?" suara itu menyambung. Aina masih dalam keadaan yang serba blur. Aina masih diam.

"helo, cik Aina? saya sedang bertanya ni, kenapa cik Aina dan encik Affan tak bergaduh sampai habis tadi? selalunya kau orang lah yang suka gaduh sejak dia masuk sekolah ni.." suara itu cuba menyedarkan Aina. Aina mengelipkan matanya beberapa kali.

"sebab.. dia tak ego.." Aina menjawab sepatah demi sepatah. Dia terus menghadap fail itu semula. Matanya memandang kertas biodata di hadapannya. Namun mindanya melayang entah ke mana........


-sambungannya boleh didapati dalam bentuk cetakan, tak lama lagi insyaAllah..-

Tuesday, November 9, 2010

Aku dan Kau - Bab 13


"Assalamualaikum, semua.. selamat datang ke perjumpaan pertama setelah dirombakkan tempat tinggal awak semua pada tahun ini.. syabas saya ucapkan kerana sepanjang dua hari ini, tidak berlaku sebarang kekecohan mahupun sesuatu yang tidak diingini.. berikan tepukan kepada diri sendiri.." ucap Kak Farah selaku Presiden Exco Tertinggi Asrama pada tahun itu bagi asrama puteri. Tepukan gemuruh kedengaran.

"baik, bagi menentukan ketua dorm, akak akan serahkan kepada awak semua sendiri untuk putuskan.. tujuan akak panggil awak semua ke bilik yang tak berapa nak besar ini adalah untuk memperkenalkan diri kami serta memberitahu peraturan di dorm.. peraturan di dorm dan kiub adalah berbeza.." sambungnya lagi.

"baik, nama kakak, Farah Aliya binti Zainal.. kakak belajar di kelas 4 Alpha, dan kakak adalah presiden bagi Exco Tertinggi Asrama pada tahun ini.. sebarang masalah awak semua boleh rujuk kepada kakak.." kak Farah perkenalkan dirinya. Begitu juga dengan Kak Ruhil selaku Naik Presiden, kak Aisha selaku Setiausaha, kak Laila selaku Bendahari, dan juga kak Nabilah selaku Ketua AJK.

Selesai sesi perkenalan, kak Farah menerangkan sedikit sebanyak tentang peraturan di asrama. Usai itu, Kak Nabilah pula membuat pengumuman bagi melantik AJK Keceriaan dan Kebersihan Asrama dan AJK Keselamatan Asrama. Kak Fatin dari 4 Alpha, dilantik sebagai AJK Keceriaan dan Kebersihan Asrama manakala Kak Ida dari 4 Omega dilantik sebagai AJK Keselamatan Asrama.

* * *

"ada sesiapa ingin memberi cadangan tentang pencalonan presiden dan penolong presiden dorm Theta 7 kita ini?" kak Mashitah bersuara kecil. Semua berpandangan sesama sendiri. Aina duduk bersebelahan dengan Kak Syahirah disebelah kirinya dan Shazwani di sebelah kanannya. Mereka duduk di dalam sebuah bulatan boleh tahan besarnya.

"saya mencalonkan Kak Siti Syahirah untuk menjadi presiden dorm dan kak Nurul Mashitah sebagai penolong.." lantang suara Aina menyuarakan cadangannya. Semua tersenyum. Aina dengan sifat selambanya itu dengan secara tidak sengaja telah menarik perhatian beberapa orang pelajar junior yang sedang lalu di hadapan dorm mereka.

"baik, cadangan diterima.. ada lagi cadangan?" soal kak Mashitah sambil tersenyum kepada Aina. Semua masih berpandangan sesama sendiri. "baiklah, saya mencalonkan Nurul Mastura menjadi presiden dorm manakala adik Aina Nadhirah menjadi penolongnya." kak Mashitah bersuara apabila semuanya diam. Aina terus tersipu malu bagaikan baru menerima smash dari pihak lawan di dalam permainan badminton.

Semua terdiam. Akhirnya satu suara bersuara dan disahut oleh semua.

"saya setuju kak Syahirah menjadi presiden dan kak Aina menjadi penolongnya!" salah seorang junior bersuara. Junior itu adalah Shasha, pelajar kelas 1 Alpha. Akhirnya kata putus diambil, Kak Syahirah menjadi presiden dorm dan Aina menjadi penolong presiden dorm.

Sebagai tugas pertama, Aina disuruh oleh Kak Syahirah untuk turun ke setor di tingkat bawah untuk mengambil bakul sampah yang sepatutnya berada di dalam bilik mereka tetapi tiada. Aina mencebik. Dalam perjalanan untuk ke setor, Aina merungut.

'eh-eh, kalau iya pun tugas, takkan la tugas aku pergi ambil bakul sampah.. hantu punya presiden..' Aina menyesal kerana mengusulkan cadangan untuk memilihnya sebagai presiden.

* * *

Sesi ice breaking di antara ahli dorm dijalankan dengan lancar. Pihak EXTIMA memberi tugas itu kepada presiden dorm masing-masing dan kemudian terpulang kepada presiden, aktiviti apa yang mereka bakal jalankan. Bagi merancakkan aktiviti, EXTIMA menjadikan sesi ini sebagai penyuntik semangat untuk terus meriahkan aktiviti diantara ahli dorm masing-masing. Dalam erti kata lain, dijadikan seperti pertandingan dan markah akan diambil. Pada hujung tahun, dorm yang mengumpul markah paling banyak bakal dianugerahkan anugerah istimewa.

Bagi dorm Theta 7, mereka riuh sekali. Dari dorm, ke dewan selera, dan kemudian ke dataran usahawan. Di dorm, mereka memulakan sesi suai kenal walaupun sudah mengenali satu sama lain kerana markah aktiviti diambil oleh wakil EXTIMA yang datang untuk memantau mereka.

"baiklah, kita mulakan majlis kita dengan ummul kitab, al-Fatihah.." ucap Kak Syahirah sambil memandang Aina dengan pandangan yang serius. Gerun dibuatnya.

"..amin.. seperti semua ketahui, nama akak, Siti Syahirah dan akak belajar di kelas 4 Omega, kelas aliran Sastera. Kakak mula menuntut di sekolah ini sejak tahun 2007 lagi. Kakak adalah anak yang ketiga dari empat adik beradik....." dan perkenalan diri Kak Syahirah berterusan dengan kisah tentang ibubapa serta adik beradiknya dan sebagainya.

Mereka duduk di dalam sebuah bulatan seperti mana mereka duduk semasa melantik presiden dan penolong presiden dorm semalam. Aina duduk di sebelah kanan Kak Syahirah, jadi dia adalah orang terakhir yang bakal memperkenalkan dirinya. Seorang demi seorang memperkenalkan diri. Tiba pula giliran seorang pelajar juniornya. Kulitnya cerah, pipinya tembam. Senyum aje, matanya terus sepet. Comel.

"erm.. nama saya Sofia Edrina, saya sekelas dengan Shasha, 1 Alpha. Err.. Mula menuntut di sekolah ini sejak bulan lepas.. Anak kedua dari dua adik beradik.. Ibu kerja denagn kerajaan, ayah pula kerja sendiri...." percakapan pelajar itu tidak lancar. Gagap - dalam erti kata lain. Aina memandang pelajar itu lama. Dia kelihatan resah. Tadi tenang aje. Pelik. "..erm, itu aje." dia akhiri dengan mudah.

Seorang demi seorang, akhirnya tiba giliran Aina. Aina tersenyum. Sekali imbas macam patung beruang.

"nama diberi, Aina Nadhirah dan belajar di kelas 2 Alpha. Mula belajar di sekolah ini sejak bulan Mac tahun lepas, kerana menerima kemasukan yang kedua. Mempunyai enam beradik, dan tinggal berasingan. Itu aje, sekian." ringkas. Aina tidak mahu memberitahu lebih. Semua memandang Aina dengan pandangan yang tidak puas hati. Mereka memberitahu tentang keluarga mereka, dia tidak pula. Kenapa?

Kak Syahirah terpinga-pinga memandang Aina. Aina memberi isyarat untuk meneruskan aktiviti. Dengan itu mereka terus diberi arahan untuk bergerak ke dewan selera. Semasa keluar dari dorm, Aina pelajar yang paling akhir keluar dari dorm. Semasa mengunci dorm, kelihatan Sofia memandangnya. Aina pelik. Dia terus menyarungkan sandal dan berjalan. Sofia berhenti berjalan, entah kenapa. Sebaik Aina tiba di sisinya, barulah dia sambung berjalan.

Aina mengerutkan dahinya. Mereka berdua berjalan seiringan tetapi hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba Sofia bersuara.

"Kenapa kakak tak cerita tentang keluarga kakak?" soalnya. Langkah Aina terhenti. Dia mengetapkan bibirnya. Dia menundukkan kepalanya dan terus beristighfar. Dalam masa beberapa saat, dia mengangkat semula kepalanya dan sambung berjalan. Kening Sofia terangkat.

"it's for me to know, and not for anyone to find out.." tegas Aina. Dia memandang Sofia dengan geram. Ada pula menjaga tepi kain orang. Huh! Hati Aina membara. Terus dia bertukar mood. Anginnya dari elok terus bertukar buruk. Oh tidak.. Sofia terkebil-terkebil memandang kakak seniornya yang bertukar merah apabila diajukan soalan itu tadi. Pernah juga dia mendengar khabar bahawa Aina adalah pengawas yang sangat tegas dan seorang yang pemarah. Tetapi Sofia tahu, dia bukan begitu walaupun baru sahaja mengenali Aina.

* * *

Sejak kebelakangan ini, angin Aina tidak menentu. Melenting tidak tentu pasal, marah-marah dan banyak lagi. Pada hari Sabtu, pelajar puteri keluar outing. Bas rasmi sekolah yang dinaiki mereka itu menuju ke Queensbay Mall. Inilah masa untuk mereka melepaskan tension di kepala selepas belajar. Maklumlah, pelajar asrama tidak berkesampaian untuk keluar pada setipa hujung minggu.

Tiba sahaja di sana, Sofia dan Shasha mendekati Aina, Natasha, Aisyah, Hamizah, Amierah dan Ika. Mata Aina melilau mencari sesuatu. Entah apa. Tiba-tiba terasa sesuatu mencuit bahunya. Aina terus mengalih. Sofia dan Shasha terpacak dihadapannya seperti patung. Mata Aina terbeliak akibat terkejut. Aina hampir-hampir melatah, namun dia sempat menahan.

"haih budak-budak nih! orang dapat heart attack baru tahu!" Aina memarahi mereka. Namun, mereka masih tersenyum. Sedikit pun tak gerun dengan kemarahan Aina yang meluap-luap itu. Aina pelik. Ahh, biarkan aja!

"Kakak, kami nak makan Pizza Hut. Jom makan sekali?" ajak Shasha. Sofia hanya memerhati dan tersenyum. Aina memandang sahabat-sahabatnya. Masing-masing mengangkat bahu.

"your call, Aina. kami ikut kau aje.." Hamizah menjadi wakil mereka berlima. Aina mengerutkan dahi.

"taknak Pizza Hut. haram." jawab Aina dengan ringkas. Disebalik kata-katanya, ada maksudnya. Seperti yang kita ketahui, Pizza Hut, McDonalds, KFC dan sebagainya adalah produk keluaran Israel. Bagi membantu saudara-saudara kita di Palestin, lebih baik kita tidak membeli barangan mereka. Jika tidak mampu untuk berperang, kita boleh membantu dari jauh.

"kenapa, Kak Aina?" soal Shasha kepadanya. Matanya masih melilau mencari sesuatu. Entah apa.

"keluaran Israel, dik." Aina mengawal nadanya. Sudah beberapa hari dia tidak senyum. Jika senyum pun, senyum terpaksa. Entah apa yang mempengaruhinya. Sofia mengesyakki, ianya kerana soalan yang diajukan kepadanya pada minggu lepas semasa aktiviti dorm pertama mereka. Bagi menebus kesalahannya, Sofia ingin belanja Aina makan.

Aina dikenali oleh seluruh warga blok itu kerana hobinya iaitu makan. Makanlah berapa banyak pun, saiz badannya tetap sama. Ini kerana, Aina adalah seorang atlit sukan, juga ahli pesilat. Semasa latihan, Aina mengeluarkan peluh yang banyak dan membakar segala lemak yang tidak diperlukan didalam badannya. Sebagai seorang atlit, dia perlu mengekalkan staminanya.

"kalau macam itu, ikut kakak lah. Kakak nak makan di mana?" kali ini, Sofia pula yang bersuara. Aina memandang Sofia dengan pandangan yang tajam. Masih dia ingat soalan yang ditanya oleh Sofia. Hati Aina terus membara. Diakui olehnya sendiri, Aina bukanlah seorang yang penyabar. Kadang kala, kesabarannya tidak mampu menampung kemarahannya mengakibatkan tercetusnya angin yang tidak baik.

"Kapitan. Lapar tandoori." Aina menjawab selamba dek aje. Masing-masing terlopong mulutnya mendengarkan jawapan oleh Aina. Datang outing jauh-jauh, nak makan tandoori aje?! Sawan apa, budak ni? Tahun lepas, pantang outing aje, makan mewah-mewah. Dome ke, Subway ke, White Coffee ke.. Tahun ini, bertukar angin pula?

"eh, bukan kau cakap nak makan laksa ke?" soal Amierah. Aina memandang Amierah dengan senyuman.

"jimat duit.." Aina menjawab sambil tersenyum sehinggakan matanya tidak kelihatan. Mereka semua tergelak melihat gelagat Aina. Tiba-tiba aje moodnya berubah menjadi baik. Pelik benar Aina nih.

* * *

Semasa dalam bas ke Giant untuk membeli barang keperluan harian mereka, Sofia teringat nasihat oleh rakan-rakan Aina beberapa hari lalu.

"Adik, kami nak cakap sikit boleh?" soal Ika. Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Sekarang waktu riadah. Kelibatan Aina langsung tidak kelihatan. Pertandingan silat bakal diadakan dalam masa 3 bulan. Latihan perlu ditingkatkan untuk mencapai kejayaan ke peringkat kebangsaan.

Sofia mendongak kepalanya. "oh, kakak. boleh aje, duduklah.." Sofia mempelawa mereka berlima duduk di atas padang itu.

"kami nak cakap sikit pasal.. Kak Aina.." Ika menyambung. Sofia terus memandang Ika dengan serius. "sebenarnya, Kak Aina kamu tu, ada masalah keluarga dan tidak suka sama sekali jika hal keluarganya dibangkitkan oleh sesiapa pun walau cikgu. Apa masalah yang dihadapinya, kami sendiri tidak tahu. Tapi kami pasti, dia mempunyai masalah keluarga.." Ika terus bercerita.

"macam mana kakak boleh tahu?" soal Sofia pula.

"dari tahun lepas lagi, asal BBM* aje, dia tak akan balik ataupun dia akan balik bersama salah seorang daripada kami.. Jarang kami lihat dia balik ke rumahnya sendiri kecuali pada hari raya dan cuti semester.. bila ditanya, alasan diberi adalah, 'it's for me to know and not for anyone to find out'.. sampai naik mual dengan alasan itu.." sampuk Aisyah pula. Sofia mendengar dengan penuh perhatian.

"jadi, kami disini nak minta bantuan adik supaya bersabar dengan Kak Aina tu.. dia memang panas baran, dik. kami kenal sangat. Ada masanya untuk dia melawak dan ada masanya untuk dia serius. Bila dia serius, tiada siapa boleh mengganggu fokusnya. Bila dia melawak, segala-galanya dipandang ringan. Semuanya ikut kepala dia.." Hamizah pula bercerita.

"tapi.. dalam degil-degil dia, ada juga sifat lemah lembutnya yang tersendiri.. itu, kami aje yang tahu.. belum pernah dia tunjuk kepada orang lain.. dia sangat pentingkan kawan.. belum pernah kami diabaikan oleh dia.. tak rugi kalau berkawan dengan dia.. seronok lagi ada.." Natasha yang dari tadi diam terus bersuara. "jadi, adik perlu jadi air untuk meredakan api kemarahannya yang mebuak-buak.. buat sifat selamba, jangan ambil hati sangat dengan kata-kata dia.. macam Kak Hamizah cakap, dia memang begitu.." nasihat Natasha kepada Sofia.

"Aku perlu jadi air!" bisik kecil Sofia. Dia tersenyum.


Sunday, November 7, 2010

Aku dan Kau - Bab 12


"diminta semua pelajar tingkatan satu, dua dan empat berkumpul di dewan besar sekolah dalam kadar segera.." suara Cikgu Arifin bergema di corong hailer. Aina yang dari tadi asyik membaca buku sejarah terus tersentak. Pantas dia mencapai tudung berwarna putih dan stokin. Lyana, Ika dan Amierah tiada dalam kiub kerana mereka ke dewan selera untuk menikmati sarapan pagi. Aina puasa pada hari itu, jadi dia tidak turun bersama selepas solat subuh berjemaah awal pagi tadi.

Hari itu hari Khamis. Mereka mula bercuti selama seminggu pada hujung bulan Januari. Ada yang berniat untuk pulang pada hari itu, namun terbantut niat mereka kerana terpaksa menturuti arahan pihak pentadbiran.

Tanpa melengahkan masa, Aina terus mencapai sandal berwarna hitam miliknya dan terus disarung ke kakinya. Dia sudah lewat. Terus Aina berlari sekuat hati menuju ke dewan besar. Dia sudah dimaklumkan dengan pengumuman yang bakal disampaikan. Dia terus ke bahagian belakang dewan untuk menyediakan apa yang patut.

Elok sahaja dia tiba di situ, Haikal Afifi sudah pun berada disitu, sedang menyemak senarai nama pelajar-pelajar. Dia tersenyum segaris melihat kehadiran Aina yang sedang tercungap-cungap meminta udara. Baru Haikal hendak bersuara, Kak Shuhaida tiba bersama beberapa kotak kecil.

"Aina, tolong akak kejap.. Ada lagi 5, 6 kotak macam ni dalam kereta Cikgu Shahrul.. Tolong ambilkan ya?" pinta Kak Shuhaida dengan sopan. Aina tersenyum dan mengangguk. Pantas dia keluar dewan dan mencari kereta milik Cikgu Shahrul.

* * *

"..atas permintaan kebanyakkan abang-abang dan kakak-kakak senior kamu, kamu akan bertukar bilik.." ucap Cikgu Wan. Seraya itu, hampir kesemua pelajar bising menunjukkan tidak puas hati. "bawa bertenang.. ada sebabnya kami mengambil keputusan ini.. bagi kami, tak berapa sesuai untuk pelajar yang mengambil peperiksaan awam untuk tinggal di dalam dorm yang dikongsi bersama pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.." terang Cikgu Wan bagi menenangkan pelajar-pelajar itu.

"jadi, sepanjang cuti ini, kamu akan berpindah dari kiub ke dorm.. seperti kebanyakkan kamu ketahui, sebuah dorm mempunyai lapan penghuni.. dan sebuah dorm ditentukan penghuninya dari rumah sukan.. di blok Aspuri B dan Aspura B, terdapat lebih kurang 32 dorm setiap blok.. setiap floor pula mempunyai 8 dorm.." Cikgu Wan menyambung penerangannya tentang dorm di blok aspuri dan aspura.

"setelah dirombakkan, kami telah mencapai kata putus bagi setiap penghuni dorm-dorm itu.. Exco Tertinggi Asrama juga telah ditubuhkan bagi memastikan setiap dorm dapat dikawal dengan sempurna dan teratur mengikut protokol.."

Majlis dikendalikan oleh Lembaga Pengawas pula. Abang Zul mengumumkan bahawa nama-nama penghuni dorm telah ditampal di luar aspura dan aspuri, di hadapan dewan selera, di luar kooperasi, juga di bahagian hadapan surau bagi memastikan pelajar tidak berebut untuk menyemak senarai itu.

Pemindahan akan bermula pada hari Ahad hadapan, bagi memberi masa kepada pelajar-pelajar untuk mengemas segala barang mereka dan memastikan segala kelengkapan lengkap seperti mana mereka menerima pada awal tahun itu. Kunci-kunci dorm pula akan diserahkan kepada ketua dorm pada hari Isnin.

* * *

"Argh!! Aku dapat dorm Omicron 5, kau dapat dorm apa, Aina?" Ika terus bertanya sebaik masuk ke bilik. Aina yang sedang mula mengemas bagasinya sambil mendengar lagu tidak mengendahkan Ika. Malah, Aina langsung tidak perasan kehadiran Ika di dalam bilik itu. Ika mengaut bahu Aina. Sepantas kilat, Aina terus bertindak balas dengan memulas tangan Ika dan membuka kunci mati.

"AINA! Kau nak bunuh aku ke?!" jerkah Ika. Pantas kiub B23 diserbu oleh beberapa orang rakan batch mereka. Terbeliak biji mata seorang demi seorang melihat tindakan Aina terhadap Ika.

"sorry, Ika.. sorry.. aku tak sengaja.. aku tak dengar kau masuk.." Aina melepaskan kuncian yang dilakukan kepada Ika tadi. Aina tersengih.

"terlupa pula kawan aku seorang ni pantang disentuh, terus bukak silat dia.." Ika membalas sinis. Aina masih tersengih walaupun sedikit terasa.

"sorry, sorry.. maaf ek, kawan-kawan sebab buat korang risau.." Aina mengumum kepada mereka yang berada di muka pintu kiub mereka. Masing-masing tersenyum dan menggelengkan kepala melihat Aina tersipu malu begitu. Sebaik mereka berlalu pergi, Aina membuka earphone dari telinga kiri dan kanannya.

"ha, kau cakap apa tadi?" Aina sambung mengemas barang-barangnya.

"aku cakap, aku dapat dorm Omicron 5, kau dorm apa? tadi aku tak sempat tengok nama kau sebab ramai sangat.." Ika mengulangi soalannya tadi. Aina tersenyum.

"aku dapat Theta 7.. aku dengan Aisyah aje dari batch kita.. lagi tiga, batch form one, last tiga batch form four.." terang Aina. Ika menjuihkan mulutnya. "tudia, boleh sangkut berapa banyak baju dah ni.. muncung kau tu mengalahkan tempat letak baju dalam almari aku lah!" usik Aina. Ika terus mencapai bantal Spongebob miliknya dan mensasar kepada Aina untuk dibaling tetapi terbantut pula niatnya.

"eh, tak baling?" Aina pelik.

"tak sampai hati pula aku nak baling Mr. Bob.."

Gelak tawa pecah.

Thursday, November 4, 2010

Aku dan Kau - Bab 11


"cikgu, saya bangkang sepenuhnya atas cadangan tadi!" Aina menghentak kakinya tanda protes. Cikgu Shahrul terkedu. Baru saja nak menikmati nasi goreng, ada yang terjah. Bilik disiplin yang terletak berhadapan dengan gelanggang bola keranjang itu sepi, kecuali dengan suara Aina dan Cikgu Shahrul.

"uih, bawak bersabar, Aina.. cadangan apa?" Cikgu Shahrul cuba menenangkan Aina. Perasaan Aina bercelaru pada saat itu. Sedih, gembira, geram, dan marah. Aina sedih kerana terpaksa berhadapan dengan dia. Aina gembira kerana dapat berhadapan dengan dia. Aina geram terkenangkan apa yang pernah dia lakukan kepada Aina. Aina marah kerana dia terpaksa ditugaskan kepada dia. Siapa dia?

"saya taknak menjadi mentor kepada Amirul Fahmi!" Aina menjerit marah. Hurh! Nadinya turun naik dengan pantas. Hati Aina membara. Pantas buku lima digenggam, menahan kemarahannya. Memori dahulu bermain difikirannya. Arghh! Cikgu Shahrul bisu tak terkata dengan permintaannya.

"bawak mengucap, Aina.. sabar.. duduk dulu, boleh? kita bincang.." Cikgu Shahrul cuba menenangkan Aina. Aina memaksa dirinya duduk. Pada saat ini, Aina sedang menahan air matanya dari jatuh di hadapan gurunya. Aina menundukkan kepalanya. Bermacam-macam perkara bermain difikirannya.

'ahh air mata, tahan la sekejap, keluar bilik ni kau turun la..' Aina memujuk hatinya.

"Aina.." suara Cikgu Shahrul membuatkan Aina tersedar. Aina terus mendongakkan kepalanya. "cuba ceritakan kepada cikgu, kenapa kamu taknak Amirul Fahmi menjadi mentee kamu?" dengan baik Cikgu Shahrul menyoal Aina. Aina menghela nafas.

"sebab dia pernah sakiti saya, cikgu.." perlahan-lahan Aina menyusun ayat.

"macam mana, tu?"

Aina mengeluh. Perlukah dia menerangkan kepada Cikgu Shahrul? Aduhai.. "cikgu pun pernah lalui zaman persekolahan kan, cikgu?" Aina memberi klu tentang perkara sebenar. Di dalam hatinya, dia berdoa supaya cikgu memahami supaya dia tidak perlu mengungkit hal itu lagi.

"...maksud kamu?" ahh! cikgu tak faham jugak maksud aku.. Aina mengeluh berat.

"kalau saya tak terangkan, tak boleh ke cikgu?" Aina meminta. Suaranya bertukar sebak.

"jangan risau, Aina.. apa-apa yang kamu ceritakan, saya simpan elok-elok dalam fikiran saya.." Cikgu Shahrul cuba memujuk Aina supaya menceritakan hal sebenar, mengapa dia tidak mahu Amirul Fahmi menjadi menteenya.

"dulu kan, pernah tersebar berita tentang saya dan dia..." Aina memulakan ayatnya. Aina menahan air matanya. "..dan kami pernah couple.. tapi oleh kerana apa dia telah buat kepada abang saya, saya tak dapat maafkan dia.." Aina meringkaskan ceritanya. Cikgu Shahrul mengerutkan dahinya.

"Aina, saya tahulah kamu suka buat ringkasan.. tapi, janganlah terlalu ringkas.." perli Cikgu Shahrul yang juga guru bahasa melayu Aina pada tahun lalu. Aina tersipu malu.

"erm.. pada bulan 6, tahun lepas.. abang saya terlibat dalam pergaduhan.. dan dia meninggal selepas tu.. bila polis siasat, Amirul Fahmi terlibat dalam pergaduhan tu.. sebelum pergaduhan tu pula, kami bergaduh tentang hubungan kami.. abang saya tak benarkan saya jumpa dia lagi sebab abang saya cakap, dia ni terlibat dalam kumpulan gangster.. bila saya mintak putus, dia marah saya.. dan pergaduhan tu tercetus antara kumpulan Amirul dengan abang saya.." terang Aina satu per satu kepada Cikgu Shahrul.

"oh.."

"cikgu, saya merayu, cikgu tolong tukarkan mentee saya.. saya tak kisah kepada siapa cikgu tukar.. janji bukan Amirul Fahmi.." Aina merintih. Cikgu Shahrul mengeluarkan sebuah fail dari lacinya. Dia membuka beberapa muka surat. Dia meneliti fail itu.

"baik, kalau begitu cikgu tukarkan Amirul Fahmi dengan Affan Qayyum. boleh?" soal Cikgu Shahrul. Mata Aina terbeliak mendengar nama Affan disebut.

"Affan?! taknak!" pantas Aina membantah lagi. Tak pasal-pasal gaduh aje nanti.

"lah.. taknak jugak.." Cikgu Shahrul mengeluh. Dia kembali meneliti fail itu. "saya rasa tak ada siapa dah yang boleh ditukarkan.. yang lain dah tandatangan surat perjanjian.. tinggal Affan aje.." Cikgu Shahrul memberitahu.

Aina mengeluh.

"Affan pun Affan lah.."

* * *

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta..

Lagu Di Saat Aku Mencintai dimainkan dengan nada yang perlahan pada malam itu. Hanya kerana Aina seorang pengawas, tidak bermaksud dia mematuhi segala peraturan yang ada di sekolah dan asrama itu. Aina sendiri membawa telefon bimbit ke asrama. Iyalah, rumahnya terletak nun jauh di seberang pulau; bandar Georgetown. Bukan selalu keluarga tirinya dapat melawat dia di asrama..

Aina tidak ke prep malam kerana dia jatuh sakit. Dia terpaksa bermalam di Sick Bay pada malam itu. Air mata tak henti mengalir apabila teringatkan kisah lalu. Arwah abangnya.. Amirul Fahmi.. Ibu dan ayahnya.. Sudah lama Aina tidak menangis pada malam-malam begini.. Sakitnya semakin teruk, ini kerana kesalahannya sendiri, degil. Tak mahu makan ubat. Akhirnya dia sendiri yang merana.

Sebaik tiba di Hospital Pantai Mutiara, Aina menunggu gilirannya untuk berjumpa dengan Dr. Goh, doktor specialist bagi penyakitnya. Pemandu peribadi keluarganya yang menjemputnya tadi di sekolah. Dia menunggu di lobi sementara Aina berjumpa dengan doktor.

Sebaik masuk ke bilik Dr. Goh, Aina bertukar pucat. Dia duduk berhadapan dengan doktornya. Dr. Goh mulai membuat pemeriksaan seperti biasa ke atasnya. Apabila doktor memeriksa bahagian kerongkong Aina, dia mulai pelik. Apabila diperiksa sekali lagi, sah! Ianya semakin teruk.

"Aina.. have you been taking your medicine?" soal Dr. Goh dalam nada yang hairan. Aina masih pucat. Perlahan-lahan dia menggeleng. "why?!" Dr. Goh berang.

"i thought it's gone.. because I'm not getting tired easily like I used to and I stopped fainting everytime I'm out on the fields.." terang Aina. Dr. Goh mengeluh.

"Aina.. this is getting serious every second.. please take your medicine or else.." ayatnya dibiarkan tergantung. Aina menanti sambungan ayatnya.

"or else...?" Aina meniru nada suara Dr. Goh.

"...or else we'll have to do surgery.. and there's 45% chance that you won't be safe.." Dr. Goh memberitahu. Aina terkedu. Terdiam seribu bahasa. Air mata mulai menuruni dari kelopak matanya seperti hujan lebat. Aina pasrah dan akur atas dugaan ini.


"Ya Allah.. berikanlah kekuatan kepadaku untuk menempuhi dugaan ini, ya Allah.. ya Rabbi, ya Fatah, ya Alim, ya Rahman, ya Rahim.. jika ini takdir buatku, aku redha, ya Allah.." air mata menitis lagi.

Orang yang menghendap Aina dari luar bilik itu tersentak. Niat mereka untuk melawat Aina terbantut. Bermacam-macam persoalan bermain di fikiran mereka.


Apakah dugaan yang dimaksudkan olehnya?

Kenapa Aina kerap ke hospital sejak kebelakangan ini?

Kenapa Aina tak mahu Amirul Fahmi menjadi mentee nya?


Persoalan-persoalan itu hanya dapat dijawab oleh Aina sendiri. Namun, masing-masing tidak mempunyai keberanian untuk bertanya.


Tuesday, November 2, 2010

Aku dan Kau - Bab 10


Petang itu, Aina tak ke kelas persediaan petang kerana terlibat dengan mesyuarat bersama lembaga disiplin serta lembaga pentadbiran sekolah bagi melantik pengawas baru bagi tahun itu. Semasa dalam perjalanan dari blok asrama ke blok pentadbiran, Aina teringatkan insiden pagi tadi.

"Aina! tunggu lah!" jerit satu suara dari hujung koridor tingkat dua blok tingkatan rendah B. Pantas Aina memusingkan kepalanya untuk melihat siapa yang memanggilnya. Sebaik nampak gerangan orang yang memanggilnya, dia terus berjalan menuruni tangga. Suara tadi terus mengekorinya. Dia berlari mengejar Aina.

Sebaik dia turun, kelibatan Aina hilang dari pandangannya. Dia mengeluh. Puas dicari merata tempat, masih tak jumpa.

"Ariff, kau ada nampak Aina tak?" soal Affan kepada Ariff yang sedang bersantai di wakaf berdekatan dengan surau kawasan akademik. Ariff terkejut dengan persoalan Affan. Dia tersengih nakal.

"ada makna nih, kau tanya pasal dia..." Ariff menarik panjang suaranya, sengaja menyakat Affan. Affan mencebik.

"jawab sudahlah.."

Ariff masih tersengih. "tadi dia ada tanya jugak pasal kau.. dia suruh aku bagitahu kau untuk tunggu dekat sini.." Ariff akhirnya memberitahu. Affan mengeluh lega. Dia terus duduk disebelah Ariff.

"by the way, dia pergi mana hah?" Affan sempat bertanya.

Ariff tersenyum nakal, mengusik Affan. "ececece.. tanya tu.." Ariff mengejek Affan. Affan terus menolak Ariff. Ariff tergelak besar. "dia pergi aspuri.. apasal? kau nak ikut ke? jeng jeng jeng.." Ariff mengusik lagi.

"hoi! agak-agak lah kau!" Affan menjerkah. Ariff tertawa besar melihatkan reaksi Affan.

"ehem, aku dekat sini korang boleh buat bodoh je?" satu suara memecah gelak tawa Ariff yang boleh diibaratkan seperti Woody Woodpecker. Agak menjengkelkan. Affan terus menoleh. Terkedu dibuatnya melihatkan suara yang menegur mereka tadi.

Penampilan Aina jauh berbeza dari penampilan biasanya sewaktu prep dan sewaktu riadah. Iya, memanglah dia memakai baju kurung, tetapi.. Lain semacam pula.. Selalunya penampilannya agak kasar dan selamba, tetapi kali ini seperti lembut dan ayu sahaja. Terkedu Ariff dan Affan melihatnya.

"oi. korang mengelamun ape?" Aina menghentak kakinya. Terus Ariff tersentak. Affan pula memandang tempat lain. "ha, Affan. ada apa kau nak jumpa aku?" selamba Aina bertanya. Oleh kerana sifat selambanya itu lah membuatkan Affan tersenyum di dalam hati.

"aku nak bagi kau benda ni.." Affan menyua sebuah kotak kecil berwarna hijau tua serta diikat dengan riben berwarna perak. Cantik, kemas.. Aina terkedu melihatkan pemberian Affan. 'Agaknya ikhlas ke tak eh? Ahh, ambil jelah, orang bagi tu.. Tapi.. Er..' hatinya berbisik sendirian.

"hello.. mak cik.. kau nak ke tak?" suara Affan memecah lamunan Aina.

Aina tersentak. "urh.. ha, thanks.." perlahan-lahan Aina mengambil kotak kecil itu. Comel. Dia tertunduk.

"thanks, Affan.." ucapnya perlahan. Affan tersengih.

"apa kau cakap? tak dengarlah.." Affan sengaja mengusik.

Aina geram. "terima.. kasih, pak cik.." Aina membalas ejekan Affan tadi.

"apa?" Affan meninggikan suaranya sedikit lagi.

Aina dari menunduk, terus memandang Affan. "aku cakap.. terima kasih, pak cik!"

Affan tersengih nakal. "ohh.. kasih diterima, mak cik!" Affan masih tersengih. Aina berang. Mimik mukanya terus berubah.

"miang!" Aina memukul lengan Affan dengan penumbuknya. Aina tersenyum puas. "Ariff, aku pergi dulu.. bagitau cikgu surat ada atas meja, tau?" Aina berjalan terus ke arah sebuah kereta berwarna biru gelap berdekatan. Seorang lelaki menunggu di dalam kereta itu.

"alright! take care!" Ariff terjerit kecil. Sejak pertengahan tahun lepas lagi mereka bersahabat baik. Sejak insiden Ariff tersalah faham terhadap Aina, terus mereka berbaik. Aina tersenyum.

"eh kejap! kau nak ke mana!" Affan terjerit. Aina sekadar tersenyum dan terus masuk ke dalam kereta. Kereta itu meluncur pergi dengan laju.

Lamunan Aina terhenti apabila dia tiba betul-betul di hadapan bilik mesyuarat. Dia membuka pintu dengan perlahan-lahan. Terus dia mengambil tempatnya bersebelahan dengan Natasha, salah seorang sahabatnya. Natasha menyerahkan minit mesyuarat kepada Aina serta senarai nama calon-calon pengawas baru yang bakal menjadi mentee kepada pengawas-pengawas senior seperti mereka.

Mesyuarat bermula dengan ucapan pengetua serta PK HEP, juga ucapan guru pengawas, Cikgu Shahrul. Mereka berbincang mengenai baju rasmi pengawas iaitu bagi pengawas lelaki, baju melayu putih serta sampin rasmi pengawas yang berwarna biru muda serta garis putih manakala pengawas perempuan pula, baju kurung putih serta kain rasmi pengawas yang juga mempunyai corak yang sama dengan sampin rasmi pengawas.

Seterusnya, mereka berbincang mengenai Program Mentor-Mentee kepada pengawas baru. Seorang pengawas senior mendapat dua orang mentee.

"mentee bagi pengawas tingkatan dua pula.. Aina Nadhirah, mentee anda adalah........" wajah Aina bertukar pucat. Aina terkesima.


Aku dan Kau - Bab 9


*watak Shahmirul digantikan dengan nama Haikal Afifi*

Loceng kecil di sudut meja belajar Aina berdering. Aina mengeluh berat. Dia terus bangun dari katil dan mematikan jam itu. Matanya digosok beberapa kali. Dia memandang jarum jam itu. Jarum panjang menunjuk kepada nombor 12 manakala jarum pendek pula menunjuk kepada nombor 4. Pukul 4 pagi!

'aduh.. baru pukul 4 pagi.. ni mesti kerja Ika set alarm pukul 4.. nak buat qiyam lah kut..' keluh hatinya. Aina terus ke katil Ika.

Pada mulanya, dia mencuit ibu jari kaki Ika dahulu. Kemudian, dengan sopan Aina mengejutkan Ika. Suaranya perlahan sahaja, takut mengganggu Amierah dan Lyana pula. Usahanya gagal. Terus Aina mencuba teknik 'seram'. Dia menarik selimut Ika. Pada saat ini, matanya sudahpun segar. Bab nak kenakan orang, Aina lah orangnya. Otai segala otai.

Aina mengibaskan selimut itu di kaki Ika beberapa kali. Masih tiada respon. Terus dia mengetuk-ngetuk tilam Ika sambil berbisik di telinganya.

"marabbuka... manabiyyuka..!" Aina menggunakan nada yang keras. Masih, tiada respon. Aina berang.

'hish.. tidur mati ke minah ni?' hatinya mengeluh lagi. Aina menggaru kepalanya, mencari idea. Entah apa cara lagi dia pun tak tahu. Keganasan aje yang tinggal. Tapi tak sanggup pula sebab sahabat sendiri..

Sekali lagi Aina mencuba dengan cara yang baik. Tiada respon juga. Terus Aina menampak kaki Ika dengan kuat.

"dei minaci, bangun da.. pukul 4 pagi dah.." Aina menggunakan nada sinis. Ika membuka matanya perlahan-lahan. Dia menggeliat.

"huargh.. pukul 5.15 ajelah aku bangun.. tak larat lah.. kau qiyam sorang-sorang aje lah?" Ika bersuara dalam keadaan mamai. Dia terus menarik selimutnya. Lagilah menaikkan darah Aina.

"hoi! penat-penat aku kejutkan kau, kau nak sambung tidur? bangun!!" Aina mula berleter. "hish budak ni.. bangun, aku cakap.. liat je eh kau ni bab nak bangun pagi.."

"ala.. orang penat la.." keluh Ika.

"siapa suruh kau stay up? kan aku dah cakap, tidur awal.. ini tak, degil.. nak jugak stay up.. lepas tu gatal tangan set alarm pukul 4 pagi.. siapa suruh?" Aina sambung leterannya. Memang sesuai betul dengan gelaran oleh rakan-rakan batchnya; mak nenek.

"saja-saja.."

"wei tambi! hang bangun lekaih!" loghat Pulau Pinangnya pekat. Ika terus membatu. Entah bagaimana mereka boleh memekakkan telinga apabila dileter, kalau Aina, pasti dia tak boleh. "aku tak kira, kau bangun atau tak, aku nak solat dekat surau.. cukuplah dua hari ponteng solat jemaah.." Aina terus meleter. Dia ke meja belajarnya. Satu gambar yang dibingkaikan ditatap lama.

Pelbagai jenis kenangan terbayang di mindanya. Kenangan indah, pahit, gelap dan cerah. Matanya tertangkap pada seorang jejaka berkaca mata di dalam gambar itu. Terus fikirannya terbayang wajah Affan Qayyum. Aina tersenyum kelakar.

Tak habis-habis bergaduh aje. 'dahlah perasan kacak. kalau betul-betul tak ape lah jugak..' rungut hatinya. Namun jauh di lubuk hatinya, dia gembira melihat Affan kerana dia iras-iras jejaka di dalam gambar itu. Aina tersenyum seorang diri.

* * *

Seperti biasa, sekolah bermula pada jam 7.15 pagi. Waktu pertama adalah subjek Matematik. Ahh, subjek kegemaran Aina. Sebaik Cikgu Norehan masuk ke kelas, semua pelajar berdiri dan memberi salam seperti biasa.

Hari itu, mereka belajar matematik Bab 2, iaitu Algebraic. Bagi Aina, ini adalah sangat menyeronokkan. Bagi Affan pula, ini adalah peluang keemasaan baginya kerana dia telah pun belajar topik ini dua tahun yang lalu. Selepas Cikgu Norehan menerangkan tentang topik itu, mereka terus membuat latihan.

"ada siapa yang mahu cuba jawab soalan di hadapan?" soal Cikgu Norehan. Aina terus tersengih. Sepi di kelas itu dipecahkan oleh dua suara dalam masa ynag serentak.

"saya!" dua tangan kelihatan di udara. Tangan-tangan itu milik Aina dan Affan.

"Aina jawab soalan satu, Affan jawab soalan dua.." Cikgu Norehan menghulurkan kapur kepada mereka. 24 pasang mata memerhati segala gerak geri mereka berdua. Semasa menulis formula, Affan berbisik.

"rehat nanti tunggu aku tau.."

"buat apa?" cebik Aina.

"adalah.. tunggu aku tau.."

Aina mencebik lagi. Selesai menjawab, dia kembali ke tempat duduknya. Baru semalam mereka mengubah posisi meja di dalam kelas menjadi bentuk 'U'. Tempat terbarunya terletak di bahagian tengah, barisan hadapan kelas. Tempat duduk Affan pula betul-betul bertentangan dengannya.

"bagus, tepat jawapan ni.." puji Cikgu Norehan. Aina masih dalam mood serius. Waktu belajar, Aina amat serius dan jarang hilang fokusnya. "ada siapa yang boleh jawab soalan ketiga?" soal Cikgu Norehan. Sepi. Affan mahu saja mengangkat tangannya namun bersabar dahulu.

"second call.." masih tiada sahutan. Sepi.. "last call.." tarik panjang Cikgu Norehan.

Terus Affan mengangkat tangannya sekali lagi. Aina tersenyum segaris. Fikirannya terus melayang. Malas hendak lihat lelaki berlagak itu. Aina terus memikirkan biskut manis yang berada di dalam lokernya di belakang kelas. Perutnya tiba-tiba berbunyi.

"alah.. masa ni jugak kau nak menyanyi lagu Dynamite.. tadi aku dah sumbat chipsmore pun lapar lagi ke?" bebel Aina seorang diri dalam nada yang rendah. Aina membebel di dalam hatinya pula. Kasihan perut tu, oleh kerana tuannya, dia pula yang terkena. Matanya terus memandang lokernya yang berada di barisan tengah. Tiba-tiba satu suara memecah lamunannya.

"Aina Nadhirah!" suara Cikgu Norehan lantang dari hadapan kelas. Aina tersentak. Affan yang berada di hadapan kelas bersama Cikgu Norehan sudahpun mulai mentertawakannya. Aina melihat sekeliling; semua pelajar kelas itu memandangnya. Pipinya terus bertukar merah akibat malu. Jarang sekali perkara ini berlaku.

"y..ya.. cikgu?" Aina berdiri walaupun lututnya lemah akibat terlalu malu.

"mengelamun, ya?" soal cikgu.

"eh, mana ada cikgu.. saya.. erm.." Aina terus gagap.

"saya tengok kamu asyik-asyik pandang loker kamu aje.. tertinggal barang ke?"

Aina tersengih. "ada, cikgu.."

"ha, pergilah ambil"

Aina terus berjalan ke arah lokernya. Tiba-tiba die berhenti. "eh, bersyarat, cikgu.. cikgu jangan marah tau.. saya terdesak sangat ni.." Aina membuat muka meraih simpati.

"iya, cikgu tak marah.." Cikgu Norehan tersenyum segaris.

25 pasang mata memerhatinya. Masing-masing ingin tahu apakah yang dimaksudkan oleh Aina. Lokernya dibuka dengan berhati-hati. Senyuman yang lebar terukir. Dia kembali menutup pintu loker itu.

Biskut gula yang diambilnya disorok. Takut pula pelajar lelaki nampak. Pelajar perempuan tak apa, mereka dah masak dengan perangai Aina..

"apa yang kamu ambil?" soal Cikgu Norehan.

Aina tersengih. Dia mengangkat dua jari menandakan peace. "biskut.." jawabnya selamba.

"biskut? kamu nak buat apa?"

'hish cikgu ni, tanya pulak.. takkan nak minum pula..' bisik hatinya geram. "nak makan. saya lapar, cikgu.. perut saya dah menyanyi lagi dangdut dah ni.." seraya itu, seluruh kelas ketawa.

Cikgu Norehan tidak dapat menyembunyikan senyumannya. "Aina.. Aina.." bisik kecil Affan. Dia tersenyum melihat Aina yang kini sedang menikmati biskut manisnya itu. Kan bagus kalau selalu macam ini? Tak ade lah macam singa kebuluran!