Tuesday, November 2, 2010

Aku dan Kau - Bab 10


Petang itu, Aina tak ke kelas persediaan petang kerana terlibat dengan mesyuarat bersama lembaga disiplin serta lembaga pentadbiran sekolah bagi melantik pengawas baru bagi tahun itu. Semasa dalam perjalanan dari blok asrama ke blok pentadbiran, Aina teringatkan insiden pagi tadi.

"Aina! tunggu lah!" jerit satu suara dari hujung koridor tingkat dua blok tingkatan rendah B. Pantas Aina memusingkan kepalanya untuk melihat siapa yang memanggilnya. Sebaik nampak gerangan orang yang memanggilnya, dia terus berjalan menuruni tangga. Suara tadi terus mengekorinya. Dia berlari mengejar Aina.

Sebaik dia turun, kelibatan Aina hilang dari pandangannya. Dia mengeluh. Puas dicari merata tempat, masih tak jumpa.

"Ariff, kau ada nampak Aina tak?" soal Affan kepada Ariff yang sedang bersantai di wakaf berdekatan dengan surau kawasan akademik. Ariff terkejut dengan persoalan Affan. Dia tersengih nakal.

"ada makna nih, kau tanya pasal dia..." Ariff menarik panjang suaranya, sengaja menyakat Affan. Affan mencebik.

"jawab sudahlah.."

Ariff masih tersengih. "tadi dia ada tanya jugak pasal kau.. dia suruh aku bagitahu kau untuk tunggu dekat sini.." Ariff akhirnya memberitahu. Affan mengeluh lega. Dia terus duduk disebelah Ariff.

"by the way, dia pergi mana hah?" Affan sempat bertanya.

Ariff tersenyum nakal, mengusik Affan. "ececece.. tanya tu.." Ariff mengejek Affan. Affan terus menolak Ariff. Ariff tergelak besar. "dia pergi aspuri.. apasal? kau nak ikut ke? jeng jeng jeng.." Ariff mengusik lagi.

"hoi! agak-agak lah kau!" Affan menjerkah. Ariff tertawa besar melihatkan reaksi Affan.

"ehem, aku dekat sini korang boleh buat bodoh je?" satu suara memecah gelak tawa Ariff yang boleh diibaratkan seperti Woody Woodpecker. Agak menjengkelkan. Affan terus menoleh. Terkedu dibuatnya melihatkan suara yang menegur mereka tadi.

Penampilan Aina jauh berbeza dari penampilan biasanya sewaktu prep dan sewaktu riadah. Iya, memanglah dia memakai baju kurung, tetapi.. Lain semacam pula.. Selalunya penampilannya agak kasar dan selamba, tetapi kali ini seperti lembut dan ayu sahaja. Terkedu Ariff dan Affan melihatnya.

"oi. korang mengelamun ape?" Aina menghentak kakinya. Terus Ariff tersentak. Affan pula memandang tempat lain. "ha, Affan. ada apa kau nak jumpa aku?" selamba Aina bertanya. Oleh kerana sifat selambanya itu lah membuatkan Affan tersenyum di dalam hati.

"aku nak bagi kau benda ni.." Affan menyua sebuah kotak kecil berwarna hijau tua serta diikat dengan riben berwarna perak. Cantik, kemas.. Aina terkedu melihatkan pemberian Affan. 'Agaknya ikhlas ke tak eh? Ahh, ambil jelah, orang bagi tu.. Tapi.. Er..' hatinya berbisik sendirian.

"hello.. mak cik.. kau nak ke tak?" suara Affan memecah lamunan Aina.

Aina tersentak. "urh.. ha, thanks.." perlahan-lahan Aina mengambil kotak kecil itu. Comel. Dia tertunduk.

"thanks, Affan.." ucapnya perlahan. Affan tersengih.

"apa kau cakap? tak dengarlah.." Affan sengaja mengusik.

Aina geram. "terima.. kasih, pak cik.." Aina membalas ejekan Affan tadi.

"apa?" Affan meninggikan suaranya sedikit lagi.

Aina dari menunduk, terus memandang Affan. "aku cakap.. terima kasih, pak cik!"

Affan tersengih nakal. "ohh.. kasih diterima, mak cik!" Affan masih tersengih. Aina berang. Mimik mukanya terus berubah.

"miang!" Aina memukul lengan Affan dengan penumbuknya. Aina tersenyum puas. "Ariff, aku pergi dulu.. bagitau cikgu surat ada atas meja, tau?" Aina berjalan terus ke arah sebuah kereta berwarna biru gelap berdekatan. Seorang lelaki menunggu di dalam kereta itu.

"alright! take care!" Ariff terjerit kecil. Sejak pertengahan tahun lepas lagi mereka bersahabat baik. Sejak insiden Ariff tersalah faham terhadap Aina, terus mereka berbaik. Aina tersenyum.

"eh kejap! kau nak ke mana!" Affan terjerit. Aina sekadar tersenyum dan terus masuk ke dalam kereta. Kereta itu meluncur pergi dengan laju.

Lamunan Aina terhenti apabila dia tiba betul-betul di hadapan bilik mesyuarat. Dia membuka pintu dengan perlahan-lahan. Terus dia mengambil tempatnya bersebelahan dengan Natasha, salah seorang sahabatnya. Natasha menyerahkan minit mesyuarat kepada Aina serta senarai nama calon-calon pengawas baru yang bakal menjadi mentee kepada pengawas-pengawas senior seperti mereka.

Mesyuarat bermula dengan ucapan pengetua serta PK HEP, juga ucapan guru pengawas, Cikgu Shahrul. Mereka berbincang mengenai baju rasmi pengawas iaitu bagi pengawas lelaki, baju melayu putih serta sampin rasmi pengawas yang berwarna biru muda serta garis putih manakala pengawas perempuan pula, baju kurung putih serta kain rasmi pengawas yang juga mempunyai corak yang sama dengan sampin rasmi pengawas.

Seterusnya, mereka berbincang mengenai Program Mentor-Mentee kepada pengawas baru. Seorang pengawas senior mendapat dua orang mentee.

"mentee bagi pengawas tingkatan dua pula.. Aina Nadhirah, mentee anda adalah........" wajah Aina bertukar pucat. Aina terkesima.


No comments:

Post a Comment