Tuesday, November 2, 2010

Aku dan Kau - Bab 9


*watak Shahmirul digantikan dengan nama Haikal Afifi*

Loceng kecil di sudut meja belajar Aina berdering. Aina mengeluh berat. Dia terus bangun dari katil dan mematikan jam itu. Matanya digosok beberapa kali. Dia memandang jarum jam itu. Jarum panjang menunjuk kepada nombor 12 manakala jarum pendek pula menunjuk kepada nombor 4. Pukul 4 pagi!

'aduh.. baru pukul 4 pagi.. ni mesti kerja Ika set alarm pukul 4.. nak buat qiyam lah kut..' keluh hatinya. Aina terus ke katil Ika.

Pada mulanya, dia mencuit ibu jari kaki Ika dahulu. Kemudian, dengan sopan Aina mengejutkan Ika. Suaranya perlahan sahaja, takut mengganggu Amierah dan Lyana pula. Usahanya gagal. Terus Aina mencuba teknik 'seram'. Dia menarik selimut Ika. Pada saat ini, matanya sudahpun segar. Bab nak kenakan orang, Aina lah orangnya. Otai segala otai.

Aina mengibaskan selimut itu di kaki Ika beberapa kali. Masih tiada respon. Terus dia mengetuk-ngetuk tilam Ika sambil berbisik di telinganya.

"marabbuka... manabiyyuka..!" Aina menggunakan nada yang keras. Masih, tiada respon. Aina berang.

'hish.. tidur mati ke minah ni?' hatinya mengeluh lagi. Aina menggaru kepalanya, mencari idea. Entah apa cara lagi dia pun tak tahu. Keganasan aje yang tinggal. Tapi tak sanggup pula sebab sahabat sendiri..

Sekali lagi Aina mencuba dengan cara yang baik. Tiada respon juga. Terus Aina menampak kaki Ika dengan kuat.

"dei minaci, bangun da.. pukul 4 pagi dah.." Aina menggunakan nada sinis. Ika membuka matanya perlahan-lahan. Dia menggeliat.

"huargh.. pukul 5.15 ajelah aku bangun.. tak larat lah.. kau qiyam sorang-sorang aje lah?" Ika bersuara dalam keadaan mamai. Dia terus menarik selimutnya. Lagilah menaikkan darah Aina.

"hoi! penat-penat aku kejutkan kau, kau nak sambung tidur? bangun!!" Aina mula berleter. "hish budak ni.. bangun, aku cakap.. liat je eh kau ni bab nak bangun pagi.."

"ala.. orang penat la.." keluh Ika.

"siapa suruh kau stay up? kan aku dah cakap, tidur awal.. ini tak, degil.. nak jugak stay up.. lepas tu gatal tangan set alarm pukul 4 pagi.. siapa suruh?" Aina sambung leterannya. Memang sesuai betul dengan gelaran oleh rakan-rakan batchnya; mak nenek.

"saja-saja.."

"wei tambi! hang bangun lekaih!" loghat Pulau Pinangnya pekat. Ika terus membatu. Entah bagaimana mereka boleh memekakkan telinga apabila dileter, kalau Aina, pasti dia tak boleh. "aku tak kira, kau bangun atau tak, aku nak solat dekat surau.. cukuplah dua hari ponteng solat jemaah.." Aina terus meleter. Dia ke meja belajarnya. Satu gambar yang dibingkaikan ditatap lama.

Pelbagai jenis kenangan terbayang di mindanya. Kenangan indah, pahit, gelap dan cerah. Matanya tertangkap pada seorang jejaka berkaca mata di dalam gambar itu. Terus fikirannya terbayang wajah Affan Qayyum. Aina tersenyum kelakar.

Tak habis-habis bergaduh aje. 'dahlah perasan kacak. kalau betul-betul tak ape lah jugak..' rungut hatinya. Namun jauh di lubuk hatinya, dia gembira melihat Affan kerana dia iras-iras jejaka di dalam gambar itu. Aina tersenyum seorang diri.

* * *

Seperti biasa, sekolah bermula pada jam 7.15 pagi. Waktu pertama adalah subjek Matematik. Ahh, subjek kegemaran Aina. Sebaik Cikgu Norehan masuk ke kelas, semua pelajar berdiri dan memberi salam seperti biasa.

Hari itu, mereka belajar matematik Bab 2, iaitu Algebraic. Bagi Aina, ini adalah sangat menyeronokkan. Bagi Affan pula, ini adalah peluang keemasaan baginya kerana dia telah pun belajar topik ini dua tahun yang lalu. Selepas Cikgu Norehan menerangkan tentang topik itu, mereka terus membuat latihan.

"ada siapa yang mahu cuba jawab soalan di hadapan?" soal Cikgu Norehan. Aina terus tersengih. Sepi di kelas itu dipecahkan oleh dua suara dalam masa ynag serentak.

"saya!" dua tangan kelihatan di udara. Tangan-tangan itu milik Aina dan Affan.

"Aina jawab soalan satu, Affan jawab soalan dua.." Cikgu Norehan menghulurkan kapur kepada mereka. 24 pasang mata memerhati segala gerak geri mereka berdua. Semasa menulis formula, Affan berbisik.

"rehat nanti tunggu aku tau.."

"buat apa?" cebik Aina.

"adalah.. tunggu aku tau.."

Aina mencebik lagi. Selesai menjawab, dia kembali ke tempat duduknya. Baru semalam mereka mengubah posisi meja di dalam kelas menjadi bentuk 'U'. Tempat terbarunya terletak di bahagian tengah, barisan hadapan kelas. Tempat duduk Affan pula betul-betul bertentangan dengannya.

"bagus, tepat jawapan ni.." puji Cikgu Norehan. Aina masih dalam mood serius. Waktu belajar, Aina amat serius dan jarang hilang fokusnya. "ada siapa yang boleh jawab soalan ketiga?" soal Cikgu Norehan. Sepi. Affan mahu saja mengangkat tangannya namun bersabar dahulu.

"second call.." masih tiada sahutan. Sepi.. "last call.." tarik panjang Cikgu Norehan.

Terus Affan mengangkat tangannya sekali lagi. Aina tersenyum segaris. Fikirannya terus melayang. Malas hendak lihat lelaki berlagak itu. Aina terus memikirkan biskut manis yang berada di dalam lokernya di belakang kelas. Perutnya tiba-tiba berbunyi.

"alah.. masa ni jugak kau nak menyanyi lagu Dynamite.. tadi aku dah sumbat chipsmore pun lapar lagi ke?" bebel Aina seorang diri dalam nada yang rendah. Aina membebel di dalam hatinya pula. Kasihan perut tu, oleh kerana tuannya, dia pula yang terkena. Matanya terus memandang lokernya yang berada di barisan tengah. Tiba-tiba satu suara memecah lamunannya.

"Aina Nadhirah!" suara Cikgu Norehan lantang dari hadapan kelas. Aina tersentak. Affan yang berada di hadapan kelas bersama Cikgu Norehan sudahpun mulai mentertawakannya. Aina melihat sekeliling; semua pelajar kelas itu memandangnya. Pipinya terus bertukar merah akibat malu. Jarang sekali perkara ini berlaku.

"y..ya.. cikgu?" Aina berdiri walaupun lututnya lemah akibat terlalu malu.

"mengelamun, ya?" soal cikgu.

"eh, mana ada cikgu.. saya.. erm.." Aina terus gagap.

"saya tengok kamu asyik-asyik pandang loker kamu aje.. tertinggal barang ke?"

Aina tersengih. "ada, cikgu.."

"ha, pergilah ambil"

Aina terus berjalan ke arah lokernya. Tiba-tiba die berhenti. "eh, bersyarat, cikgu.. cikgu jangan marah tau.. saya terdesak sangat ni.." Aina membuat muka meraih simpati.

"iya, cikgu tak marah.." Cikgu Norehan tersenyum segaris.

25 pasang mata memerhatinya. Masing-masing ingin tahu apakah yang dimaksudkan oleh Aina. Lokernya dibuka dengan berhati-hati. Senyuman yang lebar terukir. Dia kembali menutup pintu loker itu.

Biskut gula yang diambilnya disorok. Takut pula pelajar lelaki nampak. Pelajar perempuan tak apa, mereka dah masak dengan perangai Aina..

"apa yang kamu ambil?" soal Cikgu Norehan.

Aina tersengih. Dia mengangkat dua jari menandakan peace. "biskut.." jawabnya selamba.

"biskut? kamu nak buat apa?"

'hish cikgu ni, tanya pulak.. takkan nak minum pula..' bisik hatinya geram. "nak makan. saya lapar, cikgu.. perut saya dah menyanyi lagi dangdut dah ni.." seraya itu, seluruh kelas ketawa.

Cikgu Norehan tidak dapat menyembunyikan senyumannya. "Aina.. Aina.." bisik kecil Affan. Dia tersenyum melihat Aina yang kini sedang menikmati biskut manisnya itu. Kan bagus kalau selalu macam ini? Tak ade lah macam singa kebuluran!


No comments:

Post a Comment