Monday, April 5, 2010
One Time - Chapter 16
Kepala Ayman runsing. Aduh.. Lepas satu masalah, satu lagi datang. Main attack-attack pula.. Ayman yang sedang mengulang kaji pelajaran pada jam 4.30 pagi itu menggaru kepala. Dia baru selesai membuat qiyamulail.
Itulah habitnya setiap pagi, dia akan tidur pada jam 11 dan bangun pada pukul 3 pagi untuk menunaikan solat sunat tahajud, taubat serta solat sunat hajat. Kemudiannya dia akan mengulang kaji pelajaran sehingga jam 5.50 pagi. Dia akan bersiap untuk solat subuh di masjid, kemudian ke sekolah bersama kakak-kakaknya.
"Ayman, saya suka awak.. kenapa awak ignore saya je..?" suara Fatin Norida masih terngiang-ngiang di telinga Ayman.
"ugh!!" Ayman menghentam meja studinya di bilik bacaan kecil bersebelahan biliknya. Fikirannya serabut.
"Ayman.. saya belanja awak minum, jom?" masih, mengjengkelkan Ayman.
"awak, saya.. sibuk.. saya perlu balik sekarang.." Ayman terpaksa membohongi Fatin Norida, dia tidak selesa. Perkara itu membuatkan Ayman terasa bersalah kerana dia tidak dibesarkan untuk menipu.
"awak, kenapa awak asyik berjalan dengan budak tomboy tu? awak ni.. kita kan dah couple?" Fatin menarik lengan Ayman. Nasib baik Ayman memakai baju melayu rasmi pada hari itu kerana hari itu adalah hari Jumaat. Pantas Ayman menarik lengannya.
"bila pulak kita couple?" Ayman memandangnya pelik. Mereka berjumpa di antara blok Alpha iaitu blok sebahagian daripada lower form dan blok Tetha iaitu blok upper form. Blok itu bercantum oleh tangga di tengah-tengah.
"habis, Syuhadah tak bagitahu yang kita mula couple dah?" Fatin berlagak sombong. Ahh, baru Ayman faham. One of those snobish and gedik girls. Tapi Ayman sekadar menahan perasaan geram itu.
Ayman menggeleng.
"well now you know, kita officially a couple.." Fatin memeluk lengan Ayman. Ayman sekali lagi cuba melepaskan diri, gagal. Ayman pelik.
"awak, saya tak mahu couple dengan siapa-siapa sekarang lah.."
"habis tomboy tu?"
"stop calling her a tomboy aight? you don't know her and you don't have any rights to say that she is a tomboy. you are a senior, you should have been more matured, not calling names on your junior.." Ayman menegur Fatin dalam nada yang rendah kerana ramai yang lalu lalang disitu. Riak muka Fatin terus berubah.
"ok.. tapi dengan syarat kita masih couple?" Ayman mengeluh.
"no, Fatin.." Ayman mengucap perlahan. Fatin melepaskan lengan Ayman. Dia seolah-olah mahu menampar Ayman tetapi ditahan oleh Ayman sendiri.
"jangan tampar saya, Fatin. hanya kerana saya lelaki, jangan ambil kesempatan.." Ayman berkeras. Tangan Fatin ditampan berlapik dengan kain yang digunakan untuk mengesat peluh Ayman. Orang-orang yang lalu-lalang terkejut. Tangan kiri Fatin pula pantas bergerak menuju kepala Ayman, Ayman tidak perasan tapi sempat dihalang oleh seseorang.
"don't you dare hurt my brother, Ida.." Nurin datang menyelamat. Ayman melepaskan tangan Fatin dan tersenyum. Mujur kakaknya datang.
"oo, kakak datang selamatkan adik ye.." salah seorang rakan Fatin datang.
"yea, kenapa? ada masalah?" Nurin berlagak samseng. Dia sudah memegang buku nota kecil dan pen hitam di tangan kanannya. Dalila yang lalu-lalang disitu turut berhenti.
"hei, hei kenapa ni? ada masalah?" Dalila yang terkenal dengan ketegasan dan kecantikannya itu bersuara. Riak muka Fatin berubah lagi. Pucat.
"er.. Kak Dalila.. er..." Fatin gelabah. Dia memandang belakang, ada peluang untuk lari.
"er.. pergi dulu.." Fatin pecut pergi bersama rakannya. Ayman masih terkejut dengan tindakan Fatin. Mujur kakak-kakaknya datang.
"boy..! siap tak lagi? dah pukul enam ni.. karang lambat pula nak pergi masjid.." suara Dinie kedengaran dari luar bilik bacaan. Ayman tersentak. Lamunannya pecah terus. Dia memandang jam di tangan kirinya.
"astaghfirullah! jap akak!" Ayman menjerit dan mengemas barangnya. Terus dia keluar bilik dan ke biliknya. Dia memakai uniform sekolah seperti biasa dan terjah keluar biliknya.
"alamak wudhu' belum ambil!" Ayman menepuk dahinya semasa memakai kasut sekolah. Dinie dan Amirah mengeluh.
"ambil dekat masjid lah.. cepat, cepat.." Wahidah menyampuk. Ayman sambung mengikat tali kasutnya dan masuk kereta.
*panjang gak en?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment