Tuesday, April 20, 2010

One Time - Chapter 18


Dua bulan sudah berlalu, percubaan peperiksaan menengah rendah akan diadakan pada esok hari. Mereka sudah cuba sehabis baik dan Ayman telah mencurahkan segala apa yang dia tahu.

"eh Ayman, sebelum kau mula baca al-Mathurat petang ni.. aku mahu tanya.. apa tujuan kita baca al-Mathurat sebenarnya?" Amin bersuara. Ayman tersenyum.

"kita baca al-Mathurat untuk bina hati kita.. doa-doa ini akan dapat membina hati kita apabila kita membiasakan diri kita membacanya.. juga mentadabbur maknanya.." Ayman perlahan mengucap.

"tadabbur maknanya??" Syafiq mengangkat kening.

"tadabbur bukan setakat telitikan maknanya saja, tapi sampai tahap kita menghayati dan cuba amalkan ayat itu sekali.." sekaligus mereka kagum dengan apa yang Ayman sebut. "juga, bila kita dah bina hati kita, kekuatan yang sebenar akan datang.." Ayman menyambung sedikit lagi.

"kekuatan apa?"

"kekuatan 313 orang menewaskan 1000 orang, 1000 orang menewaskan 3000 orang dan 3000 orang menandingi kekuatan 10 000 orang.."

Sam menggaru kepala. "kau cakap nombor-nombor ini.. nombor apa? nombor ekorkah?" lantas gelak tawa pecah berderai. Ayman tersenyum.

"bukan nombor ekor, Sam.. itu nombor-nombor pejuang Islam dan tentera kaum musyrikin dalam pertempuran Badar, Uhud dengan Khandaq.." Ayman menerangkan. Mereka mengangguk faham.

Mereka mula mengikut Ayman membaca al-Mathurat. Selesai itu, Ayman mula memperkenalkan sesi tarbiah yang bakal dijalankan selama empat bulan itu.

"jap, jap.. tarbiah tu amende?" Lufti pelik.


"tarbiah tu adalah satu proses untuk meletakkan diri ke satu tahap yang Allah redha.." Ayman menerangkan. "tapi, tarbiah bukan segala-galanya tapi hendakkan segala-galanya dengan tarbiah.." Ayman menyambung. Mereka mengangguk faham.

"eh korang ni asyik-asyik angguk je.. faham tak? kalau tak faham, tanya lah.. aku open.." Ayman pelik.

"kami faham, jangan risau.. kami dah anggap kau macam ustaz dah.."

"aku tak layak nak digelar ustaz la.." Ayman menafikan.

"apa-apa jelah, sambung la.." Sam khusyuk mendengar. Ayman tersenyum.

"kalau kita hendak berjaya dalam pelajaran, hendak menjadi hebat dalam kepimpinan, hendak menjadi hamba Allah yang baik, semua memerlukan tarbiah.." Ayman menyambung lagi.

“jadi sekarang.. kita kena banyakkan solat sunat, solat rawatib pun sama.. malam ni korang tidur rumah aku kan, so pukul 3 nanti kita bangun buat qiamulail sama-sama.. sekarang dah pukul 5.30 petang, jom keluar jogging.. studi macam mana pun, ibadah macam mana pun, kesihatan jangan abaikan..” Ayman bangun dan mula bersiap untuk bersukan.


No comments:

Post a Comment