Tuesday, April 20, 2010

One Time - Chapter 19


Satu bulan lagi, PMR bakal menjelma. Ayman masih dengan proses latihan jiwa serta tarbiahnya bersama Amin, Azim, Lufti, Zuqi, Sam dan Syafiq. Mereka kini bersatu teguh. Iman mereka semakin kuat, hubungan antara Amin dan Syafiq semakin pulih dan Amin kini dapat memaafkan Syafiq sepenuhnya. Dari segi persahabatan antara orang lain pula.. Ayman masih lemah.

“Assalamualaikum..” satu suara menyapa. Ayman tersenyum.

“wa’alaikum salam.. lambat pula hari ini?” Ayman menegur.

“maaflah, Aini ada hal sikit tadi..” suara itu memohon maaf dan duduk dihadapan Ayman. Mereka bersetuju untuk mengadakan studi grup bersama setiap petang sebelum mengadakan studi grup di rumah Ayman pada jam 4 petang.

“tak apa, hari ini Ayman mahu Aini buat latihan yang Ayman sediakan ini..” Ayman menyuakan sekeping kertas yang tertera diatasnya,

'SEJARAH'. Aini mengeluh. Inilah subjek yang paling lemah baginya. Dia mengeluarkan alat tulis. Dalam sedang membuat latihan yang diberi, dia memandang Ayman yang tekun membuat latihan Sains. Latihan itu diberi oleh Aini semalam, masih tidak dapat disiapkan hari ini..

Dalam hati Aini, terselit juga perasaan suka dan sayang terhadap Ayman. Ayman masih pura-pura tida tahu walhalnya dia juga merasakan perkara yang sama. Dia masih mengelak.

“Tengku Ayman Tengku Ariff..” Aini memanggil lembut. Ayman terus mengangkat mukanya dan memandang Aini serius. Kaca matanya dipakai sewaktu belajar, memang serius benar mukanya.

“ya, Aini Atikah Kahar?” Ayman memerli. Dia tersenyum.

“petang ini, apa kata kita wrap up awal sedikit?” Aini memberi cadangan.

“mengapa? Saya semangat untuk buat latihan kemahiran hidup selepas selesai latihan sains ini..” Ayman menunjukkan ke arah kertas dihadapannya.

“saya mahu sambung sesi luahan perasaan semalam..” Aini mengalihkan pandangan.

“apa kata awak cakap sambil buat latihan?”

“macam mana mahu fokus?” Ayman tersipu malu.

“sengaja saya test awak..” Ayman cuba menutup malu. Aini tergelak kecil.

“eleh nak cover lah tu..” Aini memerli.

“mana ada.. dah, dah.. buat kerja.. 3.30 kita sambung sesi semalam.. saya mahu latihan awak tu siap dalam masa 15 minit..” Ayman menyambung buat kerja dalam keadaan yang malu.

“oh ye, no referring okay..” Ayman memberi amaran. Aini mengeluh.

*****

“sebenarnya.. bila Aini mula-mula kenal Ayman dulu, i thought you were just like the others sebab gaya pun serupa.. macam orang nak mengurat.. i’m just so sick of it so, Aini pun buat kasar jela..” Aini menyambung cerita. Buku sudah dikemas.

“hehe..” Ayman tersengih.

“but when i knew you, you are totally different, Ayman.. you’re just like... like...” Aini gagap. Ayman memahami.

“like your brother is it?” Ayman meneka. Aini memandang Ayman. Dia cuba membaca muka Ayman tetapi gagal.

“macam mana tahu?”

“adalah, informer Ayman ramai, tahu..” Ayman menjelir lidah.

“ini mesti kerja si Ieka.. kan?” Aini meneka.

“entah..” Ayman selamba.

“ha iyalah tu..” Aini membalas jeliran lidah. Ayman tersenyum. “apa lagi dia bagitahu Ayman?”

“hmm... entah la..” Ayman masih selamba.

“Ayman..”

“ye, Aini..” Aini mengeluh. Penatlah dengan loyar buruk mamat ni..

“ha yelah, yelah Ayman bagitahu.. karang teriak pula..” Ayman mengejek. Aini memukul lengan Ayman yang berada jauh dihadapnnya itu. Ayman tergelak.

“tak ada lah.. dia cerita kepada Ayman.. Aini ni orangnye manja.. tapi sejak what happened two years ago.. Aini terus hilang semangat all that.. then dia cakap.....” Ayman sengaja melengahkan. Aini geram. Dia mengangkat tangan untuk memukul lagi, Ayman menahan.

“ok, ok.. Ayman cerita.. chill lah.. dia cakap, Aini cerita pasal Ayman dekat dia.. itu je..” Ayman menamatkan ceritanya. Aini membeliakkan biji mata seolah-olah tidak percaya.

“kenapa ni?” Ayman pelik.

“sure dia tak cakap apa-apa lain dah?” Ayman mengangguk.

“positive?”

“yep..”

“sure?”

“very sure..” Ayman memandang jam. Sudah pukul 3.50 petang. Dia perlu bergegas pulang kerana sesi studi grup serta tarbiah akan bermula lagi sepuluh minit. Dia tidak suka lambat.

“Aini, Ayman gerak dulu eh.. Assalamualaikum..” Ayman pantas bangun dari kerusi plastik milik perpustakaan awam Bandar Baru Salak Tinggi itu. Aini mengangguk. Dia menyambung sedikit kerja.

“oh ye..” Ayman patah balik ke arah meja yang diduduki oleh Aini. Aini mengangkat kepalanya. Dia juga mengangkat kening menanti jawapan.

i like you too..” lalu Ayman pergi dengan selamba. Aini terkedu; terdiam seribu bahasa. Tidak mampu berkata apa-apa. Speechless bak kata orang inggeris. Ayman tersenyum walaupun perlu bergegas pulang.



No comments:

Post a Comment