Friday, April 2, 2010
One Time - Chapter 12
Dalam perjalanan pulang ke rumah Ayman, mereka bersembang kosong. Juga bercakap tentang apa yang mereka akan berbincang sebentar lagi. Dalam keperitan petang itu, cahaya matahari menyinar dan peluh tak henti mengalir di muka juga badan mereka.
Tiba di satu kawasan perumahan, Sam menegur.
"weh Man, kau sure ke ni jalan nak ke rumah kau?" mereka berhenti berjalan. Ayman memandang Sam pelik.
"maksud kau?"
"yela, inikan kawasan perumahan rumah-rumah dato' je.." Ayman tahu, Sam hanya meluahkan apa yang dia rasa. Sam adalah yang paling kecil di antara mereka bertujuh, kali ini termasuk Syafiq. Amin telah memaafkan Syafiq. Alhamdulilah, kan?
Kadang-kadang mereka menggunakan panggilan manja seperti Abang, Angah, Acik, Alang, Adik, dan Acu. Syafiq dipanggil Fiq sahaja.
Ayman sekadar tersenyum dengan jawapan Sam. Dia sambung berjalan. Amin berbisik kepada Sam;
"kau ikut jela.. aku percaya, ada jela muslihat dia.. nak trick kita je ni.." mereka tidak sedar, Ayman mendengar bisikan mereka. Dia sekadar tersenyum. Mereka berjalan melepasi beberapa buah banglo mewah, kemudian berhenti di satu banglo dua tingkat berpintu pagar tinggi dan agak mewah.
"sampai.." ucap Ayman perlahan mengeluarkan kunci rumah dari beg sekolahnya.
"ni ke rumah kau?" Azim terkedu. Ayman mengangguk. Syafiq juga terkedu. Bila dia mendapat tahu Ayman anak dato', tak pula expect mewah macam ni.. Terlopong mulut dibuatnya bila pintu otomatik dihadapan mereka terbuka luas. Sebuah motosikal modenas GT128 berwarna hijau-hitam kelihatan parkir di halaman rumah.
Ayman mula berjalan memasuki halaman rumahnya dengan selamba. Dia baru perasan mereka tidak mengikutinya dari belakang. Dia berhenti berjalan dan memusing.
"apasal korang tak masuk?"
Azim tersengih. "tuan rumah tak ajak.." Ayman tersengih juga.
"dipersilakan, masuk tuan-tuan.." Ayman mengejek. Lalu mereka melangkah masuk sambil terpinga-pinga melihat sekeliling. Pintu utama dibuka. Lagi lah mereka terkejut. Mereka duduk di ruang tamu rumah banglo dua tingkat yang besar dan mewah itu.
"korang nak mandi, ada 5 bilik air.. kalau nak lepak ke apa, ruang tamu ada dua, satu sini, satu kat atas.. kalau nak mandi mewah sikit, swimming pool ade kat belakang.." Ayman membuka tali lehernya. Apabila Ayman menyebut swimming pool, terus mereka membeliakkan mata mereka.
"swimming pool?"
"gile kaya kau.."
"tak pernah cerita kat kitaorang pun.."
Ayman tersenyum. "dah.. dah.. pergi mandi dulu.. aku siapkan baju korang.. nanti dalam pukul 3 kita mula studi.. kumpul balik kat sini 2.45.. tuala banyak dekat dalam bilik air.."
Mereka mula bergerak menaiki tangga rumah itu. Ayman mengemas sedikit rumahnya.
"fuiyoo! besarnye ruang atas ni!!" suara Zuqi kedengaran. Disambut tawa mereka. Ayman yang berada dibawah bersama Syafiq tertawa.
"mak oi besau nye bilik air ni!" suara Lufti pula kedengaran.
"aku nak mandi dulu!!" Azim meluru.
"takde, aku dulu! aku chop bathtub tu!" Sam membalas.
Ayman menggeleng dan tersenyum mendengar gelagat sahabat-sahabatnya itu.
*amacam? :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment