Monday, April 5, 2010

One Time - Chapter 17


"weh Ayman, PMR dah dekat ar.. trial pun dah dekat.. trial dua bulan lagi, PMR empat bulan lagi.. gila do.." Lufti menolak bahu Ayman. Ayman tersenyum. Dia memandang Sam dan Lufti di kiri dan kanannya.

"ha tengok tu, dia mula senyum dah.." Azim menyampuk. Mereka tergelak.

"takde, aku ada plan sekarang.." Ayman membuat muka seperti saintis. Mereka sekumpulan duduk berdekatan meja Ayman untuk berbincang. Sekarang sepatutnya waktu Sejarah, tetapi Cikgu Adi tidak hadir, mereka membuat hal mereka sendiri.

"story la beb.." Syafiq menerjah.

"apa beb-beb?" Ayman pura-pura memarahi. Syafiq membuat muka terkedu. Ayman terus tersengih. Syafiq melepaskan nafas lega.

"kau ni.. macam nak terkam aku pun ada.." Syafiq menolak bahu Ayman walaupun berada dihadapannya. Ayman tergelak kecil.

"ha, cerita lah plan kau.." Zuqi menyampuk. Ayman tersenyum. Dia mengeluarkan sekeping kertas dari laci mejanya dan sebatang pen dari poketnya.

Ayman menulis dan terus menulis. Kepala Zuqi, Syafiq, Amin dan Azim terpulas akibat mahu tengok sendiri apa yang ditulis oleh Ayman. Selesai Ayman menulis, Zuqi, Syafiq, Amin dan Azim masih cuba meneka apa yang ditulis oleh Ayman. Lalu Ayman mengenakan mereka.

"ha!!" Ayman menyentap mereka.

"hoooooooo!!" Zuqi, Syafiq, Amin dan Azim serentak melatah. Ayman, Sam dan Lufti gelak terkekeh-kekeh.

"ish kau ni Ayman.. jahatlah.." Azim, walaupun yang paling tua diantara mereka, juga terkenal dengan sifat manjanya merajuk.

"aiseh.. korang kenakan aku tak apa pula, aku nak kenakan korang, tak boleh?" Ayman membalas semula. Terdiam. Lufti masih tergelak.

"kau gelak-gelak apa, Luf?" Azim menolak lengan Lufti yang digunakan untuk menongkat dagunya. Lantas kepala Lufti jatuh ke atas meja. Gelak tawa pecah. Lufti yang sakit juga turut menggelakkan dirinya.

"dah, dah.. ini, plan aku untuk empat bulan yang akan datang.." Ayman membalikkan kertas itu supaya mereka mudah membaca. Perlahan-lahan mereka membuat muka pelik.

"proses tarbiah?"

"qiyamulail setiap malam?"

"studi grup setiap petang di rumah Ayman?"

"tasbih kifarah, doa Rabitah?"

"latihan jiwa?"

Semua memandang Ayman pelik. Ayman masih tersenyum. Dia mengangguk.

"eh kejap, aku lupa nak tulis satu lagi.." Ayman menulis sesuatu di bawah kertas itu. Lalu mereka membaca.

"bawa cara pelajaran Islam ke studi grup?" semua membaca serentak. Geliga betul otak mamat ni..

"kau ni biar betul?" Amin perlahan bersuara. Ayman masih tersenyum.

"aku rasa aku faham kut.." Zuqi bersuara. Ayman senyum lagi. "Ayman cuba bawa Islam ke masyarakat sebab sekarang ni banyak sangat kes pelajar tiru semasa peperiksaan.. tapi kalau takat tak tiru masa peperiksaan pun tak cukup untuk tunjuk Islam ni mulia, kita kena tunjuk semangat nak capai kejayaan tu.. juga kita kena ada tarbiah dalam diri, dan latihan jiwa.. betul tak, Ayman?" Zuqi menyambung bicara. Mata mereka berlima tidak berkelip mendengar penjelasan Zuqi.

Ayman masih tersenyum. Dia mengangguk.

"betul cakap Zuqi, aku betul-betul harap dua bulan cukup untuk percubaan dan empat bulan cukup untuk peperiksaan yang sebenar.." Ayman bersuara. Mereka lagi mula mengangguk faham. Ayman tersenyum.

"banyak betul idea kau eh, Ayman.." Syafiq bersuara. Ayman sekadar tersenyum. Ayman bangun dan berjalan menuju ke arah 'locker' yang baru dipasang beberapa minggu yang lalu dengan tajaan pihak sekolah.

"kalau korang nak tahu, Ayman lah salah seorang peneraju Islam zaman sekarang.. dia berusaha untuk menunjukkan sikap pembawa Islam yang sebenar ke masyarakat, paling dekat pun, ke sekolah.." Zuqi berbisik kepada mereka. Mereka mula mengukirkan senyuman dan memandang Ayman di belakang kelas.

No comments:

Post a Comment