Wednesday, April 14, 2010
Bab 1 - Perjuangan Belum Berakhir
Tahun yang baru sudah tiba, maka semakin tua lah usia kita. Begitu juga dengan Ayman. Baru sahaja tahun lepas, tarikh yang sama, dia mendapat tahu bahawa ibu dan ayahnya meninggal dunia akibat letupan enjin kapal terbang yang dinaiki oleh mereka sewaktu dalam perjalanan ke Los Angeles, Amerika Syarikat atas urusan kerja.
Ayman tersenyum walau dalam keperitan. Dia terkenang akan belaian dan dakapan ibu dan ayahnya. Ahh betapa rindunya dia. Tiba-tiba satu bunyi mencelah sepi dihening pagi.
ID Caller - Aini Atikah
Ayman tersengih. Tepat pada waktunya. Lalu butang hijau ditekan. Satu suara yang amat dikenalinya bersuara memberi salam lalu dijawab olehnya.
"awak dapat mana-mana tawaran tak?" Aini bersuara sopan.
"erm.. belum lagi.. agaknya melepas lah peluang saya mahu ke MCKK.." Ayman bersuara sayu.
"eh apa ini? awak yang ajar saya erti jangan berputus asa, sekarang awak dah mahu putus asa? baru first intake.. ada lagi tiga tu.. sabar.." Aini menenangkan Ayman. Ayman tersengih.
"sebenarnya kan.." Ayman bersuara dalam keluhan. "saya akan berangkat ke Jerman bersama kakak sulung saya selama lima bulan.." Ayman bersuara perlahan. Aini terkedu.
"ooh.." suaranya sedih. Ayman mengeluh.
"Luft, Sam, Azim, Amin, Zuqi dengan Syafiq ada.. diaorang pun tahu cara saya.. tengok diaorang kalau rindu.." Ayman mengusik dalam sengihan. Aini terus tergelak dalam senyuman.
"tak mahu lah.. diaorang, tak macam awak.." Aini bermanja.
"mestilah diaorang tak macam saya, saya.. saya lah. diaorang, diaorang lah.." Ayman membalas spontan. Loyar buruknya dibalas dengan gelak tawa.
"awak ni, sehari tak sakat saya, tak boleh ke?"
"tak boleh"
"sudahlah, saya mahu bersiap. hari pertama pun takkan mahu lewat?" Aini bersuara riang.
"saya nak makan pagi ini, jumpa di sekolah ya.." Ayman menjawab.
"okey"
"selamat pagi, assalamualaikum.."
"wa'alaikum salam.." belum sempat Aini meletak gagang telefon, Ayman bersuara pantas.
"eh kejap.. kejap!"
"apa lagi? saya mahu pakai tudung ni.." Aini bersuara rimas.
"i still like you.." Ayman tersengih dan meletak. Aini juga turut tersengih walaupun mukanya sedang merah akibat menahan malu. Padahal dalam hati sedang berbunga.
Ahh, ungkapan itu masih belum lengkang.. Bagus, bagus..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment