Friday, April 2, 2010

One Time - Chapter 13

"sekarang ni.. aku nak kau story kat kitaorang.. macam mana kau boleh ada rumah besau ni.. kalah si Afnan anak dato' fames tu.." Sam menginginkan jawapan. Mereka baru selesai solat asar dan membuat perbincangan sains dan matematik. Ayman tersenyum.

"maafkan aku, aku tak bagitahu korang.." Ayman memulakan bicara. Amin, Azim, Zuqi, Lufti, Syafiq dan Sam masih setia menunggu sambungan. Ayman menarik nafas dalam.

"nama penuh aku, Tengku Ayman bin Tengku Ariff.. papa aku.. er.." Ayman masih gagap. 'mungkin belum sedia kut nak cerita..' detik hati Lufti yang memahami. Dia dapat membaca wajah Ayman.

"kalau kau rasa kau tak selesa nak cerita, tak apa.. kitaorang tak paksa.." Lufti bersuara. Sam cuba memahami walaupun dia memang mahukan jawapan dari Ayman. Ayman tersenyum.


"takpe.. aku rase dah cukup lah dua bulan aku berahsia.." Ayman menarik nafas lagi. "papa aku.. pemilik Equatorial holdings.. rumah besau ni.. milik dia dan mama aku.. mama aku pulak.. kerja dengan papa aku.. sebenarnya.. aku taktahu pun kerja sebenar papa dan mama aku sampailah....." ayatnya tergantung. Dia cuba menyusun ayat.

Tiba-tiba Zuqi terfikir. Dimanakah ibubapanya pada saat ini, juga kenapa mereka tidak pernah mendengar cerita tentang keluarganya.

"..sampailah apa?" Azim bersuara. Ayman mengeluh.

"sampailah.. mama dengan papa aku meninggal tiga bulan dulu.." beban terasa diangkat. Dia melepaskan nafas perlahan. Zuqi tersentak. Soalannya terjawab secara tidak langsung.

"habis, kau tinggal dengan siapa dalam rumah ni?" Amin tidak berfikir sebelum bertanya. Ayman tersenyum.

"kakak-kakak aku lah.. lima orang semuanya.." Ayman cuba ceria. Menjadi..

"oh.. tapi kau anak orang kaya, kenapa sanggup makan dengan kitaorang dekat kantin, lepas itu belajar dengan orang yang tak seberapa macam kitaorang ni..?" Syafiq bersuara. Ayman menggeleng.

"harta di dunia ni sementara je.. segalanya dari Allah.. rezeki ni melimpah-limpah berkat usaha kakak aku, mama papa aku, datuk moyang aku sume.. diaorang usahakan perniagaan yang diaorang idamkan, then papa aku sambung legasi tu.. yang membezakan kita dengan orang lain hanya iman dan taqwa dalam diri.." Ayman secara tak langsung memberi tazkirah ringkas. Itulah habitnya, dalam bersembang, pasti akan diselitkan tazkirah dan nasihat.

Mereka terdiam. Terkejut. Tidak mereka sangka, Ayman bin Ariff pelajar baru SMKBBST yang bersikap selamba, straight foward, warak dan ikhlas rupa-rupanya anak Dato' Tan Sri Haji Tengku Ariff, jutawan negara dan salah seorang penyumbang besar dalam bidang perhotelan. Masing-masing terfikir.

Orang yang tidak mempunyai ibubapa, masih tabah mengharungi hari-harinya dengan semangat. Masih seronok belajar dan masih ikhlas menerima ajaran dari guru-guru.

"dah, dekat pukul 5 dah.. jom aku minta kakak aku hantar korang balik.." Ayman bangun dari sofa tingkat bawah. Mereka turut bangun untuk berdiri. Masing-masing memakai t-shirt yang dipinjam oleh Ayman.

Mereka tersenyum dan bergerak ke arah beg sekolah mereka. Ayman naik ke atas dan memanggil Kak Amirah yang telah balik awal tadi semasa mereka sedang makan.

Dalam perjalanan untuk menghantar mereka berenam pulang, Ayman banyak berfikir. Yang lain, dah lena di belakang kereta walaupun perlu berhimpit dalam kereta MPV itu.

Ayman risau akan kondisi kesihatan juga pelajarannya. PPT semakin dekat bermaksud PMR juga semakin menghampiri. Ayman bercita-cita untuk untuk memasuki MCKK (Malay College Kuala Kangsar) dengan harapan mahu meneruskan legasi keluarganya yang telah bersekolah di sana sejak penubuhan sekolah itu lagi.. Termasuklah ayahnya, Tengku Ariff.

Ayman gagal untuk memasuki MCKK pada tingkatan satu kerana dia jatuh sakit disaat akhir. Sewaktu mengambil peperiksaan UPSR, kertas sains dua, dia batuk darah dan hanya sempat menyiapkan empat soalan. Oleh kerana kertasnya dihantar tanpa menyiapkan soalan terakhir, dia mendapat B dalam matapelajaran Sains. Dia berhasrat untuk menebus semula dan mencapai 9A dalam PMR pula.

Inspirasinya untuk kembali bersemangat telah muncul. Gadis itu, dia.. istimewa.. Tak dilupakan demi ibubapanya dan juga untuk Allah. Itulah pegangan yang dia pegang sejak dahulu. Dia dididik untuk buat perkara kerana Allah. Hidup, belajar, kerja, makan, minum, solat, bersukan, bersilat dan sebagainya dengan nawaitunya, "Lillahi Ta'alaa"; Kerana Allah Ta'alaa.

Ayman tersenyum sendirian sementara kesesakan jalan raya reda. Radio dipasang dalam nada yang rendah kerana tidak mahu menganggu sahabat-sahabatnya tidur.

No comments:

Post a Comment