Saturday, April 17, 2010

Bab 2 - Perjuangan Belum Berakhir


"..sekali lagi, saya mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi.. janganlah malu-malu untuk menegur sapa kami tak kira senior mahupun guru.. sekian, wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh.." Ayman mengakhiri ucapannya semasa upacara minggu orientasi. Ayman, selaku President PRS BBST High School perlu mengetuai minggu orientasi pelajar baru tingkatan satu.

Tepukan gemuruh kedengaran. Ayman tersenyum dan mulai turun dari pentas Dewan Sigma, SMKBBST. Sebaik tuan pengetua serta PK HEM keluar dari dewan, Cikgu Faridah mengambil alih majlis.

"assalamualaikum dan salam satu malaysia buat semua.. pihak PRS sudah mengaturkan minggu orientasi buat kamu semua.. jadi saya serahkan majlis kepada.. Abang Ayman kamu lah.." Cikgu Faridah memandang Ayman dibawah. Ayman pantas bangun dan naik ke pentas.

"okeh, sudah tersedia beberapa kumpulan untuk korang semua.. tapi sebelum kumpulan ini terbahagi, saya nak minta sesuatu, boleh?" Ayman mesra sahaja dengan pelajar-pelajar baru itu.

"boleh!!" jerit semua. Ayman masih tersengih.

"memandangkan kebanyakkan korang adalah muda dari saya.. mahu minta panggil kami ahli PRS yang bakal jadi fasilitator korang, panggil yang lelaki, Abang dan yang perempuan, Kak. boleh tak?" Ayman tersengih. Pelajar tingkatan satu menjerit boleh. Ayman tergelak kecil.

"bagus.. macam ni lah adik-adik abang.." Ayman memuji. "ok, kamu semua ada 150 orang.. sepuluh orang akan bersama seorang fasilitator.. diminta para ahli PRS naik ke pentas.." Ayman bersuara gembira.

*****

"buat pengetahuan adik-adik abang.. hari ini adalah hari terakhir abang Ayman korang kat sini.." Lufti, salah seorang fasilitator pada minggu orientasi itu bersuara memberitahu. Semua memandang sayu. Hari itu adalah hari Jumaat.

"abang Ayman nak kemana?" satu suara bertanya. Mereka sayu tiba-tiba. Ketika itu mereka sedang berkumpul sementara menunggu kelibatan Ayman yang katanya mahu ke kelas untuk mengemas.

"dia akan ke Jerman, ikut kakak dia ke sana.. ala.. lima bulan je.. lepas itu insyaAllah dia balik ke sini.." Lufti menceriakan keadaan. "okey, untuk menyambut pemergian dia, kita akan buat parti sedikit..-" belum sempat Lufti menghabiskan ayat, mereka bersorak riang. "wooshh.. sabar, sabar.. abang belum habiskan ayat.." Lufti menyekat sorakan mereka. Mereka terdiam.

"amboi, orang cakap parti je, seronok ye?" Lufti mengejek. Mereka tergelak. "sebaik dia masuk nanti, semua jerit suprise ok?" Lufti memberi arahan. Semua menjerit, "OK!!"

*****

"awak.. take care, tahu?" Ayman memandang Aini. Aini mendongak kepala dan mengangguk. Dia tersenyum.

"awak tu, tahu mandi hujan je.. kat Jerman dah lah sejuk.. ingat kuat sangat ke anti-bodi awak tu?" Aini menolak bahu Ayman kasar. Ayman tersengih.

"of course..." Ayman masih tersengih.

"eleh, perasan.." Aini mencebik. Ayman tergelak kecil.

"eh, jomlah ke dewan.. tunggu lama pula adik-adik tu.." Ayman mula mengorak langkah. Aini cemas.

"eh tunggu!" Aini menjerit spontan.

"apa?"

"er.. kejap la dulu.."

"kenapa?"

Aini ligat berfikir untuk mengeluarkan kata-kata. "esok, awak ke lapangan terbang pukul berapa?" Ayman mengangkat kening. Ini kali pertama dia tidak senyum kepada pertanyaan sesiapa.

"kenapa awak tanya?"

"saja.."

"9 pagi kena ada dah.. awak mahu ikut, ke?" Ayman sengaja mengejek.

Aini tersenyum. "boleh juga.." Ayman terkejut. Dia tergelak lalu disambut oleh gelak tawa Aini. Aini terlihat isyarat oleh Aqilah di belakang Ayman lalu mengajak Ayman ke dewan.

"eh, nak ke dewan pula.. tadi.. tak bagi?" Ayman pelik.

"dah boleh.. hehe.." Aini terus mengorak langkah. Ayman mengikut tanpa soal. Sebaik pintu dewan dibuka dan Aini masuk, terus ditutup. Ayman terkejut. Pintu dibuka oleh Ayman.. lampu terbuka..

"suprise!!" Ayman tersengih.



No comments:

Post a Comment