Thursday, April 1, 2010

One Time - Chapter 10


Fikiran Ayman kembali serabut. Peperiksaan pertengahan tahun semakin dekat. Dua minggu je lagi. Ahh, dua minggu tu kejap je.. Study group perlu dikerapkan, ibadah perlu ditambah, doa dan keredhaan ibubapa jugak diperlukan. In this case, keredhaan kakak-kakak lah..

"Luf, aku rasa.. kita tambahkan study group time kita nak? dua minggu je lagi nak PPT.." Ayman memulakan bicara selepas ligat berfikir.

"kat mana pulak nak buat? library dah serang, McD dengan Starbucks pun dah serang.. rumah aku, azim, amin, sam dengan zuqi pun dah.." Lufti membalas. Ayman pun tiba-tiba mendapat idea.

"rumah aku korang belum serang.. petang ni, balik dengan aku jom.." Ayman mengajak. Tetapi dia juga berfikir balik dua kali tentang itu.

"tak bawak baju spare lah.." Sam dari tadi mendengar terus menyampuk. Disokong pula oleh Azim, Amin, Zuqi dan Lufti. Ayman tersenyum.

"kau ni, asal ada masalah je, kau senyum. wayar kau tak pernah disambungkan balik ye?" Zuqi akhirnya meluahkan perasaan. Mereka enam sekawan tergelak.

"bukan lah, Qi.. aku diajar untuk sabar dan redha atas apa jua halangan. tapi ini bukan halangan bro, kat rumah aku belambak baju.. korang pun saiz aku je kut.. boleh je pakai baju aku.." Ayman menepuk bahu kiri Zuqi. Mereka terus tersenyum.


"macam tu, rehat nanti kitaorang telefon mak ayah kitaorang.." Azim wakil mereka memberitahu. Mereka sekadar mengangguk. Walaupun sudah dua bulan mengenali Ayman, mereka masih tidak tahu identiti sebenar Ayman, juga latar belakang dan keluarga Ayman. Mungkin hari ini, mereka bakal ketahui.

Loceng berbunyi, waktu Sains bermula. Cikgu Fazilah masuk ke kelas. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran bermula seperti biasa. Hari ini, Syafiq hadir ke sekolah walaupun lewat. Tetapi penampilannya tampak berbeza. Memanglah dia berpakaian macam pelajar biasa tapi, ada sesuatu yang membuatkan dia kelihatan berlainan dari sebelum ini: cahaya keinsafan dalam diri.

Dia tidak lagi selalu monyok dan sombong. Dia senyum kepada semua orang. Paling mengejutkan, dia meminta maaf kepada semua yang dia pernah kasari. Dia mengucapkan terima kasih kepada Ayman semasa matapelajaran Sains berakhir.

"Ayman, terima kasih banyak-banyak.."

"untuk apa?"

"kau dah sedarkan aku.. walaupun kau tak sedar kau dah sedarkan aku.."

"Syafiq, aku sekadar menasihati, Allah yang gerakkan hati kau untuk berubah. Tapi apa-apa pun, alhamdulillah kau berubah.. aku nak minta maaf kalau aku tersepak dan sepuk kau kuat sangat hari tu..." ucapan Ayman disambut oleh gelak tawa Syafiq. Semua memandang mereka pelik. Lagi-lagi Azim, Amin, Zuqi, Sam dan Lufti. Mereka berlima cukup anti dengan si Syafiq..

"aku nak minta maaf dengan geng kau.. tapi diaorang macam nak makan aku je.."

"haha.. takde apa lah.. jom.." Mereka berpaut bahu dan berjalan ke arah meja Sam dimana mereka berlima sedang bersembang.

"Azim.. Amin.. Farzuqi.. Samudera.. Lufti.. aku minta maaf dengan korang.. aku tahu aku banyak anaiya korang.. aku juga banyak hina korang padahal aku yang hina.. maafkan aku ye, kawan.."

Ayman tersenyum. Semua memaafkan Syafiq kecuali Amin. Dia masih membara akibat apa yang Syafiq pernah lakukan kepadanya. Dia cuba untuk memaafkan tetapi hatinya mengatakan untuk pulih dulu sebelum memaafkan walaupun Ayman berkali-kali mengulang semasa tazkirah ringkas pagi mereka;

"Rasulullah pernah cakap, memaafkan itu adalah mulia.. jadi sentiasa meminta maaf dan memaafkan.. kita tak tahu bila kita akan pergi.. mungkin esok, mungkin lusa, mungkin kejap lagi.."

Oleh kerana masih marah, Amin sekadar mendiamkan diri dan tidak menyambut tangan Syafiq bila dia menyua untuk menyalam. Amin memandang Syafiq tajam. Syafiq memahami lalu mengundur diri.

"eh, apa kata kau join kitaorang studi petang ni..?" Sam mengajak spontan. Terus Amin memandang Sam. Sam terkedu dengan pandangan Amin yang tajam, tidak pernah dilihat sebelum ini. Amin benar-benar marah. Tersinggung dalam banyak cara. Walaupun perkara itu sudah lama berlalu, tetapi luka dihatinya sukar untuk diubati.

Amin mendapat lima jahitan di kepala oleh kerana perbuatan Syafiq. Dia geram. Dia mahu menghempuk Syafiq disitu tetapi ditahan oleh Ayman. Ayman faham.

Waktu seterusnya adalah Bahasa Arab. Ustazah tidak pula hadir jadi waktu itu adalah waktu bebas. Ayman mengajak Amin ke surau. Lantas dia ikut tanpa memandang wajah Syafiq. Syafiq terasa bersalah.

No comments:

Post a Comment