Monday, March 29, 2010

One Time - Chapter 8

Malam itu Ayman merenung di balkoni biliknya. Dia memandang langit yang terbentang luas, bintang-bintang berkelipan. Dia terkenangkan ibubapanya. Hatinya tersentuh. Ahh, mulalah nak mengalir..

Air matanya jatuh.

Dia benar-benar rindu akan ibubapanya. Walaupun dia kelihatan gembira, hanya Tuhan yang tahu perasaannya dalam hati. Dia mengharapkan ibunya yang menemaninya ke sekolah pada hari pertama, dia mengharapkan ibunya yang mengambilnya dari sekolah pada setiap hari. Dia mengharapkan bapanya yang membawanya ke litar go-kart milik keluarga mereka di Pahang.

'Alangkah seronok jika mereka masih hidup,' detik hati Ayman. Dia tersenyum tiba-tiba. Perasaannya bercampur baur. Bersalah, seronok, sedih, gembira, gubra, dan.. dan.. Ahh, rasa syok sendiri pun ada! Dia teringatkan si gadis yang memukaunya hanya dengan satu senyuman.

Dia juga berasa bersalah kepada Syafiq. Dia patut melarikan diri bila sempat dan bukan membelasahnya di situ. Silap besar. Dia tidak diajar untuk membalas pukulan, cacian mahupun kutukan oleh sesiapa. Dia diajar untuk bersabar. Dia bertekad, dia mahu memohon maaf kepada Syafiq pada hari esok, jika Syafiq tidak hadir, dia akan ke rumahnya sendiri.

*****

"Lufti, kau nampak.. Syafiq?" Ayman yang baru sampai ke kelas, terus bertanya kerana tidak nampak kelibatan Syafiq. Selalunya, bila Ayman sampai, Syafiq sudah ada. Kalau tak pun, begnya pasti ada.

"nampak.."

"mana?" Ayman cemas.

"semalam." selamba Lufti menjawab. Ayman terus mencuka masam. Sakit hati do..

"ih kau ni.. aku serius lah.."

"hehe.. takde, aku tak nampak dia.. tapi aku dengar, Fazli bagitahu aku, dia kena belasah.." Ayman terus cuak.

"eh? kau kenapa?" Ayman cuba menutup perubahan reaksinya.

"takde apa-apa.. aku ada benda yang perlu dibincangkan.." Ayman duduk. Dia beristighfar.

"kenapa ni? kau biasa pagi-pagi ni bagi tazkirah kat kitaorang.. tak pun, baca al-Mathurat dengan kami.." Sam pula datang. Azim, Amin dan Zuqi juga datang duduk bersama. Itulah tabiat mereka setiap pagi sejak Ayman hadir di sekolah itu. Oleh kerana sekolah itu semua pelajar Islam sahaja, senanglah Ayman mahu memberi tazkirah kepada para pelajar lain yang sudi mendengar..

"aku hilang mood tiba-tiba.. korang baca lah pulak.. aku dengar je.." Ayman bertukar serius.

"kau jangan tipu kitaorang.. kau sendiri cakap.. tipu dosa, mati seksa, masuk api neraka, Allah tak su..-" sebelum Amin sempat menghabiskan ayat, Ayman memotong.

"..yelah, yelah.. i just have a lot on my mind.." spontan Ayman berbahasa inggeris. Dia benar-benar kelihatan seperti kekurangan sesuatu. Lalu Zuqi pun mula mengetuai bacaan al-Mathurat mereka pada pagi itu. Selalunya mereka bergilir mengetuai bacaan. Semalam Ayman, hari ini Zuqi, esok Azim, kemudian Amin, Lufti dan Sam.

*****

Waktu rehat dihabiskan di taman sains sekolah. Dia teringatkan kejadian semalam. Dia tersenyum.

"assalamualaikum" satu suara menyapa. Dia terkejut. Terus kepalanya diangkat dan memandang suara itu. Terus Ayman tersenyum.

"wa'alaikum salam.."

"apasal termenung?"

"saja.. teringat semalam.." Ayman masih tersenyum. Lesung pipitnya kelihatan manis.

"yelah tu.. boleh saya duduk?"

"silakan.."

"pagi tadi.. saya terdengar awak dengan kawan-kawan awak baca al-Mathurat.. dah dua minggu korang baca eh.. baguslah.."

Ayman sekadar tersenyum.

"kenapa awak nak berkawan dengan saya?"

"entah, rasa macam dah berabad saya kenal awak.." Gadis itu tertawa.

"awak, kita baru hidup satu dekad setengah.."

Belum sempat Ayman membalas, satu suara mencelah.

"woi Ayman! Cikgu Amru panggil!!" Lufti. Dia mengeluh.

"saya pergi dulu.." Ayman bangun dengan sopan. Gadis itu mengangguk. Dia juga mula mengorak langkah.

"assalamualaikum, Aini Atikah.." Ayman tersenyum manis. Gadis itu memandang Ayman sebelum membuka mulut untuk berbicara.

"wa'alaikum salam, Tengku Ayman.." Ayman tersentak. Gadis itu berlalu pergi. Bagaimana dia tahu nama sebenar Ayman? Ayman belum pernah memberitahu siapa-siapa nama penuhnya yang sebenar kecuali Cikgu Faridah. Dia sudah diingatkan supaya merahsiakan darjat dan kedudukan keluarganya.

Namun, dalam sedang berjalan ke bilik disiplin, Ayman terfikir, apa yang menyebabkan gadis itu memberi respon kepadanya. Dia tersengih keseorangan. Tanpa disedari, dia sudah tiba di muka pintu bilik disiplin. Pintu diketuk.

"assalamualaikum.."

"wa'alaikum salam, masuk, Ayman.." suara Cikgu Amru serius. Moodnya tidak berapa baik agaknya. Sebaik pintu ditolak, kelihatan seorang lelaki yang kepalanya berbalut di kerusi tetamu bilik itu. Dia menoleh.

Ahmad Syafiq.



*:D

No comments:

Post a Comment