The stars lean down to kiss you,
And I lie awake and miss you,
Pour me a heavy dose of atmosphere,
Cause I'll doze off safe and soundly,
But I'll miss your arms around me,
I send a postcard to you dear,
Cause I wish you were here..
Lagu Vanilla Twilight oleh Owl City dinyanyikan dalam bisikan oleh Ayman dalam sedang menyiapkan sarapan pada pagi khamis itu. Riang pulak mamat ni.. Sakit ke?
Dinie yang sedang menuruni tangga, terbau makanan yang 'tempting' baunya dari dapur terus rush masuk dining room. Pancakes serta madu, jus oren, dan roti bakar tersedia di atas meja makan. Kedengan bunyi bising dari dapur basah, lalu Dinie mengintai. Ayman sedang menuang susu ke dalam gelas.
Wahidah pula turun diikuti dengan Amirah, Dalila dan Nurin. Dinie bersiap untuk ke pejabat seperti biasa, Amirah tidak mempunyai kelas pada pagi itu, Wahidah pula akan ke kampus, Dalila dan Nurin ke sekolah.. Dalila bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ni manakala Nurin pula berada di tingkatan empat. Ayman pula..?
Mereka terpegun melihat makanan sarapan mereka pada pagi itu. Mereka duduk di tempat masing-masing dan kemudiannya disertai oleh Ayman. Ayman sekadar tersenyum dan membacakan doa sebelum makan.
"boy.. boy masak semue nih?" Dalila bertanya dalam nada tidak percaya.
Ayman tersenyum. Manis. Dia mengangguk.
"smells good.. boy watpe pakai uniform sekolah ni? cakap nak temankan akak..." Amirah mula menjamu selera. Ayman masih tersenyum walaupun sedang mengunyah makanan.
"baby boy nak ikut akak pergi sekolah... kan sayang?" Dalila mengusap
kepala Ayman. Ayman tersenyum lebar dan mengangguk tanda setuju. Dinie terkejut.
"that's great.." Dinie teruja melihat adiknya akhirnya pulih.
"um.. Kak Dila temankan boy daftar kay?" dengan permintaan Ayman, Dalila terus bertukar kelat. Dia perlu berjumpa dengan Cikgu Amru pada pagi itu untuk membincangkan hal study group mereka. Ayman faham.
"erm takpelah, i'll go by myself then.." Ayman cuba senyum. Gagal. Sepi..
Amirah dan Dinie menukar pandangan. Wahidah sambung makan, dia perlu cepat kerana mempunyai kelas pada pagi itu. Nurin pula, tak payah kata lah.. Bendahari Lembaga Pengawas, kenalah datang awal..
"akak temankan." Dinie dan Amirah serentak mengucap. Ayman terus bertukar manis. Dalila diam.
*****
Kereta milik Dinie dipandu melepasi pagar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi dan diparkir di tempat letak kereta pelawat. Sebaik Ayman melangkah keluar kereta, satu suara kedengaran dari jauh.
"Ayman!"
Suara itu amat dikenali. Dia memusingkan kepala. Nurin. Ayman tersenyum. Nurin mendekati Ayman, Dinie dan Amirah. Amirah memandang Nurin pelik.
"aik? cikgu tak marah ke keluar kelas awal-awal ni?" Dinie bersuara sebelum Amirah sempat mengeluarkan kata-kata. Nurin tersenyum manis.
"nopey-nope.. dah bagitahu harini first day boy.." lalu mereka berempat ke pejabat sekolah diketuai oleh Nurin. Kira-kira 15 minit kemudian, mereka berempat keluar dari pejabat dengan senyuman di wajah masing-masing. Seorang gadis di luar pejabat terus tersenyum.
"ha, ni lagi sorang.. tak reti masuk kelas?" Dinie membebel. Gadis itu menggeleng.
"so, boy dapat kelas apa?"
"3 Archimedes, Kak Dila.." Nurin pula yang menjawab.
"tunjukkan kat mana boleh, Kak Nuin?" sengaja Ayman meminta dari Nurin dan bukan dari Dalila. Dalila terus mencuka masam. Tapi dia tetap tersenyum. Mereka bergerak ke Blok Akademik 'Lower Form' yang berada selang satu blok dari blok pentadbiran.
Setibanya di kelas 3 Archimedes yang berada di antara 3 Galileo dan 3 Rutherford, juga betul-betul di hadapan kelas 4 Archimedes di blok yang bertentangan, Dalila dan Nurin melangkah masuk dan berbisik sesuatu kepada guru yang berada di hadapan kelas.
Mereka keluar semula.
"they're ready to have you" ucap Nurin. Ayman mengangguk.
"take care" Dinie memberi lima ringgit sebagai wang saku. Ayman menyalam. "have fun" Amirah sekadar menyua tangan untuk Ayman menyalam. Ayman melangkah masuk ke kelas lalu Dinie, Amirah, Dalila dan Nurin berlalu pergi.
Ayman terasa kekok. Dia berjalan ke arah guru itu. Guru itu tersenyum mesra. Ayman dapat merasakan guru itu menerimanya ke dalam kelas itu dengan hati yang terbuka.
"assalamualaikum...." Ayman mengucap gementar.
"wa'alaikum salam.." kedengaran suara-suara menjawab hampir serentak kesemuanya dalam nada yang rendah.
"wa'alaikum salam... Ayman ye? nama cikgu, Faridah binti Ahmad.. panggil Cikgu Faridah.. saya guru kelas awak.." terang sedikit guru itu. Ayman mengangguk faham.
*
*guys, sorry lah tak panjang.. A nak buat lagi panjang tapi tak sempat.. sambung kat chapter 4 kay! thnx fr reading.
No comments:
Post a Comment