Thursday, March 25, 2010

One Time - Chapter 5


Hati Ayman riang pada pagi itu ketika melangkah masuk kawasan sekolah. Jam baru menunjukkan pukul 7.04 pagi. Ramai pelajar sudah tiba.. Sekolah bermula pada jam 7.20 pagi. 16 minit lagi. Setibanya di kelas, ramai sedang menunggunya. Entah kenapa.

......

Oh! Baru dia ingat. Hari ini cikgu akan mengedarkan keputusan ujian pada dua minggu yang lalu. Sudah hampir sebulan dia menjadi pelajar SMKBBST, Sepang. Bukan sahaja keputusan, tetapi kedudukan dalam kelas, dalam tingkatan, juga peratus dan pointer. Sekolah itu menggunakan konsep universiti dan kolej bagi menyesuaikan pelajar awal-awal lagi..

Lufti yang baru tiba pun sudah cuak. Ayman masih selamba. Dia sudah buat yang terbaik, jadi dia pun tawakal jela.. Lufti dan Sam akhirnya tergerak hari untuk bertanya Ayman perihal yang mereka mahu bertanya sejak hari pertama Ayman lagi, tapi takut..

"weh Ayman." Lufti memandang Ayman.

"wa'alaikum salam..." Ayman menyindir. Sudah sebulan, takkan tak biasa lagi untuk memberi salam sebaik berjumpa dengannya? Tak kiralah, dengan guru ke, dengan kawan ke, makcik sapu sampah sekalipun, kena bagi salam sesama saudara Islam. Itu pegangan Ayman yang diajar oleh Tuan Ariff sejak kecil lagi.

"ish engkau ni.. ha yela, Assalamualaikum.. kiteorang nak tanye sikit.." Sam penat dengan sindiran Ayman yang terang-terang. Tiada berlapik, tiada kiasan. Straight foward, amek kau. Haha..

"tanyelah" Ayman yang sedang melukis selamba sahaja.

"erm.. kau rapat dengan Kak Dalila & Kak Nurin.. camne kau kenal diaorang..?" Lufti dan Sam bertanya dalam keadaan tersekat-sekat. Ayman tersengih. Dia masih melukis.

"rapat ke? nak buat macam mane, aku memang kenal diaorang sejak aku kecil lagi..." Ayman terus melukis.

"diaorang jiran kau..?"

Ayman menggeleng.

"sepupu kau?"

Geleng lagi.

"dua pupu kau?"

Lagi geleng.

"kupu-kupu kau?"

Ayman memandang Lufti dengan muka serius.

"eh eh chill lah.. memaen je.. kau sindir aku boleh, aku nak memaen pun marah.. amboi dia.." Lufti cuba membela. Ayman terus senyum. Macam orang tak betul.

"diaorang kakak aku lah" akhirnya jawapan yang dinantikan telah diungkap. Lufti dan Sam tidak percaya. Mereka terkejut. Juga ahli kelas yang lain yang terdengar perbualan mereka itu terkejut.

"kakak angkat?"

Geleng.

"Kak Nurin dan Kak Dalila yang cun melecun tu.. kakak kandung kau?" Sam masih tidak mahu menerima hakikat.

"iye..." Ayman hampir siap melukis.

"padanlah kau pun kacak.. kakak kau cantik, kau kacak.. mesti parents kau pun orang lawa kan?" Lufti memuji. Ayman tersengih.

"banyaklah kau.." Ayman menulis tandatangan dan tersenyum bangga dengan lukisannya. "siap!" ucap Ayman. Lufti dan Sam sekali lagi terpana. Hebat benar lukisan Ayman..

"siape nih? cun pulak.." Sam memuji.

"ih kau ni, tak habis-habis cun.. ape yang tak cun pun aku taktahu.." Ayman menolak bahu Sam. Sam tersengih. "ni lah orang yang aku nampak dalam mimpi aku semalam.. entah sape.." sambung Ayman. Lufti dan Sam memberi pandangan. Mereka memahami.

"bukan mimpi macam itu woi!" Ayman menaikkan suara. Mereka berdua tergelak sakan. Ayman malu.

"saje sakat kau.."

"muke orang dalam lukisan kau.. macam aku kenal.. budak form 3 gak.. 3 Galileo rasenya.." Azim dari belakang memberitahu. Ayman tersentak.

"eh? mane dialek inggeris kau yang hampir-hampir kena sepaking Qahar?" Ayman mengejek. Azim tersengih.

"tak larat aku setiap hari nak speaking.." ucapannya disambut dengan gelak tawa mereka sahabat.

"rehat nanti kita pergi cari orang ni.. serius aku macam pernah jumpa.." Azim buat tak endah dengan gelak tawa mereka walaupun dia juga mentertawakan dirinya sendiri.

"ok!" sambut Ayman, Lufti, Sam, Zuqi dan Amin. Mereka telah menjadi sahabat rapat. Ayman bangga.

Kriiiiiiingggg....!

Jam sudah pukul 7.20 pagi. Guru pertama, Cikgu Hidayah, guru geografi mereka memasuki kelas.



-jam pukul 2.28, A ada merentas desa esok, saja cari nahas tidur lewat.. nite!
*3 chapter serentak harini!

No comments:

Post a Comment