
Kelas matematik diteruskan sehingga jam 8.55 pagi. Loceng berbunyi. Ayman berkenalan dengan Lufti Hussam bin Hussam, salah seorang atlit, merangkap pelajar harapan sekolah dan jejaka kacak sekolah. Tidak dilupakan juga, Sam disebelah kirinya. Sam, atau nama sebenarnya Samudera Syamil bin Samudera Syukri. Juga atlit, pelajar harapan, juga jejaka kacak sekolah. Guru seterusnya masih belum muncul.
"sekarang waktu ape..?" Ayman bertanya kepada Lufti. Lufti yang sedang mengemas laci mejanya menjawab.
"sejarah.. entah apasal lewat pulak cikgu.." tiba-tiba bahu Ayman ditepuk. Dia memusingkan badan. Empat orang lelaki berdiri di belakangnya. Mereka sedang senyum. Ayman dapat merasakan, mereka mahu berkenalan..
"hai. Aku Abdul Qahar.. panggil Qahar. aku duduk sebelah Lufti." jejaka bertubuh sasa, rambut pendek juga penampilan kemas menyua tangan untuk bersalam. Lantas Ayman bangun dan menyambut tangannya.
"Ayman" Ayman tersenyum memperkenalkan diri.
"aku pulak Farzuqi Fahman. panggil Zuqi.. aku duduk sebelah Qahar.." seorang jejaka berbadan biasa, penampilan kurang kemas menyua tangan untuk menyalam. Sekali lagi Ayman menyambut.
"Syed Azim Syed Tarmizi. you call me Azim." ceh, konfiden benar mamat nih.. Kemas, tinggi, putih. Juga memakai tanda nama 'Ketua Tingkatan'.
"wei Azim, kau ni dah la english pun ke laut, nak speaking pulak. aku sepaking kepala kau baru tahu." Qahar membuat gaya mahu menampar. Satu kelas gamat dengan gelak tawa mereka. Ayman turut tersenyum.
"Ahmad Amin Ahmad. Aku duduk sebelah Azim.." jejaka terakhir memperkenalkan diri. Ayman mesra menyambut tangannya untuk disalam. Selesai mereka berempat memperkenalkan diri, baki sebelas orang pelajar lelaki menghampiri untuk memperkenalkan diri juga. Mesra. Macam keluarga..
Kelas senyap tiba-tiba. Seorang lelaki bertubuh padat, berkemeja putih serta tali leher merah, bertanda nama "Adi Azham" berdiri di hadapan kelas. Mukanya ceria walaupun tidak senyum mahupun marah.
"bangun semua.." suara Azim sahaja kedengaran. Selesai memberi salam, guru itu perasan kehadiran Ayman. Guru itu ke meja guru, letak buku dan ke hadapan kelas.
"cikgu nampak.. ade pelajar baru.. betul?" suaranya sedikit garau. 'control macho' bak kata orang perempuan. Ayman masih terkedu melihat guru itu.
"betuuuuuuuul...!" jawab semua pelajar serentak. Guru itu tersenyum. Begitu juga Ayman.
"baik, tolong datang ke hadapan.." guru itu memandang ke arah Ayman. Perlahan-lahan Ayman bergerak ke hadapan kelas.. Segan ada, malu ada, gementar ada. Dia berdiri seiring dengan guru itu. Sedikit lagi, samalah tinggi mereka.
"kita juga akan belajar sejarah dalam mendalami mamat depan kelas kita ni.." guru itu mula bersuara. Ayman pelik.
"sejarah macam mana, cikgu?" satu suara bersuara.
"yelah, ada berapa adik beradik.. mak ayah nama apa.. keja mana.. umur berapa.. tinggal mana.. kenapa pindah.. dulu sekolah mana.. burma serang sapa dulu.." panjang lebar guru itu menerangkan. Bila difikirkan balik, merapu apa eh cikgu ni sensorang?
"perkenalkan diri.." dengan arahan guru itu, Ayman bersuara.
"Ayman bin Ariff. Asal dari Alor Setar, Kedah. Dulu sekolah Kolej Sultan Abdul Hamid. Pindah sebab parents assigned kat sini.. 6 Orang adik beradik, 5 kakak, saya bongsu. Burma serang Kedah dulu." mengagumkan. Dia ingat semua soalan guru itu.
"hm bagus.. dah alang-alang minggu depan ujian bulanan.., kita buat revision form 2 dengan form 1 okey.. Kuiz antara lelaki dan perempuan.. ambil tempat duduk, Ayman.." guru itu memandangnya lagi. Ayman tersenyum.
*****
"soalan terakhir.. tingkatan dua, bab empat.. apakah punca Sultan Brunei menghantar wakil ke Sarawak...?" kelas terdiam.
"untuk menguasai kekayaan dan hasil galian kat Sarawak..!" Lufti menjawab konfiden.
"apakah hasil galian tersebut?"
Diam lagi.
"emas dan....." Lufti gagap. Dia memandang Ayman. Nak minta tolonglah tu.. Ayman senyum.
"dan antimoni.." Ayman bangun dan membantu Lufti.
"dua mata kepada pelajar lelaki!"
Kesemua pelajar lelaki bersorak riang. Itu bermakna, guru itu akan memberi ganjaran cokelat choki-choki kepada setiap pelajar lelaki. Pelajar perempuan merajuk. Ini kali pertama mereka kalah. Mungkin kerana kehadiran Ayman, pelajar perempuan bakal kalah?
Guru itu masih memerhati Ayman dengan senyuman. Ayman membalas senyumannya. Loceng berbunyi. Waktu sejarah tamat.
"Ayman, ikut saya.." ucap guru itu sebelum melangkah keluar. Ayman mengikut guru itu dari belakang.. Mereka ke kelas 5 Galileo.
"bila pulak yang kamu pindah sini?" soalan pertama ditanya oleh guru itu membuatkan Ayman tersenyum lagi.
"dua bulan lepas la acik.." Ayman memanggilnya 'Acik' kerana hakikatnya guru itu adalah pakcik kepada Ayman di sebelah ibunya. Syed Adi Syed Afzan. Syed Afzan adalah datuk Ayman.
Lamunan Ayman terhenti. Jam sudah pukul 5.17 petang. Dia turun untuk minum petang dan ke taman rekreasi untuk berjogging seperti selalu bersama Amirah.
Dia tersenyum. 'boy rindu ma..' bisik kecil hatinya.
*
*end of chapter 4.
No comments:
Post a Comment