Monday, March 15, 2010

One Time - Chapter 1

"boy, barang dah siap ke belum tu? mama dengan papa dah nak bertolak tu..!" nyaring kedengarang suara Tengku Dinie dari tingkat bawah rumah milik Tuan Tengku Ariff itu.

"dah le! kejap, kejap. rambut buat hal.. masuk la kete dulu..!" balas Tengku Ayman dengan dialek KL yang pekat.

Dalam tiga minit kemudian, tapak kaki kedengaran sedang berlari menuruni anak tangga. Tengku Ayman memakai t-shirt berkolar berwarna coklat serta seluar denim levis.

Puan Sharifah Azimah yang sedang menunggu di muka pintu rumah tersebut sekadar tersenyum dan menggeleng melihat gelagat anak bongsunya itu. Tengku Ayman menyeret beg rodanya keluar rumah dan menyarung kasut vans berwarna hitam yang sudah tersedia di laman rumah. Dengan itu, Puan Sharifah Azimah mengunci rumah itu yang kini kosong kerana barang-barang telah diangkut pada dua hari yang lalu.

Kereta BMW series 523i berwarna hitam milik Tengku Dinie mula bergerak ke lapangan terbang Alor Setar diikuti dengan kereta BMW series 525i milik Tuan Tengku Ariff.

Setibanya disana, barang-barang Tuan Tengku Ariff dan Puan Sharifah Azimah diangkut oleh Tengku Ayman bagi memudahkan pendaftaran nanti.

Kira-kira 15 minit sebelum pelepasan, Tengku Dinie, Tengku Amirah, Tengku Wahidah, Tengku Dalila, Tengku Nurin dan Tengku Ayman mengucapkan selamat tinggal kepada ibubapa mereka yang bakal berlepas ke KLIA dan seterusnya ke Singapura dan ke Los Angeles atas urusan kerja sebelum menjejak kaki ke Sepang.

"i'll be missing you, boy.." ucap perlahan Puan Sharifah Azimah. Tengku Ayman memandangnya pelik.

"it'll just be three days right, ma? we have skype.." Tengku Ayman menyambut pelukan ibunya.

"yela, three days being apart with my baby boy is like three years, sayang.." sambung Puan Sharifah Azimah masih memeluk anak terunanya itu. Entah mengapa, Tengku Ayman mahukan pelukan yang panjang oleh ibunya.

"bonda.." panggil Tengku Ayman perlahan.

"m'hmm..?"

"rosaklah rambut boy kalau peluk lama-lama..." loyar buruknya disambut dengan gelak tawa mereka anak-beranak. Tuan Tengku Ariff pula mendekati Tengku Ayman.

"dengar cakap kakak.. jangan nakal-nakal.. jangan tinggal solat.. kamu tu sudah 15 tahun, tahun ni.." kepala Tengku Ayman diusap lembut. "anak teruna papa, you're the man of the house while we're away.. jangan bagi kakak-kakak keluar dating tau.." mereka tergelak mesra.

"baiklah, ayahanda.." Tengku Ayman tersenyum. Lesung pipit terukir. Manis.

Puan Sharifah Azimah mendekati seorang demi seorang anaknya. Pipi mereka dicium. Kemudiannya dibalas oleh ciuman anak-anaknya. Tiba pula giliran Tuan Tengku Ariff dan Puan Sharifah Azimah untuk menaiki kapal terbang. Mata Puan Sharifah Azimah sudah berkaca kerana terpaksa berpisah dengan anak-anaknya walaupun hanya untuk seketika..

* * * * *

"akak, it's been over a day, agaknya bonda dengan ayahanda sampai tak lagi sana?" Tengku Ayman bermanja dengan kakaknya.

"entahlah, pergi suruh Kak Dinie call airport los angeles.." dengan jawapan Tengku Wahidah, pantas telefon rumah dicapai dan disua kepada Tengku Dinie untuk mendail. Tengku Dinie memandang Tengku Ayman dengan pandangan sinis. "call them, please?" Tengku Ayman merayu. Tengku Dinie yang cuba untuk membuat riak wajah yang serius terus tersenyum dan mengambil telefon itu dari tangan Tengku Ayman.

Nombor didail dan kemudiannya talian disambung.

"hello, i'm Tengku Dinie Tengku Ariff calling from Malaysia.....yeah, i was wondering, has flight S408 from Singapore to Los Angeles landed yet?" loghat inggerisnya pekat.

"....oh, miss Tengku Dinie, i'm sorry if i'm the one who has to say this to you, that flight had to make an emergency landing and it failed. one of the engines exploded. all of the passengers died at the scene..." oleh kerana Tengku Dinie membuka loudspeaker, Tengku Ayman turut mendengar jawapan oleh kerani lapangan terbang itu.

Hati mereka seolah-olah terhenti. Tengku Ayman tersentak.

Jantungnya bagai mahu luruh.

Kepalanya pening.

Pandangannya kabur.

"bum...!" Tengku Ayman jatuh di lantai rumah.









*A harap korang suke chapter one..*

No comments:

Post a Comment