Saturday, March 27, 2010

One Time - Chapter 7


"cikgu! kasi lah result! dah dua minggu menunggu ni..!" jerit Lufti semangat. Ayman sekadar tersenyum.

Cikgu Adi tersengih. Dia mengeluarkan sesuatu dari buku rekodnya. Nampak seperti kertas ujian.

"kamu semua buat dengan cemerlang..." Cikgu Adi bermula. Muka-muka pelajar lelaki sudah bersinar-sinar. Begitu juga dengan pelajar perempuan. Mengharapkan keputusan yang A++ lah tu.

"alhamdulillah takde fail.. alhamdulillah semua A.." sambung Cikgu Adi. Mereka masih dalam keadaan yang teruja. Masing-masing tersengih, tersenyum. Lagi-lagi Ahmad Syafiq Ahmad Azhar, pelajar cemerlang kelas nombor satu.

"datang sini ambil kertas.."

Cikgu memberi kertas ujian, masing-masing menunjukkan muka puas hati. Kecuali Syafiq. Sebaik semua mendapat keputusan sejarah masing-masing, cikgu mengumumkan markah tertinggi dan markah terendah.

"paling rendah, Iman - 81. paling tinggi, Ayman - 100.. tahniah." Cikgu ucap dalam sengihan. Ayman masih terkedu. Tak sia-sialah dia studi bersama lima sahabatnya itu. Lufti menepuk-nepuk belakang Ayman sambil mengucapkan tahniah. Begitu juga dengan Sam, Azim, Amin dan Zuqi.

"puas dengan keputusan?"

"puass!!" Cikgu tersenyum. Dia kembali ke meja guru dan duduk.

"keluarkan buku nota, tampalkan kertas ujian.. buat pembetulan sebanyak 2 kali setiap soalan.." arah Cikgu Adi serius. Dia membuat kerjanya sendiri. Ayman sekadar duduk bersahaja.

Ahmad Syafiq Ahmad Azhar memandang Ayman dengan penuh benci. Dia dengki. 'argh! macam mana ada orang boleh potong aku?! tak boleh jadi ni.. aku kena pertahankan status aku.. siap kau Ayman.. aku tahu kau siapa...' bisik dengki hati Syafiq. Nampaknya Ayman sudah mempunyai musuh.

Loceng berbunyi. Tandanya sesi persekolahan pada hari itu sudah tamat. Ayman orang terakhir untuk keluar kelas. Dia selalunya akan membuat kerja rumah dahulu sebelum pulang. Dia membuat nota agama, nota kemahiran hidup dan kerja rumah geografi.. Dalam pukul 2.39 petang, dia selesai. Seperti biasa, dia mengunci pintu kelas dan bergerak ke arah surau untuk menunaikan solat fardhu Zuhur, kemudiannya ke pintu gerbang sekolah. Dia menyerahkan kunci pintu kepada Pak Amir, pengawal keselamatan sekolah.

Dia pulang dengan berjalan kaki. Separuh jalan, beberapa orang remaja terlanggarnya semasa dia ligat berfikir.

"woi! berjalan tengok oranglah!" jerkah satu suara yang dikenalinya. Memang salah Ayman, dia memandang hadapan tetapi kepalanya melencong ke tempat lain.

"maaf, maaf.." Ayman tidak mahu keadaan berubah tidak elok.

"oo.. mamat yang curi takhta aku.." Syafiq rupanya. Ayman cuak.

"syafiq.. aku nak balik.." Ayman melembutkan suara walaupun dalam keadaan yang tegang.

"baliklah, siapa yang menghalang?" Syafiq kasar. Ayman berjalan tetapi dihalang oleh konco-konco Syafiq.

"ni pehal pulak.. aku nak balik.. panas ni.." Ayman melonggarkan tali lehernya. Dia membuka butang atas.

"kau carik pasal dengan taiko kitaorang.. kau bayar balik.." salah seorang daripada mereka membuat gaya mahu menumbuk.

"kejap!" jerit Syafiq dari jauh. Ayman mengharapkan dia akan menghentikan konconya.

"semua belasah dia jangan bagi dia bangun lagi tau.." jangkaannya meleset. Ayman gelabah. Dia teringat seni tempur yang dia pelajari semasa dia kecil sehingga sekarang. Mereka berlima, termasuk Syafiq.

Seorang konco Syafiq mula menyerang. Ayman tidak dapat bergerak dengan tangkas oleh kerana beg galasnya yang agak berat di belakangnya. Tumbukannya dielak. Ayman masih cuba bergerak dengan pantas. Dia bergerak ke arah kanan, tumbukkan itu disambung lagi, tapi Ayman terlambat, dia tidak dapat mengelak.

Dia dibelasah dan kemudiannya dia dipegang kedua-dua belah tangan, kira dan kanan oleh konco Syafiq.

"aku bayar balik budi baik kau..." Syafiq menendang dada Ayman. Belum sempat kakinya mendarat, Ayman menarik sekali kakinya, bermaksud Ayman jatuh bersama Syafiq. Sebaik Syafiq rebah, Ayman pantas bangun. Dia masih mempunyai tenaga untuk melawan.

Dia menendang tubuh musuhnya, lalu mereka rebah. Dua lagi datang menyerang, Ayman menumbuk perut salah seorang dan menendang rusuk kiri lagi seorang.

"nak lawan, dalam kelas lah.." Ayman sempat mengucap sebelum melangkah pergi. Bajunya kotor, seluarnya berdebu. Syafiq pantas bangun, dia cuba menyerang dari belakang tetapi Ayman sempat menangkap bunyi itu. Pantas dia menoleh dan memberi sepakan rusuk.

Syafiq rebah. Ayman menumbuk perut Syafiq.

"aku cakap.. lawan dalam kelas je..." Ayman bersuara geram. Pertama kali Syafiq melihat Ayman angin. Ayman memegang kepala Syafiq dan membuat gaya mahu menumbuk. Niatnya terbantut apabila hatinya tergerak untuk berhenti.

"astaghfirullah..." dia melepaskan kepala Syafiq. Darah mengalir. Ayman pantas pergi jauh.

Dalam perjalanan pulang, dia beristighfar. Dia menyesal kerana mengikut nafsu untuk membelasah mereka itu. Dia dimaki dan dipukul, namun dia diajar untuk bersabar. Rasulullah sendiri dicaci, diseksa, dipukul dan sebagainya, namun beliau langsung dia membalas. Ayman terasa hina.

Dia juga terfikir, apa salahnya pada Syafiq sehinggakan dia angin satu badan. Adakah sebab dia mendapat markah yang lebih tinggi? Aih.. pelik benar mamat ni..

Tanpa disedari, dia sudah tiba di muka pintu rumah. Nasib baik kakak-kakaknya tiada di rumah.

Tiba-tiba, dia teringatkan gadis yang dia berjumpa semasa rehat tadi. Aini Atikah. Ayman tersenyum..



*pelik.

No comments:

Post a Comment