Sunday, March 21, 2010

One Time - Chapter 2


Dah sebulan sejak berita kematian Tuan Tengku Ariff dan Puan Sharifah Azimah sampai kepada Ayman. Ayman masih berduka. Dia asyik termenung sendirian dan dia lebih lama di atas sejadah sembahyang semasa berdoa. Entah apa yang dia doa..

"...ya Allah ya Tuhanku, tabahkanlah hati hambamu ini.. Engkau telah menurunkan ujian yang sangat berat terhadapku.. bukakanlah pintu hatiku untuk menerima hakikat ini ya Allah.... tempatkanlah bonda dan ayahandaku bersama yang beriman dan bertaqwa..." Ayman menitiskan air mata.

Air matanya tak pernah kering. Jam dinding di biliknya menunjukkan jam 4.57 petang. Pintu biliknya diketuk. Ayman melipat sejadahnya dan menyimpan didalam 'walk-in closet' miliknya. Dia keluar dari almarinya sambil memakai seluar trek serta t-shirt biasa. Kak Dinie menjenguk kepalanya ke dalam bilik Ayman. Besar juga.

"boy.." suara Dinie membuat Ayman tersentak. Dia mendongak.

"pakai baju elok-elok.. kite nak keluar.." Dinie menyambung bicara. Ayman sekadar mengangguk dan masuk semula ke almarinya. Beberapa minit kemudian, dia keluar berpakaian seluar denim serta t-shirt hijau. Dinie yang sudah sedia di dalam biliknya melihat sekeliling. Kemas. Rapi. Walaupun bilik anak teruna, tak bermaksud Ayman tak tahu mengemas dan menjaga kebersihan.

"ready?"

Ayman mengangguk. Dinie mengambil lengan Ayman lalu keluar bilik itu. Kesemua kakak Ayman sedang menunggu di ruang tamu. Ayman pelik.

"..bukan akak-akak exam ke minggu ni?" Ayman bersuara buat kali pertama dalam sebulan. Mereka tersenyum melihat Ayman.

"kiteorang ambil cuti seminggu.." Wahidah menjawab bagi pihak semua. Ayman mengangkat kening.

"what for?" dia pelik.

"suprise lah, c'mon lets go.." Amirah pula bersuara. Mereka mula keluar rumah dan menaiki 2 buah kereta. Ayman sekadar mengikut walaupun sedang memikirkan 'suprise' yang dimaksudkan kakak-kakaknya.

Dua jam selepas itu, mereka tiba di destinasi mereka. Ayman melihat sekeliling. Dia keluar dari kereta dan membuka kaca mata hitamnya. Dia mengukirkan senyuman.

"what are we doin' here?" Ayman berpura-pura tidak tahu. Enjin kereta dimatikan. Semua kakaknya keluar dari kereta.

"we're having family time. Choose a kart." Dalila menepuk belakang Ayman beberapa kali dan melangkah pergi. Ayman melihat litar go-kart dihadapannya. Sudah tiga bulan dia tidak ke situ. Kali terakhir mereka pergi adalah... bersama Tuan Tengku Ariff dan Puan Sharifah Azimah.

Dalam sedang memakai suit yang tersedia di bilik loker, Nurin mendekatinya.

"hey, cheer up kiddo.. mum and dad would have wanted you to be happy.." Nurin tersenyum dan mengusap kepala adiknya. Rambut lembut itu dibetulkan semula. Ayman senyum.

Dia mengangguk dan bangun untuk mencapai helmet go-kartnya. Mereka melangkah keluar dan ke arah kereta-kereta go-kart itu disimpan. Go-kart yang bernombor 7 itu dihampirinya.

Ayman tersenyum.

"on your marks, get set... GO!" suara Dinie nyaring kedengaran dan bunyi hon dilepaskan. Lima buah kereta go-kart pecut melepasi garisan permulaan. Ayman terasa tenang.




********

-sorry A takleh tulis chapter 3 harini, tak sempat.. A nak keluar ngan family.. thanx for reading!

No comments:

Post a Comment