Friday, March 26, 2010
One Time - Chapter 6
Ayman, Azim, Lufti, Sam, Zuqi dan Amin merayau satu kawasan sekolah dengan satu tujuan. Mencari gadis yang dilukis oleh Ayman. Tiba-tiba mata Zuqi menangkap beberapa orang perempuan sedang beratur untuk masuk ke koperasi.
"wehh Azim, tu kan dia?" Zuqi menepuk belakang Azim beberapa kali. Azim pantas memandang. Dia tersenyum.
"a'aah dia lah! Ayman!!" Azim menjerit spontan. Pantas Ayman ke arah Azim. Dia memandang ke arah koperasi sekolah yang agak sesak. Mereka mengguna pakai sistem koperasi masuk, jadi pelajar dapat memilih barang sendiri. Ayman kaku.
"apasal dengan kau? dah jumpa buah hati terus gamam?" Lufti menyakat.
Pantas Ayman mengalihkan pandangan.
"buah hati otak kau. aku terkejut jelah.. tak sangka dia sekolah sini.." Ayman mengeluarkan dompet dan mengambil wang dua ringgit. Dia melangkah ke arah koperasi. Niatnya terbantut apabila Amin menahannya.
"kau nak pergi mana?"
"aku nak ke koop, beli choki-choki" lengan Ayman dilepaskan. Ayman tersengih sambil berjalan ke arah koperasi dan beratur. Tiba gilirannya, dia mengambil beberapa batang cokelat tersebut dan membayar. Semasa membayar, dia berselisih dengan perempuan itu.
Matanya coklat-hitam. Menawan. Dia memakai tanda nama 'Aini Atikah'. Sekurang-kurangnya dia sudah tahu nama perempuan itu. Ayman melemparkan senyuman namun, perempuan itu menyambut dingin. Seolah-olah mereka sudah mengenali satu sama lain.
Perempuan itu pantas keluar dari koperasi. Ayman mengejar. Akhirnya sesi kejar-mengejar mereka terhenti di taman sains sekolah. Cantik juga pemandangan di situ..
"assalamualaikum.." Ayman lembut mengucap. Perempuan itu mengangkat muka. Pelik.
"wa'alaikum salam. nak apa?" kasar. Ayman masih tersenyum.
"nak berkawan." senyumannya masih tidak lekang.
"buat apa? saya bukannya baik pun. pergi lah kawan dengan pelajar lain.. mereka jauh lebih cantik dari saya.." perempuan itu masih berkasar.
"sebab saya hendak lah. boleh kan?" manis bahasanya.
"ikut suka awaklah.." perempuan tersenyum sedikit kemudian mula mengorak langkah.
"eh, awak nak ke mana?"
"pergi kelaslah.. takkan pergi Alamanda pulak.." Ayman tersipu malu. Entah kenapa, tergerak hatinya untuk menegur dan berkawan dengan perempuan itu. Hatinya lega. Seolah-olah dia sudah mengenali insan yang bernama Aini Atikah itu lama.
Aini Atikah, kelas 3 Galileo, bersifat kasar, atlit silat olahraga, pelajar cemerlang tetapi mempunyai disiplin yang kurang, cantik tetapi tidak menunjuknya. Ramai lelaki cuba memikat, tidak berjaya.
'tengoklah, aku akan curi hati kau..' bisik hati Ayman.
Ayman melangkah ke kelas 3 Archimedes. Lufti, Sam, Azim, Amin dan Zuqi pelik dengan Ayman. Dia tersenyum macam orang tak betul. Wayar putus agaknya. Ayman duduk di tempatnya dan mengeluarkan buku matematik dan mula membuat latihan yang diberikan tadi, Cikgu Faridah tidak akan masuk ke kelas kerana sibuk dengan mesyuarat.
"weh Ayman, apasal dengan kau? tersengih-sengih macam kerang busuk.." Azim menolak bahu Ayman. Ayman tersedar dari lamunan.
"takde apa apa.. tadi, aku dah jumpa perempuan tu.." Ayman membuat saspen. Dia mengeluarkan choki choki dari poketnya dan muka mengigit.
"weh kau nak cerita, cerita la kasi habis.. ni buat saspens.." Lufti geram.
Ayman tersengih.
"baru lah ada thrill.." Ayman selamba menjawab.
"cerita lah cepat.." Sam tidak sabar menunggu.
"takde apa apa yang nak diceritakan pun.. aku jumpa dia, sembang sikit je.. dia senyum kat aku tadi, manis.." Ayman seolah-olah sudah angau terkena senyuman.
"manis? ada rasa vanilla tak?" Amin mencelah. Mereka enam sekawan tergelak mesra. Ayman sekadar tersenyum.
"dah, dah.. buat latihan tu.. karang kena AKD pulak.." Ayman mengeluarkan alat tulisnya. Dalam hati, dia teringatkan gadis yang bernama Aini Atikah, kelas 3 Galileo itu.
*sorilah, termasuk dah unsur-unsur cinta. memang tu tujuan cerita ni..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment