Monday, June 14, 2010

Bab 7 - Aku dan Dia


Sesi persekolahan di Sekolah Sains Sungai Ara pada hari Isnin seterusnya menjadi pelik. Entah mengapa, pelik. Well, bagi orang lain mungkin tak. Bagi Affan dan rakan sekelasnya, sangat pelik. Kenapa pelik? Entahlah.. Diaorang pun susah nak describe.

“Aina!!” jerit satu suara. Pantas kepalanya memusing. Affan. Gadis itu pelik. ‘apahal dengan mamat ni petang-petang buta ni..’ detik hati Aina. Dia mengeluh. Affan berlari anak.

“kau hendak apa?” kasar ditanya. Affan teruncap-uncap meminta nafas. Beberapa kali dia menarik nafas dalam dan menghembus. Affan tersenyum.

“kau ambil inhaler aku. Aku hendak..” Affan menyua tangannya.

“hah? Bila pulak aku ambil inhaler kau?” Aina balas.

“buat tak tahu pulak.. masa nak keluar bas semalam kan kau kalut.. aku terambil sapu tangan kau, kau ambil inhaler aku.. bak balik..” Affan menerangkan.

“dude, i so DID NOT take your inhaler..” Aina mencebik. Dia memusing untuk berjalan ke kelas. Affan menahannya dengan menarik tangan Aina.

“woi! lepaskan tangan aku!” Aina menjerit. Beberapa orang senior berhampiran memandang. Pantas Affan melepaskan.

“bak balik inhaler aku...” Affan meminta semula.

“aku tak ambil. Kau ni faham tak bahasa melayu??” Aina membalas kasar.

“aku faham, tapi aku tahu kau ambil inhaler aku.. kau nak aku mati sesak nafas ke? Jangan lah pura-pura kau tak ambil.. kalau aku mampus katak sini aku salahkan kau..” Affan menunding jari ke arah Aina. Aina baran.

“aku cakap aku tak ambil tu, tak ambil lah! Kau mampus katak, aman dunia aku.. sebelum kau datang sekolah ni, aman je!” Aina menghentak kakinya dan berlalu pergi. Affan menarik nafas dalam dan menghembus dengan perlahan. Kemarahannya ditahap maksima. Dinding berdekatan menjadi mangsa.

Affan menumbuk dinding itu sehingga retak. Buku limanya berdarah. Dia tidak menghiraukan buku limanya itu. Dia terus ke kelas dengan hati yang membara. Sebaik dia masuk ke kelas, semua terdiam.


Pada mulanya, mereka tidak perasan tangan Affan yang sedang berdarah. Sebaik dia berjalan ke tempatnya, ramai yang terkejut. Affan dengan selambanya duduk dan mengeluarkan bukunya. Ariff menghampirinya.

“Af..fan..” Ariff gagap. Affan mengangkat mukanya.

“apa?” selamba.

“awat dengan.. tangan.. kau?”

Affan memandang tangan kirinya yang berlumuran dengan darah. “aku tumbuk dinding blok F tadi..” selamba sahaja dia menjawab. Pelajar perempuan riuh. Ada yang panik.

“hah?? Kau gila ke? Jom pergi jumpa Cikgu Sharul..” Ariff mendesak. Affan berdegil dan masih duduk.

“tak mahu.. nanti Cikgu Maria masuk, dia marah..” Affan menjawab dengan penuh ketidak-hairanan. Ariff masih mendesaknya untuk bangun dan berjumpa dengan Cikgu Sharul.

“jom, gerenti Cikgu Maria faham punya.. tangan kau berdarah tu..” Ariff menarik lengan Affan. Affan berdiri dengan tidak bermaya. Mukanya naik pucat. Darah masih mengalir di tangan kirinya itu.

“Affan? Affan?” Ariff memetik jari dihadapan Affan. Affan mulai lali. Kepalanya memusing. Bibirnya bertukar biru. Apa yang dicakap langsung tidak dia dengar.

“sapa St. John kat sini? mai tolong!!” jerit Ariff. Perlahan-lahan Affan rebah ditangan Ariff. Pelajar perempuan panik. Aina langsung tidak mengambil peduli walaupun hatinya meronta-ronta supaya dia ke tempat Affan rebah.

Shazwani dan Lyana memainkan peranan dalam mengubati Affan. Mereka menggunakan apa yang ada di dalam First Aid Kit di kelas mereka. Beberapa minit selepas tangan Affan dibersihkan dan dibaluti, Affan dibaringkan di surau. Affan pengsan selama dua jam.

Sebaik Affan mencelikkan matanya, kelihatan Cikgu Sharul, Cikgu Aimi dan Ustazah Rohani di surau. Mereka sedang bersembang. Tiga minit kemudian, pelajar kelas 2A datang ke surau. Agaknya waktu Pendidikan Islam. Ariff kelihatan lega kerana Affan akhirnya sudah terjaga.

Cikgu Aimi menyuruh Affan minum air dan ke Sick Bay di asrama sekolah disebelah blok akademik H. Oleh kerana Affan mulai tinggal di asrama sekolah sejak minggu itu, Affan akan dikecualikan untuk ke prep malam.


Aina terasa bersalah. Adakah dia yang menyebabkan Affan menumbuk dinding? Adakah dia yang menyebabkan Affan pengsan akibat kekurangan darah? Rasa bersalah menyelubungi dirinya.


No comments:

Post a Comment