Monday, June 14, 2010
Bab 8 - Aku dan Dia
Aina melangkah ke dewan selera bersama Amierah dan Ika. Mereka beratur dihujung barisan.
‘masya-Allah panjangnya barisan!’ detik hati Aina. Dia mengeluh berat. Namun dia tetap beratur kerana perutnya sudah bernyanyi. Selesai makan, seperti biasa, mereka ke surau untuk solat maghrib dan isyak jemaah. Dalam perjalanan ke prep malam, mereka terserempak dengan Ariff.
“eh Ariff, Affan dekat mana sekarang?” Aina bertanya.
“sick bay lah.. aku nak kesana.. ada apa?” Ariff bergegas.
“er, tolong kirimkan roti ni dekat dia, boleh?” Aina menyua satu plastik merah kepada Ariff. Dia memang berniat untuk mengirimkan roti itu kepada Affan melalui rakan-rakannya.
“nak sampaikan apa-apa mesej?”
“er, cakap sorry dan get well soon..” Aina tersipu malu. Ika dan Amierah mulai mengejek.
“ok!” Ariff berlalu pergi dengan cepat. Dia juga tidak mahu lewat ke prep malam.
Oleh kerana sekolah ini baru sahaja menyiapkan dua buah blok asrama baru; satu blok aspuri dan satu blok aspura, semua pelajar diwajibkan tinggal di asrama mulai minggu ini. Jadi jumlah blok asrama menjadi empat buah. Dulunya, hanya pelajar tingkatan atas sahaja yang tinggal di asrama. Memandangkan blok asrama yang baru sudah siap, semua pelajar diwajibkan tinggal di asrama kerana sekolah itu telah diiktiraf sebagai sekolah berasrama penuh.
Bilik-bilik di asrama itu pula tidak seperti asrama biasa. Setiap bilik mempunyai empat orang penghuni dan lazimnya dipanggil ‘kuib’. Sistem asrama mereka serupa dengan sistem asrama MRSM di seluruh Malaysia. Aina tinggal sebilik dengan Ika, Amierah dan Lyana manakala Affan bersama Ariff, Arizman dan Shahmirul.
Selesai prep malam, Aina dan Ika pantas ke kooperasi untuk membeli baju rasmi yang sepatutnya dibeli sejak awal tahun lagi. Namun apabila baju mereka rosak akibat dicemar oleh pelajar lelaki semalam, terpaksa pula membeli yang baru.
Keluar sahaja dari kooperasi, terserempak dengan Affan dan Ariff. Ika tersengih sambil mengejek-ejek Aina. Amierah yang baru sahaja tiba turut mengejek.
“hai Affan.. dah elok?” Ika menyapa. Aina tersipu malu. Affan tersenyum segaris.
“ok dah.. alhamdulilah..” Affan memandang Ariff. Affan masih memegang beg plastik merah berisi roti yang diberi oleh Aina awal malam tadi.
“esok pergi sekolah, tak?” Amierah bertanya.
“insya-Allah pergi kut..” Affan memandang Aina yang selamba memandang sekeliling tanpa menghiraukan mereka. “tapi aku pergi dengan harapan orang tu minta maaf sendiri..” Affan menyindir Aina bulat-bulat. Ika dan Amierah hanya tersengih.
Aina terasa. Ohh sungguh terasa. “eleh, orang dah bagi roti pun bising lagi..” Aina menjawab sindiran itu.
“alamak, orang tu terasa lah..” Affan gelak terbahak-bahak. Aina geram. Affan berlalu pergi. Belum sempat Aina membalas kutukan itu, Ika dan Amierah menahannya.
“tak berbaloi kau balas balik.. nanti kau tersangkut jugak..” ejek Amierah.
“miera! tolonglah, tak ingin aku..” Aina mencebik.
“eh ok apa dia.. dari Sha.. rupa pun ada, pandai pun pandai.. rugi lah kalau kau terus bergaduh dengan dia ni..” Amierah menyambung.
Aina terus mencebik. “ew! Miera! Kau minat dia??” Aina separuh menjerit di blok Aspuri Delta.
“eh tolonglah aku takmau okey.. takat minat untuk kau bolehlah..” Amierah sambung mengejek. “Ika, awat diam?”
“dia teringat dekat Khenobu yang tak mungkin jadi milik dia..” ejek Aina. Mereka bertiga tergelak riang sambil berjalan pulang ke kiub B219.
Lain pula ceritanya di Aspura Upsilon, kiub C208. Gelak tawa kedengaran dari bilik anak teruna itu. Hanya tinggal 5 minit sebelum ‘lights out’. Mereka menggunakan 5 minit itu untuk bergelak tawa dan berseronok.
“weh Affan, apahal dengan Aina tadi? Semacam je aku tengok..” usik Arizman.
“bila?”
“masa dia dengan Ika keluar dari koop, kau dengan Ariff baru balik dari sick bay tu..” sambung Arizman. Affan tersengih. “apa sengih-sengih, aku tanya ni..” Arizman sambung seloroh.
“manalah aku nak tahu.. tanyalah dia..” selamba dek Affan membalas.
“eleh.. kau kan, balak dia..” lagi selamba Arizman mengejek.
“woi cakap baik-baik! takde pasal aku nak jadi balak dia!” Affan menolak bahu Arizman. Arizman dan Ariff gelak terbahak-bahak. Shahmirul sekadar diam di sudut bilik, di katilnya.
“cakap perlahan sikit, tu.. ex Aina marah tu..” Ariff menunding jari ke arah Shahmirul. Affan memandang Shahmirul yang sedang menekup mukanya dengan menggunakan bantal kecil. Affan tersenyum.
“rilek la bro, tak tersangkut punya..” Affan berjalan ke arah katil Shahmirul dan menepuk-nepuk kakinya. Shahmirul sekadar tersenyum. Affan mahu tahu juga apa yang terjadi sebelum dia kesini..
Sebaik lights out, mereka masih bersembang ditemani lampu meja Affan disudut kanan bilik. Mereka terus bersembang tanpa menghiraukan Shahmirul yang sedang lena diulit mimpi. Seolah-olah esok tiada waktu persekolahan, wal halnya esok mereka mempunyai kiuz Sains.
“arip.. aku nak tahu juga, apa yang terjadi antara Shah ngan Aina dulu?” Affan bertanya perlahan. Takut-takut Shahmirul terdengar agaknya. Ariff tersenyum dan memandang Arizman.
“well, actually diaorang tak couple pun.. digossipkan je..” Arizman memulakan cerita. Affan mencebik.
“habis, apasal aku tengok Shah pasrah semacam je bila cakap pasal Aina?” Affan bertanya lagi.
“dia, suka gila dekat Aina.. Aina taknak pun.. Aina tu dulu, jenis tak suka couple.. tapi entah, sejak hujung tahun lepas, dia berubah mendadak.. jadi macam alien pun ada jugak..” Ariff pula bercerita. Affan setia mendengar.
“alien? apahal pulak?” Affan pelik.
“dia, tahun lepas memang pendiam.. tapi sporting lah.. cuma, lepas bulan puasa tahun lepas, Aina yang pendiam tu hilang terus.. jadi Aina yang selamba dek plus garang.. semua terkejut dengan perubahan dia.. cuma geng dia je tahu.. kami pun desak lah geng dia untuk cerita sebab kelas kitaorang dah jadi macam family.. apa tah lagi kami family homeroom dia..” Ariff menyambung. Affan mengangguk-angguk.
“..si Amierah tu ada bagitahu aku, dia kehilangan orang yang dia paling sayang.. mula-mula sumpah kami ingat dia break dengan balak dia.. tapi bila tanya Shahmirul diaorang tak couple pun, start tu Shahmirul pun perasan Aina suka dekat dia.. dia pun uwar-uwarkan gossip yang kononnya diaorang couple.. Aina dengan sifat selamba dek dia tu, buat bodo je bila orang ejek dia dengan Shahmirul sebab memang dia takde feeling kat Shahmirul..” Arizman mencelah.
“..well biasalah, orang yang selamba dek langsung tak ambil hirau benda yang takde kena mengena dengan dia.. tapi entah, sejak kau masuk sekolah ni, dia berubah sedikit.. jadi macam.. entah..” Ariff mengangkat bahu. Affan tersenyum.
“so kiranya dia tak couple langsung dengan Shah, ar ni?” Affan meminta kepastian. Arizman dan Ariff mengangguk seraya. Affan tersengih.
“korang nak aku jujur, tak?”
“iyalah, takkan nak kau tipu kut!” Ariff meninggikan suara. Affan tergelak kecil.
“dulu memang first-first aku kenal dia memang terasa semacam, tapi tengok perangai macam hapa je lagi.. peh, hilang terus rasa suka..” Affan memberitahu.
“..then sekarang?” Arizman cuba mengorek.
“hujung tahun depan aku bagitahu..” Affan tersengih dan panjat ke atas katilnya. Dia menarik selimut dan menutup lampu mejanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment