Tuesday, June 1, 2010

Bab 6 - Aku dan Dia

Affan membebel sambil menukar pakaian ke pakaian biasa untuk pulang ke Pulau Pinang sebentar lagi. Segala sumpah seranah dikeluarkan olehnya.

"sudah, sudahlah tu, Qayyum.." ucap Thaqif dari lot sebelah. Affan membutangkan bajunya.

"alah.. dia tu yang penyibuk, mananya aku tak bising.."

"sudahlah.. salin baju pun nak bebel ke? kau ni betullah.. macam mak nenek.." Hilman pula menyampuk.

"mak nenek kau orang panggil aku? buta ke aku lelaki?"

"ha iyalah.. bapak tok.." Hilman menyambung. Gelak tawa berderai.

*****

Dalam sedang menaiki bas untuk pulang ke negeri tercinta, Affan tertinggal sesuatu di Starbucks Coffee, lalu dia berpatah balik dengan cepat dan menaiki bas. Dia mencari tempat duduknya yang terpaksa diasingkan oleh pihak bas kerana tempat duduk, kononnya penuh..

"aha, A10.." Affan tersenyum. Dia memandang dua seat di situ. Kosong. Dia beranggapan, orang yang patut duduk disebelahnya, tidak akan duduk..

Beberapa minit selepas dia selesa, seorang gadis datang..

"erm.. assalamualaikum, tempat duduk A11 kosong, kan?" lembut sahaja suara gadis itu. Affan tersenyum. Hoyeh! Ada peluang nak mengurat..

"wa'alaikum salam.. ya.. tempat duduk ni...-" Affan mengangkat kepalanya. Gadis itu terkejut besar.

"kau lagi?!" mereka terjerit. Orang ramai memandang. Sepupu-sepupu Affan dan sepupu-sepupu Aina tergelak.

"cik, tolong duduk.. kita nak bergerak dah.." ucap sopan pelayan bas itu. Aina mengeluh berat.

"takboleh tukar tempat, ke?"

"maaf.. semua tempat penuh.."

Aina mengeluh lagi. Dia memandang tempat kosong itu dan Affan disebelahnya. Dia duduk dengan rasa menyampah. Sepanjang perjalanan mereka diam. Sehinggalah Affan tertidur dibahu Aina.

Tiba-tiba bas terhenti. Affan terjaga lalu mengejutkan Aina yang turut tertidur.

"astaghfirullahal adzim.." Affan melihat jam.

"kau ni apasal?"

"punya suka akulah.." cebik Affan.

"berlagak.." Aina membetulkan tudungnya.

"kau lah berlagak.. ketepi!" Affan menolak kaki Aina.

"kau nak kemana?"

"jumpa kakak aku.. ketepi..." Affan masih menolak tetapi Aina berkeras.

"buat apa?"

"aku ada asma, nak mintak inhaler.. aku sesak nafas kat sini aku salahkan kau.." pantas Aina mengalihkan kakinya. Beberapa minit kemudian, Affan datang semula. Aina tersenyum. Namun senyuman Aina tidak diendahkan. affan terus duduk bersama inhaler ditangannya.

Beberapa minit berlalu, Affan masih mendengar iPodnya. Dia menghentak kaki mengikut irama. Aina mengetuk bahu Affan. Affan menarik headsetnya.

"kau hendak apa?" Affan kasar.

"kau duduk diam, boleh tak? macam beruk je.."

"suka hati aku lah.."

"Qayyum, kau boleh tak jangan ego?" Aina mengeluh.

Affan tersentak. Dia menarik semula headsetnya. "apa kau panggil aku?" Affan bertanya.

"Qayyum.. nama kau Qayyum kan?"

"kawan-kawan panggil Affan so kau panggil Affan je, boleh?" Affan merendahkan suara.

"kenapa?"

"it's for me to know and for you to find out.." Affan berbicara. Dia menutup iPodnya dan melelapkan mata. Aina perlahan-lahan tersenyum.

No comments:

Post a Comment