Saturday, May 29, 2010

Bab 5 - Aku dan Dia


"Affan Qayyum bin Adlan!!!" satu suara memecah sepi pagi yang hening. Affan mengeluh berat.

"amende!?" Affan membalas lemah. Selimut masih membalutinya. Angin sejuk dari air-conditioner berjenama panasonic meniup kuat membuatkan Affan lena.

"cepatlah siap!! semua tunggu adik ni!!" jerit suara itu lagi. Affan pantas mengangkat kepala. Dia melihat jam di meja kecil bersebelahan katil bersaiz 'queen'nya itu. 0813 AM tertera di jam itu.

"waaaa!! kejap, kejap!!" jerit Affan, panik. Pantas dia membuka tirai, mengemas katil dan meluru masuk ke bilik air untuk mandi.

*****

Taman tema air Sunway Laggon menjadi tempat lepak Affan, kakaknya dan sepupu-sepupunya pada hujung minggu itu. Mereka ke sana dengan menaiki bas dari Queensabay Mall pagi tadi dan berhenti di Sunway Piramid. Dengan memakai seluar trek dan t-shirt putih, Affan melangkah masuk ke taman tema air itu.

Selesai menukar baju, Affan memakai seluar bodyglove biasa tanpa memakai baju. Mereka 'enjoy' habis-habisan. Dalam sedan beratur untuk menaiki water slide, seseorang melanggar Affan dari belakang.

"sorry, sorry, sorry.. tak sengaja..." suara itu seperti dia kenali. Seorang gadis bertudung hitam, sedang tunduk bersuara. Beberapa orang gadis dibelakangnya hanya tergelak.

"heh.. takpe.. lagipun awak...-" belum sempat Affan menghabiskan ayat, gadis itu mengangkat kepalanya. Mata Affan terbeliak.

"kau?!" jerit kedua-dua orang. Orang-orang sekitar itu terdiam sebentar. Kemudiannya kembali membuat hal masing-masing.

"apa kau buat kat sini?!" gadis itu bersuara.

"apa aku buat kat sini? apa kau buat kat sini??" Affan bertanya semula. Dia sudah mula hilang kesabaran.

"aku bercutilah.. kau tu.. hendap aku eh??"

"aku hendap kau? baik aku hendap kucing aku.." Affan memusingkan badan.

"hello.. macam aku kesah.." gadis itu mencebik.

"weh Aina, apa gaduh-gaduh ni? siapa mamat tu?" satu suara bertanya. Affan curi dengar.

"mamat tu lah! ni lah mamat yang aku ceritakan tu.. gila.." Aina bersuara menyampah.

"haih.. rosak weekend aku..." cebik Affan. Sengaja dia berkata dengan kuat untuk membiarkan Aina mendengar. Sepupu Affan sekadar tergelak dan menggeleng.

Beberapa kali juga mereka terserempak semasa di dalam taman tema air itu. Salah satu masanya ketika beratur untuk membeli makanan.

"ha.. itu maknanya.. korang ada jodoh.." usik Hilman.

"ish kau ni.. sama je dengan Ariff.. jodoh amendanya.." Affan mencebik sambil mengusik nasi gorengnya.

"iyelah.. sampai ke Kuala Lumpur pun gaduh lagi.. kuat sangat jodoh korang.." sambung Hilman. Affan menunjukkan riak wajah menyampah.

"ish tolonglah.. tak ingin aku.." dalam Affan berkata, Aina dan sepupunya masuk ke kawasan gerai itu. Affan mecebik. "dia lagi.."

"kan Hilman kata.. jodoh korang kuat!" usik Thaqif pula.

"woi!!" jerit Affan. Hilman, Thaqif, Azfar, Fauzan dan Umairah gelak terbahak-bahak.


No comments:

Post a Comment