Friday, May 28, 2010
Bab 5 - PBB
"Assalamulaikum dan Salam Sejahtera. Maaf kerana mengganggu. Diminta pelajar Ayman bin Ariff dari kelas 4 Archimedes ke pejabat sekolah dengan segera. Diulangi, diminta pelajar Ayman bin Ariff dari kelas 4 Archimedes ke pejabat sekolah dengan segera. Sekian, terima kasih.." pengumuman itu membuatkan pelajar-pelajar kelas empat archimedes tersentak. Khasnya Ayman.
Cikgu Faridah yang sedang mengajar matematik tambahan memandang Ayman dan mengangguk. Ayman pantas mengemas barangnya dan bangun dengan perlahan. Dia memberi salam dan keluar kelas.
Dalam perjalanan ke pejabat, pelbagai persoalan terlintas difikirannya. Adakah dia telah membuat kesalahan? Adakah sesorang ingin berjumpa dengannya? Apa yang sedang berlaku? Sebaik pintu pejabat ditarik oleh Ayman, pengetua dan PK Hem yang berada di dalam pejabat tersentak. Perlahan mereka tersenyum.
Encik Abdul Rahman mengajak Ayman masuk ke pejabatnya. Lalu Ayman membuka kasut sekolahnya dan masuk ke dalam pejabat pengetua. Dengan penuh rasa gementar dia berjalan. Seorang gadis berada di sofa yang berada di dalam bilik itu. Gadis itu mengangkat mukanya.
"ha, adik.. datang pun.. lambatnya?" Ayman menghembus nafas lega. Kak Dinie rupanya. Ayman tersenyum dan duduk bersama kakaknya. Encik Abdul Rahman duduk di sofa berhadapan mereka selang sebuah meja kopi bersama PK Hem, Puan Fauziah.
Ayman masih tidak tahu kenapa dia dipanggil. Sebuah fail diletakkan di atas meja kopi ditengah bilik Encik Abdul Rahman. Ayman memandang lama fail itu.
"tunggu apa lagi? buka lah.." ucap Puan Fauziah.
Ayman mengucap lafaz bismillah dan kemudian perlahan membuka fail itu. Sekeping surat kelihatan. Surat itu beralamat sekolah ini dan dikirim oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Ayman memandang Encik Abdul Rahman. Encik Abdul Rahman sekadar tersenyum. Ayman sambung membaca.
'anda telah berjaya memasuki sekolah berasrama penuh: Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak. anda dikehendaki melaporkan diri pada 15 Mei 2011..'
"alhamdulillah..." Ayman mengucap perlahan. Kak Dinie mengaut bahu Ayman.
"seronok, seronok juga.. cuba tengok surat dibelakang.." suara Puan Fauziah memecah keseronokan Ayman. Lalu Ayamn menturuti arahan Puan Fauziah. Ayman mengerutkan dahi.
'rayuan anda ke Maktab Rendah Sains MARA Taiping, Perak diterima. sila lapor diri pada 15 Mei 2011'
Ayman mengucapkan lafaz alhamdulilah. Namun begitu, dia runsing.
"macam mana saya boleh dapat dua?"
"dah bulan Februari haritu awak buat rayuan ke MRSM Taiping, dapatlah.."
"mana satu patut saya terima?"
"itu terpulang kepada awak lah.."
Ayman melepaskan keluhan yang panjang dengan perlahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment