Affan melangkah keluar dari kelas 2 Amanah berseorangan. Walaupun diajak untuk rehat bersama, dia menolak dengan alasan kenyang padahal dalam perut tengah berkeroncong. Affan tidak gemar makan makanan kantin sekolah, berminyak katanya. Selalunya dia akan membawa bekal, tetapi oleh kerana hari ini hari pertama, lupa agaknya.
Affan melihat langit biru yang terbentang luas. Angin meniup dengan sayu. Mendung sahaja petang itu. Affan tersenyum seorang diri. Dia berjalan dengan perlahan sambil menyeret kakinya. Tiba-tiba satu suara menyapa.
"ehem.. saudara boleh ketepi sedikit?" suara itu kasar. Affan pantas mengalih pandangan. Seorang gadis berkurung biru memegang fail berwarna kelabu berada disitu.
"maaf.." Affan bersuara lembut. Affan tersenyum manis. Gadis itu memberi pandangan yang menyampah.
"maaf, maaf.. harap maklum, ini bukan koridor bapa anda, ye.." tambah gadis itu lagi. Senyuman Affan bertukar keruh.
"hoi, bapa, bapa tak main lah.." Affan membalas dengan kasar.
"kalau tak mahu, ketepi lah.. some people has works to do.." gadis itu membalas sambil menolak badan Affan ketepi. Affan tersentak. Belum pernah dia diperlakukan sebegitu, lagi-lagi oleh seorang perempuan. Tiba-tiba loceng berbunyi. Affan terus berjalan pulang ke kelas.
Masuk ke kelas, gadis tadi turut masuk ke kelas. Affan memandang gadis itu yang tiba-tiba bertukar ceria dan peramah. Affan pelik. Tadi bukan main ganas lagi, masuk kelas terus okey?
"Ariff.. siapa perempuan yang pakai tudung biru tu?" Affan bertanya. Jarinya menunding ke arah gadis tadi.
"tu Aina.. kenapa kau tanya?" Ariff memandang Affan pelik. Buku latihan matematik di atas meja dibiarkan.
"takde apa.." pantas Affan memandang buku latihannya.
"mustahil takde apa.. baik kau cakap.. atau aku bagitahu dia kau suka dia.." Ariff mengugut. Affan menolak bahu Ariff.
"woi.. kau cakap macam tu, aku tembak kau.."
"ha bagitahu lah aku.."
"takde, tadi masa rehat, dia marah aku sebab aku jalan perlahan.. lepas tu habis rehat, dia masuk kelas bukan main ceria lagi.. aku pelik la.." Affan memberitahu.
"oh.. pasal itu ke.. dia okey sebenarnya.. cuma tadi dia bad mood.. kalau dia bad mood takde siapa berani kacau.." Ariff menerangkan. Affan mengangguk faham.
"oh.. tapi kenapa kalau dia bad mood takde siapa berani kacau?"
"tak suprise lah kalau aku bagitahu.. pandai-pandai kau fikirkan sendiri.." Ariff bangun dan melangkah pergi. Affan terpaku. Dia benar-benar mahu tahu. Dia bertekad untuk bertanya semasa waktu akhir.
No comments:
Post a Comment