Monday, May 24, 2010

Bab 4 - Aku dan Dia


Loceng berbunyi. Itu menandakan bahawa waktu persekolahan pada hari itu sudah berakhir. Semua pelajar kelas bangun dan memberi ucapan terima kasih, pantas pelajar lelaki keluar dari kelas. Affan berjalan di belakang, menunggu gadis tadi. Sebaik semua keluar, Affan menahan gadis itu.

"awak, sekejap lah dulu.." ucap Affan dengan lembut.

"hendak apa lagi?" kasar benar jawapan gadis itu. Affan cuba bersabar.

"minta maaf, saya sedikit kasar dengan awak waktu rehat tadi.." Affan tersenyum manis.

"sedikit? helo?? butakah? awak halang saya dari jalan, percuma saya kena marah sebab lewat ke mesyuarat.." jerkah gadis itu. Affan menahan geram.

"awak, saya minta maaf pun kira okey lagi ni.." Affan menggengam tangannya.

"minta maaf kalau tak ikhlas buat apa? baik tak payah!!" gadis itu menjerit. Affan sudah hilang sabar.

"hei awak! jaga sikit bahasa awak tu.. awak tu perempuan, tahu?? saya minta maaf, lagi awak mahu marah saya.. kenapa?? hina sangat ke saya ni?? saya tahulah saya pelajar baru, anggaplah saya kawan awaK!" tengking Affan buat pertama kali.

Baru hari pertama, Affan sudah hilang sabar. Affan akui, dia tidak mahu melenting pada hari pertama. Affan turut mengakui dia seorang yang panas baran. Keadaan diantara mereka sungguh mengujakan. Penuh dengan tensi.

"Aina!! cepatlah orang tunggu kau ni!!" jerit satu suara memecah bahang benci dan geram. Gadis itu mengalihkan pandangan. Dia memberi pandangan sinis kepada Affan.

"ego tinggi!" ucap gadis itu sebelum berlalu pergi.

"berlagak siak!" balas Affan semasa gadis itu berlari anak menuju ke arah rakannya. Affan geram. Geram dengan sikap gadis itu yang tidak mahu memaafkannya dan sebaliknya menjerkah Affan. Tidak disangka gadis itu akan memarahinya, disangka gadis itu akan meminta maaf juga atas sikapnya..

Affan pulang ke rumah dengan bakul penuh sumpah seranah. Hatinya membara. Namun tidak terucap, dia tidak sanggup mengucap kata-kata tidak elok.

*****

"Affan!!" jerit satu suara. Affan menoleh, Ariff berada di belakang. Affan tersenyum.

"so macam mana, semalam? kau dah berbaik dengan Aina?" Ariff bertanya. Affan terus menunjukkan muka yang menyampah.

"berbaik? aku cakap elok-elok ada ke patut dia jerkah aku balik? lepastu cakap aku pulak yang ego tinggi.." Affan mengadu. Dia benar-benar geram dengan apa yang berlaku semalam.

"ha ha.. dulunya aku pun macam tu juga.. sekarang okey je.. kita kadang-kadang kena rendahkan ego kita untuk melembutkan hati perempuan.. macam mana kau geram pun, kita perlukan diaorang dalam hidup kita.." Ariff berucap. Affan sekadar mengangguk.

"tapi aku geramlah.. setiap kali aku cakap dengan dia, dia nak melenting.. asyik-asyik melenting.. mahu je aku sepuk.." Affan geram.

"sabar la.. kalau kau marah-marah macam ni, satu hari kau tersangkut dekat dia baru tahu.." Ariff menasihati Affan.

"aku, tersangkut dekat dia? jangan harap.." Affan menyombong.

"betul ni kau kata kau takkan sangkut kat dia?"

"betul.. tak ingin aku.."

"okey, aku cabar kau.. kalau dalam masa sepanjang kita berada di sekolah ni, kau tersangkut dekat dia, kau kena belanja aku McDonalds.." Ariff mencabar.

"okey.. kalau sebaliknya, kau yang belanja aku McDonalds.. okey?" Affan membalas.

"we'll see.."



No comments:

Post a Comment