Sunday, May 2, 2010

Bab 2 - Aku dan Dia

Pintu kelas diketuk dua-tiga kali. Guru yang berada di dalam kelas itu memberi isyarat untuk mereka masuk. Jejaka itu melangkah masuk dengan muka yang selamba. Pakaiannya kemas, namun perwatakkannya kasar. Mahu dikatakan berlagak, tidak juga.

Sekeping kertas dihulurkan oleh wanita tadi. Guru itu mengangguk lalu melemparkan senyuman. Jejaka itu menyalam tangan wanita tadi dan wanita itu berlalu pergi. Ala-ala datin pun ada. Jejaka itu berdiri di hadapan kelas dengan muka yang selamba wal halnya dalam hatinya, gemuruh sangat-sangat. Control macho lah tu kan..

"baik kelas, ni pelajar baru kita.. berasal dari.. negeri sembilan.." ucap guru itu dengan mesra. Wajah pelajar-pelajar kelas itu berseri-seri melihat jejaka itu. Tambah lagi pelajar perempuan. "perkenalkan diri awak.." arah guru itu dengan sopan. Buat pertama kali, jejaka itu melemparkan senyuman.

"Affan Qayyum bin Adlan.. boleh panggil e'den Affan.." jejaka itu akhirnya bersuara. Gelak tawa pecah. Jejaka itu sekadar tersenyum. Guru itu turut tersenyum.

"ambil tempat di belakang sana.." tunjuk guru itu ke belakang kelas, sebelah seorang pelajar lelaki. Tempat duduk itu betul-betul dibawah kipas. Alamatnya, seronoklah dia. Jejaka itu berjalan melepasi beberapa buah meja. Semua mata di dalam kelas itu memandangnya dengan penuh perhatian. Cuma sepasang mata sahaja tidak mengendahkannya.

*****

"dulu sekolah mana?"

"awat pindah sini?"


"adik beradik berapa orang?"

"duk dekat mana?"


"ada awek ke belum?"

Bertalu-talu soalan ditujukan kepada Affan. Affan sekadar mendiamkan diri. Mahu dijawab, takut bertambah soalan padanya. Akhirnya dia sekadar menulis segala tentang dirinya dan memberikan kertas itu kepada mereka.

Dalam hati Affan, mahu saja bertanya seorang per seorang nama mereka. Tetapi, takut dilabel kalot pula. Jadi dia hanya bertanya kepada rakan barunya, Ariff. Kini dia mengetahui nama semua pelajar dalam kelas 2 Alfa.

No comments:

Post a Comment